Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Khamis, 3 Mac 2011

Kelebihan Membaca al-Quran

  1. Ibadah yang paling utama dari segi bacaan.
  2. Pahala membaca 1 huruf daripada al-Quran. Menurut Ibn. Majah: digandakan hingga 400 kali & Ibn. al-Jauzi pula berpendapat digandakan sebanyak 700 kali.
  3. Balasan 1 huruf yang dibaca ialah bidadari di syurga, juga dikatakan balasan sebatang pokok di syurga.
  4. Mengikut Ibn Abbas r.a., pembaca al-Quran ialah seorang hartawan dan pahala membaca tidak akan putus.
  5. Selamat daripada api neraka, mendapat kedudukan yang tinggi & mulia bersama malaikat.
  6. Pada hari kiamat, al-Quran menjadi pembela.
  7. Pembaca akan memperolehi keamanan di dunia dan kemuliaan di syurga.
  8. Membaca sebelum tidur akan mendapat kawalan malaikat.
  9. Pembaca akan dimasukkan ke dalam golongan Siddiqin, Syuhada & Solehin.
  10. Membaca al-Quran secara kumpulan akan diampunkan dosa mereka.
  11. Mendapat cahaya di bumi dan menjadi sebutan oleh malaikat di langit.
  12. Jika di baca di dalam rumah, akan memberi cahaya kepada rumah itu.
  13. Membaca secara tadarus, mendapat ketenangan, rahmat & dikelilingi oleh malaikat.
  14. Pembaca yang mahir & baik diutamakan menjadi imam solat.
  15. Seutama-utama manusia ialah yang mempelajari, mengajar & menghayati ajaran al-Quran.
  16. Mempelajari 1 ayat al-Quran lebih baik daripada solat sunat 1000 rakaat.
  17. Mempelajari & membaca mendapat keberkatan & keharmonian hidup.
  18. Mendapat perlindungan di Padang Mahsyar nanti.
  19. Pembaca akan dilindungi daripada godaan syaitan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...