Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Semoga cepat sembuh...

Sudah seminggu lebih suami saya sakit-sakit. Mula-mula tu dia kata peha dia sakit. Saya ingatkan sakit biasa. Dia pun ingat sakit tu sekejap sahaja. Entah macam mana tiba-tiba semakin melarat sampai ke betis pula. Kasihan saya tengok dia menahan sakit. Saya ada cuba le urutkan dia sekali dua.

Hari khamis minggu lepas dia EL. Abah mertua saya pun risau tengok dia. Dia ajak suami saya pergi berurut di Cheras. Mereka berdua pun pergilah dengan harapan agar cepat baik. Balik sahaja dari berurut, suami saya sudah start mengomen. Rupanya pakcik yang tukang urut tu bukannya urut pakai tangan tapi pakai kaki. Ada ke dia kata sebab suami saya gemuk jadi dia tak dapat cari urat, tu pasal dia guna kaki sahaja untuk tekan tempat-tempat yang sakit. Saya tanyalah suami saya balik, reda tak sakitnya. Dia kata reda sekejap aje. Ni dah nak start lenguh-lenguh balik. Saya pun apa lagi, malam tu saya jadilah tukang urut amatur balik.

Alhamdullillah, esoknya hari jumaat dia pergi kerja. Saya ingatkan dah ok ler. Rupa-rupanya balik sahaja malam tu muka dia dah kerut seribu. Dia kata kaki dia sakit lagi. Maka, saya pun menyambung baliklah aktiviti saya sebagai tukang urut asalkan suami saya sihat walafiat.

Esoknya kami ke hospital pakar di Bangi untuk dapatkan rawatan untuknya. Setelah hampir sejam setengah, doktor mengatakan yang dia cuba sakit muscle sahaja. Doktor pun bagilah ubat apa yang patut untuk meredakan kesakitan. Pada awalnya nampak macam berkesan tapi alih-alih hari selasa baru ni suami saya amik EL lagi. Dia kata sakitnya dah sampai ke belakang badan. Apa lagi, saya punya risau jangan ceritalah. Tengahari, petang dan malam saya urut dia. Kasihan saya tengok dia berjalan dan bersolat hari itu. Tengok macam sengsara sahaja. Tapi, oleh kerana kerja yang banyak di ofis, esoknya hari rabu dia gagahkan juga diri untuk bekerja.

Balik sahaja kerja malam tadi dan masuk sahaja ke dalam rumah terus dia kata hendak pergi ke hospital di Bangi tu balik. Dia kata tak tahan sangat dah sakit ni. Lepas sahaja dia mandi dan bersolat terus saya telefon abang ipar untuk bawa dia ke hospital. Malam tu juga bila doktor check dia kena darah tinggi dan sakit muscle lagi. Doktor pun dengan rela hatinya memberi dia kena satu injection untuk tahan sakit. Doktor pun beri dia MC dua hari supaya rehat betul-betul. Doktor juga ingatkan saya jika sakitnya tidak baik sehingga ahad ni, dia sarankan suami agar buat MRI. Mungkin untuk detect sakit apa sebenarnya yang membuatkan kakinya jadi begitu teruk.

Saya harap suami saya akan cepat sembuh selepas ini. Semoga tiada sakit yang teruk-teruk dihidapinya. Saya sayangkan dia sepenuh hati. Tak sanggup rasanya melihat dia dalam kesakitan setiap masa.

Ya Allah, kau sihatkanlah suami kesayanganku ini. Semoga hari-harinya akan terus ceria dan dapat beribadat dengan mu dengan lebih baik lagi... Amin...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...