Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Anak kucing yang nakal

Rumah saya memang banyak kucing. Mak dan ayah mertua saya memang penggemar kucing. Hubby saya pun boleh tahan manjakan kucing2 ni. 2 bulan yang lepas 2 ekor ibu kucing ni selamatlah melahirkan anak2 kucing mereka. 6 ekor kesemuanya. Dan tanpa dapat diduga, 2 ekor lagi anak kucing yang sesat dah tertambah dalam koleksi kucing di rumah ni.

Semalam satu kejadian agak sadis telah berlaku. Sebelum keluar rumah sekarang ni, saya kena pastikan si kenit2 ni jauh dari tayar kereta. Ialah, kang tak pasal2 jadi pankek anak2 kucing yang cute ni.

Masa hubby nak reverse kereta, saya dan ayah mertua saya terpaksa 'berusaha' mencari si kenit2 ni. Agar dapat dilonggokkan di satu tempat. Tak pasal2 kami kena kira anak2 kucing ni cukup ke tidak (dah macam cerita P.Ramlee dalam Ahmad Albab pulak bila nak kira kambing). Last skali ayah mertua saya kata, "ok, dah cukup. Boleh reverse." Apalagi hubby pun reverse le slow2.

Kami pun dengan senang hati lepas tu keluar rumah nak berjalan. Tengah kami dok sampai ke simpang tak berapa jauh dari rumah, tetiba hubby bersuara, "Eh! Tu bunyi anak kucingkan?"
Pantas saya senyap dan pasang telinga. Dan sesaat kemudian, sah-sah saya dengar suara mengiau. "Yang, ada kucing kat enjin kot. Cepat berenti," arah saya segera.

Apa lagi, hubby pun terus ke tepi. Bila bukak bonet enjin, kita orang dok jenguk2. Mencari.
"Dah, mana pulak kucing ni? Tadi mengiau, ni senyap pulak," hubby bersuara agak geram. "Yang, telefon abah balik, kata kucing sekor tertinggal dalam ni. Soh dia kira balik, betul ke bilangan anak kucing dia kira tadi," arah hubby.

Saya pun terus aje le telefon. Dan seperti yang dijangka, memang terkurang sekor. Dan sedang hubby renjis2 air kat dalam enjin tu, akhirnya si kenit nakal ni keluar. Waduh... satu kerja pulak saya n hubby nak mencangkung mengajak dia keluar. Budak2 muda yang tengah tunggu kawan kat situ pun terjenguk2 jugaklah kat kami. Nak buat camne, buat bodoh ajelah...

Last sekali, ayah mertua saya datang. Dan oleh kerana dia kurus, senang aje dia kutip si kenit tu keluar dari kereta (nasib masa tu dia dah ke tepi tayar). Fuh! Lega.

Alhamdulillah, kami pun dengan senang hati lepas tu berjalan. Nampak gayanya lepas ni hubby kena bukak bonet enjin le sebelum bergerak. Kang tak pasal2 anak kucing ni dok bermastautin kat KL.

Si Kenit nakal yang warna kelabu tu. Buat orang nervous betul...

Dua ekor ni lagi nakal. Sebabnya kami tak boleh bukak langsung sliding door sebab dia boleh menyusup masuk nak makan dan mengacau... Kalau tak caya ce nengok. Kan dah datang kat saya tima amik gambar ni...

Inilah antara koleksi2 kucing keluarga mertua saya. Semua tengah rehat lepas makan

Sosej Roll Rangup yang simple



Assalammualaikum semua...
Kali ni saya nak kongsi satu resipi mudah yang saya tengok kakak ipar saya buat. Cuma saya add bread crumb supaya lebih menarik. Dan hasilnya Alhamdulillah, anak2 sedara, atuk, nenek, hubby dan sepupu saya sukakannya...

Bahan2 membuatnya:
1. Sosej panjang. Ayam atau Daging.
2. Roti putih Gardenia @ High 5 @ apa sahaja
3. Marjerin @ mentega
4. Telur 2 biji
5. Bread crumb @ bahasa melayunya serbuk roti
6. Suku sudu garam
7. Minyak masak

Cara2 membuatnya:
1. Rebus sosej sehingga masak dan lembut. Toskan airnya.
2. Sapukan marjerin ke atas roti dan kemudian gulung sosej tadi ke dalamnya. Kepal-kepal roti berinti sosej tadi agar isinya tidak terburai bila dimasak.

3. Pecahkan telur dan taruk sedikit garam ke dalamnya. Pukul sehingga sebati.
4. Salut roti dengan telur tadi dan kemudiannya salut pula dengan bread crumb. Goreng ke dalam minyak panas.

5. Selepas roti berwarna keemasan, angkat dan toskan agar tidak terlalu berminyak. Dan apalagi, lepas sudah suam2 kuku panasnya, tadah tangan dan bacalah doa makan... :)
Nak lagi sedap, boleh cicah dengan sos cili atau sos lada hitam.

SELAMAT MENCUBA...

p/s: Jika anak2 atau kawan2 ramai, sosej tu blhlah dipotong dua tapi roti kena tambah sekali ganda lagilah... :) Bukan apa, takut ada yang tak dapat merasa nanti...

Terapi badan buat hubby & Al-Fatihah buat anak2 yatim Al-Takwa

Hubby saya ni aktiviti sukan dia senang aje. Berjoging. Benda2 lain memang dia tak berapa sangat. Dulu masa kurus, minat juga dia pada badminton tapi sejak badan dan naik dan ada masalah sakit belakang sekarang ni, joging dan jalan2 sekitar taman aje aktiviti riadah yang dia suka.

Oleh kerana kami tidur di rumah keluarga saya di Ampang, awal2 lagi hubby saya dah ajak pi Taman Tasik Ampang Hilir untuk beriadah. Pagi2 lagi dah ajak saya ke sana. Saya pulak yang tak bawak kasut, alih2 pinjam aje selipar kawan adik saya yang tinggal di rumah. Ialah, takkan nak jalan2 di taman pakai sandle. mau orang pandang saya sandle saya pastu pandang muka saya. :P
Dia sibuk pakai kasut, saya pula sibuk ambik gambar. Orang pakai seliparlah katakan. Hehehe...
Cantik kawasan lombong ni lepas dinaikkan menjadi taman tasik.
Tapi kali ni kami sempat riadah kejap aje sebab sampai separuh tasik, gerimis dah turun. Saya pun lepak le kat pondok yang disediakan, hubby pulak meneruskan le larian jogingnya. Tak sampai 3 minit hujan dan mula turun. Semakin lama semakin lebat. Masa ni makin bertambah le prang yang dok berteduh. Bila dah ada di kawasan tasik dan pemandangan hijau berlatar belakangkan hujan yang turun, hati rasa senang. Bukan mudah nak dapat feeling macam ni tau...
Dan masa ini minda saya teringat pada anak2 yatim Al-Takwa, Hulu Langat yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh semalam. Hati rasa sebak mengenangkan mereka. Sebab pada hari yang sama pada waktu pagi, saya & hubby pergi menziarahi rumah anak2 yatim di Dengkil. Terbayang-bayang saya akan anak2 kecil yang sedang sibuk menyapu mentega pada roti untuk dibuat barbeku di rumah tersebut.
Rumah yang telah dihempap tanah runtuh.
Gambar anak-anak yatim yang sempat diambil sebelum tragedi. Pilu rasa hati bila terbayang anak-anak kecil ini sudah pergi dahulu menghadap Ilahi...

Ya Allah, aku memohon padaMU agar kau ampunkanlah dosa anak2 kecil dan penjaga mereka yang telah pergi itu. Dan tempatkanlah mereka di syurgaMU... Aminnn...

Jampi Dengan Al-Fatihah

Assalammualaikum semua. Sewaktu saya membaca Majalah Solusi Isu ke-31, artikel berkaitan dengan Surah Al-Fatihah ini menarik hati saya. Dan saya terpanggil untuk berkongsikannya dengan anda semua. Jom kita baca dan amalkannya. Moga-moga segala usaha kita diizinkan Allah.

Al-Quran ialah ubat bagi segala jenis penyakit jasmani dan rohani, penyakit dunia dan akhirat, tetapi tidak semua orang mendapat taufik untuk menggunakannya. Jika seorang pesakit mahir menggunakan Al-Quran untuk merawat dan mengubat penyakitnya berserta dengan keyakinan, keimanan dan memenuhi syarat-syaratnya, pasti penyakit itu "lari" dan tidak datang lagi selama-lamanya.

Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Isra' ayat 82 yang bermaksud: "Dan kami turunkan daripada Al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang zalim melainkan kerugian."

Dalam surah Yunus pula, Allah berfirman pada ayat 57 yang bermaksud: "Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran daripada Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang ada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang yang beriman."

Dua ayat Al-Quran yang disebutkan di atas merupakan dalil yang membolehkan ruqyah (jampi) dengan Al-Quran dan doa-doa. Hakikat ruqyah ialah seseorang berdoa kepada Allah s.w.t. untuk meminta kesembuhan.


Kelebihan Ibu Al-Quran
Al-Fatihah ialah pembuka Al-Quran. Ia menjadi rukun dalam setiap rakaat solat. Surah ini mempunyai banyak kelebihan yang disebut dalam beberapa hadis.

Muslim meriwayatkan daripada Ibn Abbas r.a., beliau berkata: "Ketika malaikat Jibrail sedang duduk bersama Rasullullah s.a.w., tiba-tiba terdengar suara pintu dibuka di atasnya. Jibrail kemudiannya mendongak ke langit dan berkata: 'Itu ialah suara pintu langit dibuka dan sebelumnya tidak pernah dibuka sama sekali melainkan pada hari ini.' Lalu turun satu malaikat dari pintu tersebut yang mana malaikat itu tidak pernah turun melainkan pada hari ini.

"Maka ia menemui Rasullullah s.a.w dan berkata: 'Hendaklah engkau bergembira dengan 2 cahaya yang diberikan kepadamu, yang tidak pernah diberikan kepada seorang Nabi pun sebelummu iaitu Surah Al-Fatihah dan beberapa ayat pada akhir surah Al-Baqarah. Tidaklah engkau membaca satu huruf pun daripada kedua-duanya melainkan apa yang engkau pohon pasti akan dimakbulkan oleh Allah."

Kesembuhan dengan Al-Fatihah.
Dari hadis diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim daripada Abu Sa'id al-Khudri, beliau mengkhabarkan:

Sesungguhnya beberapa orang sahabat Nabi sedang dalam perjalanan. Mereka singgah di salah satu kampung dan mereka meminta menjadi tetamu di kampung tersebut. Malangnya penduduk di situ tidak mahu menerima mereka sebagai tetamu. Tiba-tiba ketua penduduk mereka digigit binatang berbisa. Mereka berusaha dengan berbagai cara untuk mengubatinya tetapi tidak berhasil. Ada daripada kalangan mereka yang mencadangkan sesuatu: "Cuba kamu berjumpa beberapa orang lelaki tadi (para sahabat), mungkin ada daripada kalangan mereka yang pandai berubat."

Para penduduk pun bertemu mereka dan bertanya: "Ketua kami disengat binatang berbisa dan kami telah berusaha dengan pelbagai cara tetapi tidak berhasil. Adakah sesiapa daripada kamu yang pandai berubat?"

Salah seorang sahabat menjawab: "Ya saya boleh me'ruqyah' (menjampi). Tetapi tadi kamu enggan menerima kami sebagai tetamu. Aku tidak akan mengubatinya melainkan jika kamu memberikan upah."

Akhirnya mereka berdamai dan penduduk kampung menjanjikan beberapa ekor kambing sebagai upah. Seorang sahabat membacakan Ummul Kitab, lalu mengumpulkan ludahnya dan meludahkannya kepada ketua kampung tersebut. Lalu ia pun sembuh. Maka penduduk tersebut memberikan kambing-kambing tersebut kepada para sahabat.

Mereka berkata: "Kami tidak akan mengambil upah sehingga kami bertanya kepada Nabi s.a.w." Lalu mereka bertanya kepada Baginda. Rasulullah tersenyum lalu bersabda: "Siapakah yang memberitahu kamu bahawa Al-Fatihah itu ruqyah (jampi)? Ambillah kambing-kambing tersebut dan berikan kepadaku satu bahagian daripadanya."

Ibn Qayyim al-Jawziyyah bercerita bahawa beliau pernah menderita sakit di Makkah. Ketika itu beliau tidak menemui doktor atau ubat, lalu beliau minum air zamzam dan membaca surah Al-Fatihah berkali-kali, kemudian beliau meminum air zamzam lagi. Ternyata penyakit yang beliau deritai sembuh sepenuhnya. Setelah itu beliau mengubati setiap penyakitnya dengan air zamzam dan dengan membaca surah Al-Fatihah berkali-kali.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...