Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hadiah Puteri Elina 2 akhirnya release

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah. Akhirnya buku kedua iaitu sambungan Hadiah Puteri Elina akhirnya keluar juga. Di sini saya lampirkan sedikit cerita yang ada di dalam Hadiah Puteri Elina 2.

“Arlin... Arlin... Bangun Arlin... ” satu suara mengejutkan Arlin dari tidurnya. “Bangun cepat Arlin,” sambung suara itu lagi dengan nada cemas.
“Rasa macam baru aje tidur. Dah pagi ke mama?” soal Arlin sambil menguap. Dia mengesat matanya sambil mengambil jam yang berada di sebelah katilnya.
“Eh,baru pukul tiga pagi,” Arlin bersuara kehairanan.
“Arlin mari ke sini cepat,” suara tadi mengarah Arlin agar datang ke cermin Litina dengan segera.
“Siapa tu?” Arlin bersuara cemas.
Suara yang memanggil sebentar tadi kedengaran mesra di telinganya. Lantas, dia bangun dari katil dan menuju ke arah suis lampu di tepi pintu biliknya. Apabila lampu terpasang, Arlin terkejut apabila memandang ke arah cermin Litina.
“Puteri Elina?” soal Arlin pada dirinya sendiri. Arlin menggosok matanya berulang kali seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.
“Aku sedang bermimpi ke?” Arlin bercakap seorang diri sambil mencubit-cubit pipinya. “Sakit,” ujar Arlin sambil mengusap pipinya.
“Mari ke sini cepat Arlin. Memang beta Puteri Elina ni,” gesa Puteri Elina kepada Arlin setelah dia melihat Arlin tidak berganjak dari tempatnya.
“Okey. Ini sememangnya bukan mimpi,” ujar Arlin sendirian lalu melangkah pantas ke arah cermin Litina. Dia memandang Puteri Elina dengan penuh tanda tanya.
“Macam mana Tuan Puteri boleh berada dalam cermin Litina? Mana Litina? Dia tidak sihat ke?” soal Arlin bertalu-talu.
Arlin kehairanan. Puteri Elina yang sudah empat bulan tidak ditemuinya, alih-alih muncul di cermin Litina pada awal pagi. Kali terakhir Arlin bertemu dengan Puteri Elina dan Puteri Akasyia adalah semasa mereka berdua datang bertanya khabar tentang diri Arlin dan rantai mutiara biru. Itu pun bukan melalui cermin Litina tetapi mereka datang seperti manusia biasa. Puteri Elina dan Puteri Akasyia datang dengan menaiki kereta yang dipandu oleh pengawal Puteri Akasyia.
Kedatangan Puteri Akasyia dan Puteri Elina pada masa itu adalah untuk menjemput Arlin, Muneera, Muzeer, Puan Suraya dan Encik Farid iaitu ayah Arlin ke majlis kebesaran Istana Istranda dalam masa lima bulan akan datang. Ini bagi memudahkan Puan Suraya dan Encik Farid mengatur jadual harian mereka dan dapat hadir pada hari kebesaran tersebut.
“Beta tidak dapat bercakap lama dengan kamu. Puteri Akasyia amat perlukan pertolongan kamu. Beta akan cerita dengan pantas apa yang telah berlaku kepada Litina dan kerajaan Puteri Akasyia,” ujar Puteri Elina berkata dengan nada cemas.
Arlin menganggukkan kepala dan pada masa yang sama mula berasa cemas dan bimbang.
“Arlin, kerajaan Puteri Akasyia dalam bahaya sekarang ini. Kerajaan baginda telah diserang oleh Permaisuri Mrilana dari Kerajaan Rinda sejak lima hari yang lalu. Kini kebanyakan tentera dan rakyat sedang berusaha mempertahankan negara. Tentera Permaisuri Mrilana telah hampir berjaya menawan bahagian selatan kerajaan. Kebanyakan rakyat Puteri Akasyia telah ditahan dan dipenjarakan manakala tentera pula ada yang terkorban. Bukan itu sahaja, Litina dan keluarganya juga turut ditahan dan dipenjarakan oleh tentera Permaisuri Mrilana. Mereka ditahan ketika sedang melawat nenek Litina yang sedang sakit. Puteri Akasyia sekarang ini sedang bersiap sedia dengan pahlawannya untuk mempertahankan ibu kota andai kata mereka diserang dengan tiba-tiba. Jadi sekarang ini, Puteri Akasyia ingin meminta pertolongan kamu untuk meminjamkan baginda rantai mutiara biru yang ajaib itu. Oleh kerana itu, beta terpaksa menggunakan cermin Litina sebagai penghubung di antara dunia kamu dan dunia Puteri Akasyia. Diharap rantai mutiara biru itu dapat memberi bantuan yang diharapkan,” cerita Puteri Elina dengan panjang lebar.
Arlin terkejut mendengar cerita yang dibawa oleh Puteri Elina itu sehinggakan dia tidak mampu berkata-kata apa-apa.
“Jadi, Tuan Puteri mahukan rantai mutiara biru itu sekarang, kah?” soal Arlin beberapa ketika kemudian.
Puteri Elina menggeleng kepalanya. “Tidak. Rantai itu hanya akan diambil pada malam esok dalam jam sebelas malam. Ini kerana Puteri Akasyia sendiri yang akan mengambilnya,” ujar Puteri Elina. “Lagipun, hanya Puteri Akasyia sahaja yang mengetahui cara untuk mendapatkan rantai tersebut melalui cermin ini. Baginda tidak dapat bersama-sama dengan beta sekarang ini kerana baginda terpaksa menghadiri mesyuarat tergempar dengan menteri-menterinya,” sambung Puteri Elina lagi.
Arlin semakin bimbang dan perasaan hatinya semakin gemuruh setelah mendengar kata-kata Puteri Elina. “Sampai begitu teruk sekali keadaankah di sana Tuan Puteri?” soal Arlin. “Kenapa Permaisuri Mrilana cuba menakluki kerajaan Puteri Akasyia?” soal Arlin lagi.


Untuk ketahui sambungannya, jangan lupa dapatkan satu di kedai berhampiran.

Baru baik demam dan buku baru

Alhamdulillah. Setelah 5 hari saya demam (3 hari demam teruk) akhirnya mengadap juga saya internet balik. Ini pun batuk masih lagi bernyanyi riang. Kejap lagu irama malaysia, kejap lagu irama pop rock. Walau apa pun iramanya, syukur saya sihat kembali.

Masa saya terlantar di bilik hari Jumaat lepas, sayup-sayup saya terdengar bunyi hon posmen memanggil di luar rumah. Hubby saya pun bergegas keluar. Tiba-tiba telinga saya menangkap suara posmen tersebut menyebut nama saya. Hubby saya pun mengiakan. Tertanya juga saya surat dari mana pulaklah tu. Beberapa minit kemudian, hubby masuk ke dalam dan beritahu surat dari KD dah sampai. Saya yang mamai-mamai akibat panahan ubat selsema terus aje angguk kepala dan sambung tidur balik.

Lepas solat Zohor, saya keluar bilik dan tanya hubby sama ada buku saya yang kedua dah keluar website KD ke. Dia pun kata yup. Alhamdulillah... akhirnya buku kedua keluar juga. Semoga mendapat sambutan yang baik dari pembaca.

Semoga cepat sembuh...

Sudah seminggu lebih suami saya sakit-sakit. Mula-mula tu dia kata peha dia sakit. Saya ingatkan sakit biasa. Dia pun ingat sakit tu sekejap sahaja. Entah macam mana tiba-tiba semakin melarat sampai ke betis pula. Kasihan saya tengok dia menahan sakit. Saya ada cuba le urutkan dia sekali dua.

Hari khamis minggu lepas dia EL. Abah mertua saya pun risau tengok dia. Dia ajak suami saya pergi berurut di Cheras. Mereka berdua pun pergilah dengan harapan agar cepat baik. Balik sahaja dari berurut, suami saya sudah start mengomen. Rupanya pakcik yang tukang urut tu bukannya urut pakai tangan tapi pakai kaki. Ada ke dia kata sebab suami saya gemuk jadi dia tak dapat cari urat, tu pasal dia guna kaki sahaja untuk tekan tempat-tempat yang sakit. Saya tanyalah suami saya balik, reda tak sakitnya. Dia kata reda sekejap aje. Ni dah nak start lenguh-lenguh balik. Saya pun apa lagi, malam tu saya jadilah tukang urut amatur balik.

Alhamdullillah, esoknya hari jumaat dia pergi kerja. Saya ingatkan dah ok ler. Rupa-rupanya balik sahaja malam tu muka dia dah kerut seribu. Dia kata kaki dia sakit lagi. Maka, saya pun menyambung baliklah aktiviti saya sebagai tukang urut asalkan suami saya sihat walafiat.

Esoknya kami ke hospital pakar di Bangi untuk dapatkan rawatan untuknya. Setelah hampir sejam setengah, doktor mengatakan yang dia cuba sakit muscle sahaja. Doktor pun bagilah ubat apa yang patut untuk meredakan kesakitan. Pada awalnya nampak macam berkesan tapi alih-alih hari selasa baru ni suami saya amik EL lagi. Dia kata sakitnya dah sampai ke belakang badan. Apa lagi, saya punya risau jangan ceritalah. Tengahari, petang dan malam saya urut dia. Kasihan saya tengok dia berjalan dan bersolat hari itu. Tengok macam sengsara sahaja. Tapi, oleh kerana kerja yang banyak di ofis, esoknya hari rabu dia gagahkan juga diri untuk bekerja.

Balik sahaja kerja malam tadi dan masuk sahaja ke dalam rumah terus dia kata hendak pergi ke hospital di Bangi tu balik. Dia kata tak tahan sangat dah sakit ni. Lepas sahaja dia mandi dan bersolat terus saya telefon abang ipar untuk bawa dia ke hospital. Malam tu juga bila doktor check dia kena darah tinggi dan sakit muscle lagi. Doktor pun dengan rela hatinya memberi dia kena satu injection untuk tahan sakit. Doktor pun beri dia MC dua hari supaya rehat betul-betul. Doktor juga ingatkan saya jika sakitnya tidak baik sehingga ahad ni, dia sarankan suami agar buat MRI. Mungkin untuk detect sakit apa sebenarnya yang membuatkan kakinya jadi begitu teruk.

Saya harap suami saya akan cepat sembuh selepas ini. Semoga tiada sakit yang teruk-teruk dihidapinya. Saya sayangkan dia sepenuh hati. Tak sanggup rasanya melihat dia dalam kesakitan setiap masa.

Ya Allah, kau sihatkanlah suami kesayanganku ini. Semoga hari-harinya akan terus ceria dan dapat beribadat dengan mu dengan lebih baik lagi... Amin...

Dalam senang ada susah

Saya seronok membaca novel. Jangan katakan novel, buku apa pun yang nampak menarik saya baca. Entah macam mana, saya teringin pula untuk menulis buku novel dewasa. Bila baca nampak macam senang aje penulis tu menulis. Tapi bila saya cuba pula, mak ai, satu bab aje dah ambil masa berhari-hari (tu blm campur time internet tenggelam timbul). Sekejap rasa ayat macam tak best, esoknya pula rasa macam tak sedap, lusanya pulak tukar ayat lain. Baru saya tau betapa ber'cinta'nya nak tulis novel dewasa.

Tapi, walaupun badai melanda (cheewah...), saya akan cuba juga untuk menyiapkannya juga eventhough it takes 1 to 2 years to finish it (mak datuk lambat betul tu). Sapa2 yang baca posting ni, doa-doakanlah saya berjaya menghasilkan yang terbaik untuk diri sendiri dan semua. Amin...

Internet oh internet

Rasa jiwa macam kacau aje bila internet line kat rumah ni tenggelam timbul. Kejap ada, dua minit lagi dah hilang line. Ya Allah, kalau boleh diketuk-ketuk bagi line ni ok takpe jugak tapi tak boleh. Tak tau le kenapa teruk benar line Maxis kat nilai ni.

Entah apa angin pulak hari ni, line dia dah baik pulak. Ni tak tau lah berapa lama boleh tahan. Hubby dah call tadi bagi tau yang member dia bagi pinjam untuk testing Celcom broadband. Hah! Kalau ok ler line Celcom ni, dah sure both of us terminate je Maxis ni. Sakit geng sakit...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...