Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

I'm fall in love again with..... "Heartstrings"



I'm fall in love again...
Kali ni dgn drama korea Heartstring pulak. Hehehe...

Exactly, sebelum ni saya ada search gak kat internet pasal pelakon2 You're Beautiful. Then, tiba2 saya dpt tahu yg heroin You're Beautiful akan digandingkan dgn 2nd hero drama yang sama.Wehhh...!!! Menarik tu...

Then, setelah lama menunggu (bila ada masa terluang terlebih) & teringat balik after a few months, saya carik balik kat internet. Yes!! Dah main kat Korea. Apalagi, saya try le carik drama korea yang online. Dan nasib saya baik, memang ada depa downloadkan. Yahooo...

Dengan senyuman, sengihan dan geram (bila internet slow tahap sakit hati), saya layan le cerita tu. Nasib masa saya layan cerita tu saya dok di KL (lawat parents jap), apa lagi, sampai tengah malam le dilayan. Hehehe...

Bila tengok, walaupun orang kata dah tua2 pun layan cerita orang muda, bo layan aje. Janji saya suka, kepala saya ringan dan hati saya happy dengan cerita cinta2 yg comel ni (drpd cerita2 hantu yg asyik main kat astro tu... ish... tak suka betul). Tapi kalau anda semua perasan (bagi yg tengok cerita korea ya), hero2 yang muda2 ni mesti watak dia nak sentiasa nampak 'cool' mcm You're Beautiful, Personal Taste, Romance Town). Yang heroin pulak lebih byk expression berbanding dgn hero. Kekadang rasa nak cepuk2 aje muka hero tu agar lebih berekspesi. Suka suka aje nak mencepuk ya. Macam blh dpt... hik hik hik...

OST dalam drama ni semuanya best2. Macam OST You're Beautiful gak. Suka dengar lagu2 dia di You Tube spt You'va Fallen For Me, Because I Miss You, To Love Me, Star dan instrumental lagu2 tersebut. Makanya saya nak kongsikan lirik lagu Because I Miss You yg dah ditranslatekan ke BI dan dalam romanji.

Because I Miss You

Alway the exactly same sky and always the same day
Only thing that is different is that you are not here
I thought I've let you go. Without anything leftNo, no. I still haven't been able to let you go

Longing for you, I am longing for you. Because I am longing for you, I call you and call you by myself everydayMissing you, I am missing you. Because I am missing you, now I just call out your name like a habit. Even today

Day by day, I feel like I am dying, so what could I do?
Love you, Love you. I love you. Without even being able to tell you these, I've had to let you go like thatSorry, I am sorry. Can you hear me? Could you be able to hear my late confession?
I love you

*****

Neul ttoggat-eun haneul-e neul gat-eun halu
Geudaega-eobsneun geos malgoneun dallajin ge eobsneunde
Nan bonaen jul al-assjyo . da namgim-eobs-i
Anijyo , anijyo , nan ajig geudaeleul mosbonaessjyo .
Geuliwo geuliwoseo geudaega geuliwoseo maeil nan honjaseoman geudaeleul buleugo bulleo bwayo .
Bogopabogo paseo geudaegabogo paseo ije nan seubgwancheoleom geudae ileumman buleu neyo , oneuldo .
Haluhaluga jug-eul geosman gat-eunde eotteohgehaeya haeyo ?
Saranghae sarang haeyo . geudaeleul sarang haeyo . maljocha mosha goseo geudaeleul geuleohge bonaess neyo .
Mianhae mian haeyo . nae mal-i deullinayo ? dwineuj-eun nae gobaeg-eul geudaendeul-eul su iss-eulkkayo ?
salrang haeyo.

1st time buat pastry puff

Gara-gara hubby saya tengok channel AFC satu malam tu, tetiba aje dia paling kat saya, "yang, buat le pastry. Macam kat dlm tv ni."

Saya pandang dia dan dengan jujurnya saya menjawab, "mana saya tau buat. Tak pernah try pun seumur hidup."

"Alah... buat ler... sedap ni."
"Saya tak tau le yang. Memang tak pernah buat." Jawab saya lagi.

Akibat perbualan pendek tu, saya dok teringat-ingat. Cian pulak dgn hubby saya yang ter'mengidam' ni (lain kali mahu ditukar channel AFC kalau nampak dia, hehehe...), balik Ampang ni saya buat le. Lagi pun adik2 saya pun ada untuk jadi tester sebelum hubby balik kerja.

Apa lagi, saya soh adik bongsu saya bawak saya pi kedai bakeri n Giant. Beli barang buat pastry. Sebelum tu saya godek le blog n web masakan. Dan terima kasih Che Mat Gebu kerana banyak sungguh cara-cara membuat pastry kat dlm webnya (pilih aje mana yg suka).

Petangnya, saya pun mengetest le. Mula2 pakai inti Blueberry. Bila masuk dlm oven aje, tunggu gak dekat 25 minit. Tunggu punya tunggu, "apesal tak kembung2 lagi pastry ni?" Saya dah mula nervous. Saya tambah panaskan oven lagi, dari 150 ke 170. Hmmm... dekat 10 minit baru dia kembang. Baru le rasa boleh senyum sikit. Hehehe...

Ni lah pastry inti blueberry yg first trial. ok gak lah kan utk saya yg amatur ni...

So, lepas asar dan dah siap inti hotdog blackpepper, saya pun mulakan operasi balik. Mula2 buat inti strawberi 2 ketul, pastu inti blueberry 3 ketul dan kemudiannya inti hotdog 9 ketul.

Ini pulak filling strawberi.

Dan Alhamdulillah, adik2 saya, adik ipar, kawan adik dan my mum kata sedap. Suka suka. Sekarang ni tengah tunggu hubby balik kerja untuk menge'test' masakan bini dia ni. Tapi bila bagi tau saya dah buat utk dia pastry yg diminta, suka benar dia. Tak sabar nak balik dan rasa (sebab dia puasa hari ni).

Inilah pastry puff blackpepper saya. Alhamdulillah sodap... :) (ceh! puji masakan sendiri sungguh)

Thank you ya Allah kerana permudahkan usaha saya utk menggembirakan suami dan ahli keluarga yg lain...

Kepada semua, cuba tau. Senang aje bila guna kulit pastry yg dah siap. Jenama KAWAN. :)

Dah Tengok Haary Potter: The Deathly Hallow part 2


Hari Khamis lepas akhirnya dpt gak saya nonton cerita ending Harry Potter ni. Tapi yg sedihnya, saya tengok sorang2. Hubby kerja.

Lepas ambil aje beli stok buku kat KL dan dating2 lunch dgn hubby, saya pi Cap Square. Kat situ TGV nya memang tak ramai orang dan tak payah nak berebut. Jalan kaki aje pun dari Sogo.

Tentang cerita ni, best lah jugak. Walaupun ada beberapa scene yg depa tukar dari dalam buku (as usual...), tapi at least ok lah berbanding 2nd dan 3rd filem Harry Potter. Gelap dan blur aje bagi orang yg tak pernah baca buku dia.

Banyak gak lah scene yg best dalam filem ni. Antaranya masa Hogwart kena serang, time depa lawan2 dan beberapa lagilah. Tapi yg kureng skit menarik minat saya time Harry Potter dok tayang badan time nak bukak baju lepas jatuh dlm tasik tu. Alahai.... kalau badan mcm Jacob dalam cerita Twilight takpelah, ini..... (sendiri mau pahamlah ya, hehehe...).

Anyway, i give 4.5 stars for this film. Interesting and not a boring film to watch (much more better than 'The Box' film, eeee... boring tahap mambang tul cerita tu).

Happy watching everyone....

Kek Coklat "mimpi2" dan Puding Pandan @ Berlumut

Alhamdulillah... akhirnya dapat gak saya buat kek coklat yg diidam-idamkan...

Lepas aje amik stok buku2 kat Jemari Seni dan beli air ubat mak, saya ke kedai kek Yummy's. Beli le barang2 nak buat ke apa yang patut. Lepas tu, sebelum ke Bangi lagi, tiba2 pulak terbayang kat kepala, puding lumut yang kakak ipar saya pernah buat dulu. Sedapnya...

Apalagi, lepas google barang2 & cara nak buat dia, saya carik sekalilah bahan2 dia kat kedai barang kek ni. Dan oleh kerana sekarang ni orang dok sibuk buat sample kuih raya, makanya, telur kat 2 kedai kek di Bangi takde. Sudahnya beli kat Nilai gak...

Pukul 2.45 aje, lepas makan tengah hari (tengah hari ke time tu, hehehe...), maka, mulalah operasi membuat kek coklat 'mimpi2', dan puding pandan. Atas pertolongan anak sedara sorang ni (tolong ratakan topping kek dan tabur chocolate rice), maka, siaplah kek coklat 'mimpi2' saya... :)

Puding pandan @ lumut ni, oleh kerana first time buat, makanya risau2 skit gitu. hehehe...
Masa lepas setengah jam taruk dalam bekas tupperware, saya tekan le skit. "Aik? Lembik lagi? Ish, tak jadi ke?" Hati dah rasa tak enak. "Takpe, kita letak dlm peti ais. Mana tau keras jap lagi." Ayat2 menyedapkan hati.
Dan Alhamdulillah, puding @ agar2 ni keras gak akhirnya. Tersenyum senang saya masa memotongnya. Tapi bila rasa, mcm ada kekurangan. Kurang manis. Hmmm... nampaknya lain kali kena lebihkan sikit gula, baru 'kaw'. Apa2 pun tetap sedap, lagi2 dimakan time sejuk. Marvelousss...

Bila nak tgk Harry Potter & Transformers ni...

Bila tengok aje iklan cerita Harry Potter kat tv tadi, terus saya teringin nak tengok. Manakan tak, buku dan semua filemnya sebelum ni saya dah tonton. Tapi.... entah bila dapat tonton saya pun tak tahu. Saya dan hubby betul2 sibuk dgn kehidupan kerjaya dan keluarga kami. Bila hujung minggu aje, ada sahaja kenduri kahwin yang wajib dihadiri.

Bukan setakat Harry Potter aje, filem Transformer yg digilai hubby pun tak dapat tengok lagi. Rindu nak tengok cerita2 Blockbuster yang ditunggu-tunggu...

Hopefully sempat.... :)

Jatuh cinta setelah 3-4 kali memandang

Buku inilah buat hati saya telah jatuh cinta memandangnya. Bukan setakat tajuknya tetapi lebih2 lagi isinya.

Setelah 3 ke 4 kali memandang dan membelek, akhirnya masa Pesta Buku Selangor baru ni, saya memujuk hubby utk membeli buku ni. hehehe... Yang pasti akhirnya juga, hubby turut suka buku ini. :)

Buku ini benar2 membuat saya terpanggil utk terus membacanya. Walaupun sehari hanya beberapa helai saya membaca, tapi ianya membuatkan saya rindu. Rindu untuk bertemu Rasullullah s.a.w. Terasa diri ini sentiasa amat sikit mengikut sunnahnya. Terlalu sedikit rasanya pahala yang diperolehi selama ini. Dan banyak juga dosa yang terkumpul.

Bagi saya buku ini sekarang sebagai pembimbing saya utk berusaha mengikut sunnah baginda dan berusaha juga utk mendapat keredhaan Allah yang satu. Moga DIA selalu membantu dan melorong saya dalam menjalani kehidupan ini sehingga ke akhir nyawa. Aminnn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...