Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Harry Potter and the Deathly Hallows ok


Pergi menonton cerita ni time tengah malam. Betul-betul jam 12. Dengan hubby, my sisters n kengkawan dia. Tak ramai orang tonton cerita ni malam sabtu tu. Half the cinema aje.

Aktiviti sebelum tengok wayang. apo lagi, sonyummmm...

Sempat lagi kita orang ber 'kuch kuch ho ta hay' kat depan KLCC ni. hehehe...

Anyway, best jugaklah cerita ni. Dan memang sepatutnya status tengok dia PG18 coz banyak terkejut-kejut, ada scene yang budak-budak memang tak patut tengok. Saya rasa-rasa dia nak terkejut, cepat-cepat tutup mata. Bukan apa, tak menaikkan tahap keterkejutan lagi. Mana taknya, bunyi dah tentu kuat, tu belum tengok dengan mata lagi. Pergh! kalau bawak selimut sure selimut tu naik ke kepala. hehehehe... (dah pernah terkena pun dulu).

So, saya bagi cerita ni 4 bintang lah sbb memang tak boring but ada babak-babak tertentu kalau orang tak baca bukunya memang tak dapat tangkap apa yang cuba disampaikan. Tonton jangan tak tonton...

p/s: nunggu cerita narnia dan little fockers pulak lepas ni

Bila dah sibuk...

Kekadang saya ni banyak perkara nak dibuat. Sekejap sibuk menulis. Pagi sibuk memasak (yg ni dh for sure). Kekadang sibuk ber'bisnes' (org dh order, kenalah cari. rezeki beb!). Dan lagi, adakala sibuk menyiapkan flyers, book list, blog dan entah macam-macam lagi lah. Huargh!!! Banyak keje tu walaupun orang tengok saya tak keje kat pejabat. Nak pengsan rasanya buat semua benda. Dah diri ni tokeh dan juga kuli, makanya dengan rajinnyalah buat semua keroje-keroje tu...

Lebih kurang macam ni lah saya kadang-kadang. Tak cukup tangan...

Bila dah banyak kerja tu, hobi yang saya suka ni terpaksa dikurangkan. Rasa macam ketinggalan pulak bila banyak buku dah keluar tapi tak sempat beli dan baca. Rindunyaaa...

But, this is the BEST therapy untuk saya bila nak rehat or release tension. Memang SYOKKK... tak payah nak pikir apa-apa dah :)

Pancakes oreo dengan chocolate rice

Hubby saya tetiba aje ter'mengidam' nak makan pancakes. Ni semua gara-gara rancangan AFC yang dia tengah tengok. Bagus aje statement dari hubby saya. "Yang, dah lama tak makan pancake yang. Cam sedap aje tengok".

Saya apa lagi, paham sangat ler ayat tu. Tapi memang dah lama pun saya tak buat. Maybe setahun. Hehehe... So, balik aje dari NB Kara sebab beli buku yang ditempah, terus ke kedai jual barang kek yang ada dekat situ. Beli barangan buat pancake.

Maka, aktiviti membuat pancake @ lempeng orang putih ni pun bermulalah tadi. Mari saya kongsikan bahan-bahan dan cara buatnya ya :)

Bahan-Bahannya:
  • 2 cawan penuh tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu kecil bikarbonat
  • 1/4 sudu garam
  • 2 sudu besar gula icing
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila
  • sebiji telur
  • 2 cawan susu full cream atau jika pekat lagi adunan tepung, boleh tambah lagi susu agar cair (jgn cair sangat nanti lembik)
  • 2 sudu besar minyak sayuran atau mentaga cair
  • biskut oreo
  • chocolate rice
Cara-cara membuatnya:
  • Campur kesemua bahan kecuali minyak sayuran.
  • Selepas sebati, masukkan minyak masak dan gaul.
  • Panaskan kuali leper atau kuali non-stick dan ratanya minyak sedikit di permukaannya.
  • Setelah panas, taruk campuran yang sudah digaul tadi ke atas kuali. Jika nak besar pancake, taruk banyak, Jika nak kecil aje, then, taruk sikit lah.
  • Selepas itu, tabur kepingan orea yang sudah dipecah dan chocalate rice. Macam dalam gambar di bawah.
  • Bila gelembung-gelembung kecil banyak muncul di permukaan pancake, itu tandanya dah boleh diterbalikkan.
  • Biarkan dalam dua ke tiga minit dan kemudian angkatlahhh... Dan seterusnya ngap ngap ngap.

Ini dia pancakes saya yang dah siap. Enak dimakan dengan madu, sirap maple, jem, wipe cream.

Tepek kat kaki

Semalam, dengan jayanya saya telah menepek pad kesihatan kinohimitsu ke tapak kaki. Minggu lepas lagi nengok suami dan mama saya pakai benda ni. Macam best aje tapi oleh kerana saya masa tu tengah 'bendera jepun', so nantilah dulu. hehehe...

Malam tadi, saya capai le baki isi kotak kinohimitsu tu. Tengok ada 4 lagi. Boleh le try. Apalagi, maka saya tepek le kat tapak kaki. Dan.................. pagi tadi bila dibuka pad pelekat tu, hamik kau, gelap aje pad herba tu. Tu dia, banyak rupanya penyakit dalam badan ni. Tapi bila hubby nengok, dia kata tu ok lagi sebab warna coklat, dia dulu lagi hitam. Eeeee.... takutnyaaa...


Ingatkan ok le bila dah bukak pelekat tu tapi tambah lagi satu keje rupanya. Tak pasal-pasal pagi-pagi saya kena sental keliling kaki yang kena gam pelekat tu. Nasib baik sempat kejar solat subuh... hmmm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...