Kali ni saya nak kongsi resipi simple yg saya ciluk di web mat gebu @ tiffinbiru. Sos pitaberi yang enak makan dengan aiskrim.
Punyalah berhari-hari saya carik buah naga ni dan Alhamdulillah terjumpa gak kat Carrefour Ampang. Terus rembat 2 biji sekaligus. Ialah, kang takut satu tu warna putih, dah kecewa. Saya nak yang warna merah.
Ini saya kongsikan resipi sos pitaberi ni. Bab aiskrim tu, beli ajelah yg berkenan di hati ya.
Bahan-bahan:
1. Buah naga 1 biji
2. Setengah tin susu cair
3. Satu sudu besar gula (kalau tawar, tambah le sikit lagi)
4. Air sedikit (jika sos tu nampak pekat)
Penyediaan:
1. Kupas kulit buah pitaberi tu dan potong buah ikut suka. Agar mudah masuk dlm blender.
2. Lepas dah masuk buah dlm blender, masukkan susu cair & gula serta air sedikit. Air jangan banyak takut cair sangatlah pulak. Then, blend sampai rasa2 gula dah hancur.
3. Kemudian, apa lagi tuang le ke atas aiskrim yg dan standby kat dlm mangkuk (oleh kerana rumah parents takde cawan utk aiskrim, saya letak dlm mangkuk aje. kih kih kih...).
OK semua, jangan lupa try sos pitaberi ni makan dengan aiskrim. Guna aje aiskrim mana berkenan di hati janji jangan lupa letak sos pitaberi ni. Rasanya akan lebih BOOM.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan