Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Roti John In Da Hous


Roti john oh roti john, akhirnya dapat jugak aku membuat kau. kih kih kih...

Mana taknya, selalu beli aje kat pasar malam. Nah, kali ni, bila anak2 sedara cuti, saya surf le web masak2 kesukaan saya tiffinbiru. Godek punya godek, terjumpalah a few recipe yg rasa2nya sesuai dengan keadaan saya yg tidak berapa pandai memasak ni, hehehe... Hopefully anak2 sedara saya suka walaupun terpaksa bagi sikit aje. Pak Su come first yer... :)

Jom saya kongsikan resipi roti john encik mat gebu ni yg telah di'godek' sikit oleh saya.

Bahan2nya:
1. Daging Cincang (guna brand Ramlee). Ikut sukalah nak taruk daging lembu or ayam
2. 1 Bawang besar potong dadu
3. 2 ulas bawang putih dicincang
4. 1 sudu teh rempah kari daging
5. 2 pokok daun kuchai (itu aje yg ada dlm peti ais). Tapi kalau ikut encik mat, daun bawang n daun sup.
6. 1/2 camca besar lada hitam
7. 2 buku roti perancis (blh beli kat pasaraya. Roti biasa yg macam kat pasar malam pun on aje).
8. 4 biji telur (oleh kerana saya masak 2 roti perancis, saya pakai 4 lah).
9. Daun salad, tomato dan timun.
10. Sos ikut kegemaran sendiri dan mayonis.

Cara-caranya:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang besar dan bawang putih harum, masukkan rempah kari dan kacau rata. Masukkan daging cincang dan gaul hingga sebati. Daging tu suka hatilah nak taruk banyak atau sikit ya. Tuang sedikit air jika perlu. Taruk garam ikut rasa.
2. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau. Masak hingga kering. Matikan api dan masuk hirisan daun kuchai dan kemudian gaul rata. Biar sejuk. Masukkan telur dan gaul hingga mesra (ala2 macam abg roti john kat pasar malam tu buat).
3. Panaskan kuali leper dan lenser dengan sedikit minyak. Tuang 1/2 bahagian no.2, ratakan sedikit. Bila kelihatan hampir masak, letak roti yang telah dibelah, menutupi bancuhan telur tadi. Tekan2 sedikit dan biar hingga masak.
4. Berhati2 terbalikkan dan biar bahagian roti sedikit perang. Bila ok, boleh angkat. Hias dengan hirisan kobis, salad, timun dan tomato. Tuang sos kegemaran dan mayonis sebelum dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA... :)

Kami suka game ni


Cari benda tersembunyi. Game yg dari kecik saya memang suka. Tiap bulan bila mama saya bawak balik majalah2 dia (keluarga, jelita & entah apa lagi) cepat2 saya selak muka surat kat area belakang majalah. Saya cari game ni, cari perbezaan 2 gambar dan sambung titik2. Memang rasa seronok sangatlah time tu bila dapat settlekannya.

Dan buku 'Hidden Pictures' ni saya jumpa masa saya nak bayar buku kat Popular. Betul2 diletakkan kat tempat kaunter bayar. Senyum lebar saya nampak. Terus paling pada hubby. "Yang, nak tak? Dah lama kita tak main ni?" Hubby pun soh le amik...

Dan bahananya, balik rumah dan lepas solat zohor, kita orang terus hadap buku 'Hidden Pictures' ni. Carik benda tersembunyi ni sama2. Lepas solat asar pulak, saya settlekan kerja saya sikit dan hubby pulak lepas tengok tv jap dia masuk bilik balik. Bila keluar, buku ni dah ada kat tangan dia. Duduk kat sofa terus dia sambung mencarik. Kih kih kih..... gelak saya tengok dia. Mengalahkan saya. Dah akhirnya, benda tersembunyi kat dlm buku ni habis kami carik dlm masa 2 hari (sampai lewat malam dok sibuk2 carik lagi). Hehehehe...

Dan tadi, saya turun KL utk cari stok buku. Dannn..... saya jumpa lagiiii.... Tapi kali ni, game cari perbezaan antara 2 gambar dan cari perkataan tersembunyi. Terus saya beli dan kami start main masa tengah tunggu breakfast. Hamik kau. Tak ingat dunia betul laki bini ni. Situ pun on aje.


Dan masa main game2 ni dengan hubby, perasaannya 'priceless'. Tak tau nak ungkap macam mana. Kami kongsi minat yg sama. Benda ni pun kami baru tahu lepas dlm setahun kami berkahwin. Dan berkongsi minat pada sesuatu dengan orang yg kita sayang, buat kita rasa hidup dan gembira dengan pemberian Allah ini. :)

Creamy fettucinne with mashroom time Aidil Adha

Kali ni me, my mum n sis tak buat nasik impit, lontong or kuah kacang.
Raya kali ni we all buat nasik beriyani, ayam masak malberi, kurma daging n daging masak merah serta kicap. Dan menu dari saya pula creamy fettucinne dgn cendawan manakala adik saya pula buat cheese cake yg simple (takyah bakar, tepek aje dlm bekas n masuk peti ais).

Jom saya kongsikan resipi creamy fettucinne ni untuk anda semua. Saya ambil resipinya daripada cik abg Mat Gebu (terima kasih byk2lah sbb kongsi cara2 masakan yg simple dan sedap cik mat..).

Bahan2nya:
1. 250 g cendawan butang jenis segar (rupa mcm cendawan dlm tin tapi yg ori punya. putih)
2. 800 ml air
3. 250 ml susu sejat IDEAL
4. 1 kiub ayam "Maggi"
5. 1 biji bawang besar, didadu kasar
6. 1 ulas bawang putih, cincang halus
7. 2 1/2 camca besar mentega
8. 1 1/2 camca besar tepung gandum
9. 1/2 camca teh serbuk lada hitam
10. 4 batang sosej, hiris
11. Cili benggala separuh (tak kisahlah kuning ke, hijau ke, merah ke)
12. Hirisan kuchai secukupnya
13. Serbuk lada hitam
14. 80 gram pasta "fettuccine", rebus hingga lembut dan toskan

Cara2 membuatnya:
1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan tuala bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.

2. Panaskan mentega dalam kuali, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.

3. Tuang air dan susu cair, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam.

4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu dan sosej, tambah serbuk lada hitam, hirisan kuchai, cili benggala dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam... Hidangkan bersama pasta fettuccine dan tabur sedikit hirisan daun kuchai.

Nilah pertama kali saya masal. Dan Alhamdulillah menjadi. Suka sangat. Both my sis suka. Berkali-kali tambah. Malamnya pulak mak ngah dan family datang beraya. Dan anak sedara lelaki saya yg sorang ni 'belasah' sampai 3 pinggan. Suka hati saya bila ada orang suka makan.

InsyaAllah lain kali saya masak utk family belah mertua pula (jgn anak sedara hubby makan dgn kicap lagi udah le mcm dia makan spegethi dulu. Sadis aje rasanyer... hehehe...)

Happy Trying n Cooking...

Jom makan aiskrim dgn sos pitaberi@buah naga

Kali ni saya nak kongsi resipi simple yg saya ciluk di web mat gebu @ tiffinbiru.

Punyalah berhari-hari saya carik buah naga ni dan Alhamdulillah terjumpa gak kat Carrefour Ampang. Terus rembat 2 biji sekaligus (tamak sungguh). Hehehe...

Jom saya kongsikan resipi mudah utk buah sos pitaberi ni. Bab aiskrim tu, beli ajelah yg berkenan di hati ya.

Bahan2nya:
1. Buah naga 1 biji
2. Setengah tin susu cair
3. Satu sudu besar gula (kalau tawar, tambah le sikit lagi)
4. Air sedikit (jika sos tu nampak pekat)

Cara2nya:
1. Kupas kulit buah pitaberi tu dan potong buah ikut suka. Agar mudah masuk dlm blender.
2. Lepas dah masuk buah dlm blender, masukkan susu cair & gula serta air sedikit. Air jangan banyak takut cair sangatlah pulak. Then, blend sampai rasa2 gula dah hancur.
3. Kemudian, apa lagi tuang le ke atas aiskrim yg dan standby kat dlm mangkuk (oleh kerana rumah parents takde cawan utk aiskrim, saya letak dlm mangkuk aje. kih kih kih...).

OK semua, jangan lupa try. Lagi2 time makan depan tv atau dessert utk tetamu yg datang.

5 bintang utk Wasilah Cinta Weera

SUKAAAAAAAAAAA........
Itu perasaan saya ketika baca buku ini. Tak sabar2 nak tahu dan tahu dan tahu lagi cerita seterusnya. Dah lama tak baca buku baru yg saya blh berikan 5 bintang dengan segera. Baca suku buku aje dah excited.

Sebelum ini mmg pernah baca buku cinta Islamik. But, this is totally different. Watak Weera dalam cerita ini sungguh best. Ada umph! Penulis tetap menunjukkan yang hero ada kekuatan dan kelemahannya yg tersendiri. Begitu juga Sari Ayu, si heroin, semakin lama semakin matang dlm mengenal erti kehidupan. Dan sungguh sedih bila mengenangkan kebaikan si Ray. Dan mmg rasa nak tikam2 aje Firdaus yg tak guna dan penfitnah tu (nasib baik aku tak konyok2 muka surat cerita pasal Firdaus tu, hehehe...).

Gaya penceritaan, mainan emosi, selitan hadis dan al-quran betul2 cantik. Nak cakap macam mana lagi ek. Korang bacalah sendiri baru tau...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...