Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Thousand madleens dan conscience pula membelah lautan demi kemanusiaan

 


Assalammualaikum dan salam sejahtera. 1 Oktober lalu, kapal besar Conscience yang membawa 8 orang rakyat Malaysia dan lebih 90 orang aktivis pakar perubatan, media antarabangsa, ahli parlimen dan lain-lain mula belayar dari Itali menuju ke Ghazzah yang semakin hari semakin tenang keadaannya. Kapal ini sepatutnya belayar awal tapi oleh kerana telah disabotaj di beberapa bahagian kapal, kapal ini terpaksa menangguhkan pelayaran dan perlu diperbaiki. Namun, takdir Allah mengubah segalanya bulan September 2025. 

Dalam pada semua mata menumpu perhatian pada para pelayar dan aktivis kemanusiaan yang belayar melalui GSF, Conscience dan Thousand Madleens telah berjaya merancang sesuatu. Doktor Fauziah yang kita semua sedia maklum merupakan wanita pertama Malaysia yang menyertai misi ke Ghazzah pada tahun 2016 dan beliau serta peserta lain seramai 12 orang telah diculik di perairan antarabangsa dan ditahan selama 42 jam di negara haram tersebut. Jika kita dengar podcast beliau di Youtube, kita akan rasa takut tapi bersemangat bila beliau berjaya mengharungi cabaran semasa atas kapal, ketika diculik dan ketika dalam tahanan. Pengalaman beliau yang satu ini bukan sahaja memberi motivasi kepada rakyat Malaysia yang lain tapi juga kepada orang awam di luar sana untuk sentiasa bersedia membantu bila pertolongan diperlukan dan perlu berani menghadapi kesukaran bila berhadapan dengan zionis yang jahat ini. 

Jika sebelum ini, mata dunia tertumpu kepada para peserta Sumud yang berusaha memecahkan kepungan menuju ke Ghazzah dengan 42 buah kapal, kali ini mata kita tertumpu pula kepada kapal besar Conscience dan 8 kapal kecil Thousand Medleens (sebelum ini ada 10 buah kapal tapi mungkin ada masalah teknikal yang membuatkan 2 lagi tidak kelihatan di tracker). Jika diikutkan, pada berita Jumaat lepas, mereka yang menaiki Conscience boleh sahaja sampai ke pantai G pada hari Ahad tapi oleh kerana kapal-kapal kecil Thousand Madleens sedikit mengambil masa untuk ikut serta maka, kapten kapal menurunkan sedikit kelajuan agar mereka semua dapat seiring menuju ke pantai G. 

Jika dilihat pada 6 Oktober ini, kesembilan-sembilan buah kapal sudah semakin menghampiri G.

Menu sihat wanita dan lelaki, ikan selar masak air asam


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menus sihat ikan selar air asam jawa ni sesuai sangat dinikmati oleh semua yang ingin diet, suka lauk ikan dan orang yang sedang berpantang bersalin. Ya, pantang bersalin. Sebab, mertua saya selalu masak lauk ni bila ipar dan biras bersalin dulu. 

Lauk ni simple aje. Guna ajelah apa jenis ikan yang anda nak makan. Goreng dulu barulah letakkan dalam kuah air asamnya. Jika ikan anda tu besar, boleh kerat dulu. Kalau kecik, goreng sekor aje sesuai. Kalau nak guna ikan tenggiri, boleh keratkan ikut besar mana anda nak makan. 

Ini resipi lauk ikan selar masak air asam untuk 2 orang makan. Saya guna ikan selar 2 ekor dan sepotong ikan tenggiri (baki haritu).

Bahan:
2 ekor ikan selar keras dua (saiz besar)
1 biji bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris
1 tangkai cili merah dihiris
1 cawan air asam
2 sudu besar minyak masak

Penyediaan:
1. Lumur ikan dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan tos. Letakkan dalam bekas sesuai.
2. Panaskan minyak dan kuali. Tumis bawang putih & halia sehingga sedikit kekuningan dan naik bau. Kemudian masukkan bawang besar dan cili. Tumis sehingga bawang besar layu.
3. Masukkan pula air asam jawa dan garam. Masak sehingga mendidih dan jangan lupa rasa. Padamkan api dan tuang kuah asam ini ke atas ikan. Siaplah lauk ikan kerisi masak air asam kita. Enak dimakan dengan nasi putih dan juga lauk sayur lain. 

Hari yang mendebarkan dunia. 41 flotilla dipintas dan aktivis Sumud ditahan


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Semalam, 2 Oktober 2025 adalah antara hari yang mendebarkan dunia. Seolah seluruh tumpuan penduduk dunia tertumpu pada misi Global Sumud Flotilla memecahkan kepungan rejim yang zalim. Mereka ingin melihat dan pada masa yang sama berharap agar ada kapal yang dapat terlepas dari kepungan dan berjaya menghantar barang bantuan kepada penduduk Gaza. 

Sebaik sahaja 6 flotilla diserang oleh tentera laut rejim, mereka yang berada di darat terutamanya di Itali dan UK mula memulakan demostrasi meluahkan rasa marah. Mereka sakit hati dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan mereka dalam masa 2 tahun ini. Para pekerja pelabuhan di Itali seperti yang pernah ZRA maklumkan dalam awal pelayaran dulu, mula menunjukkan protes tanda ketidakpuasan hati mereka pada kerajaan dan mula menghalang sebarang penghantaran dan penurunan barang yang melibatkan negara haram penjajah terutama sekali berkaitan senjata. Perdana Menteri mereka secara terang-terangan menyatakan tiada faedahnya membantu dan menghantar bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza. Namun, atas desakan yang terlalu tinggi dari rakyatnya, hendak tak hendak, dia terpaksa membenarkan penghantaran 1 kapal perang Itali untuk menjaga keselamatan rakyatnya di perairan antarabangsa sehingga border zon kuning. 

Dan semalam, selepas malam pertama para aktivis dan pelayar memasuki zon merah pertama, mereka diganggu dengan hanya 1 kapal tentera laut penjajah. Masa ni, walaupun flotilla berada dalam perairan antarabangsa, mereka sudah mula menunjukkan belangnya. Dan malam kedua, memasuki jam 3 pagi, beberapa flotilla dipintas dan aktivis ditahan. Waktu ini, semua mata tak kita di mana berada mula melihat kepada apa yang dirakamkan oleh kamera flotilla yang ada. Semua orang dapat melihat serangan 'tembakan air' yang dibuat oleh kapal penjajah. Rakyat dunia juga melihat betapa tentera penjajah menghalakan senapang kepada orang awam dan mengeluarkan komen menyatakan 'see you in jail' (ucapan dicakap ketika radio flotilla dipintas). 

Grup kawan-kawan sekolah saya yang mulanya diam tapi lepas saya sharekan Red Alert tentang GSF, masing-masing sahut-menyahut bercerita. Dan seorang kawan menyatakan, "tak pernah aku seistiqomah

Global Sumud Flotilla dipintas, disekat dan ditahan tentera penjajah


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Bangun pagi tadi untuk subuh, dalam bilik air dah teringat para pelayar Global Sumud Flotilla. Mana taknya, sebelum tidur, tengok tracker sumud nusantara dulu. Kelihatannya mereka belayar elok cuba memasuki red zone kedua. Saya berdoalah apa yang patut untuk semua. Sambil nunggu azan habis berkumandangan, terus saya capai phone. Tengok berita mereka di telegram. Allah!! Kapal Alma dah dipintas, disekat dan ditahan para pelayar mereka. Saya tengok jam dikemaskini. 2.54 pagi. Hampir jam 3 pagi waktu Malaysia mereka ditahan. 

Seingat saya, dalam kapal Alma, kapal utama Global Sumud Flotilla, ada committee mereka. dalam kapal ni ada Greta Thunberg dalam tu, ada Yasemin Acar, Tadhg Hickey, Thiago Avila, Mandla Mandela (cucu Nelson Mandela), Musa al-Nuwayri (pengasas Cinta Salam Malaysia), 2 orang lagi rakyat Malaysia dan beberapa lagi warga negara lain. Melihat kepada video yang tersebar di instagram,youtube, tiktok dan medsos lain, cara mereka ditahan sama seperti apa yang telah dijangka. Mereka ditahan di perairan antarabangsa. Kalau ikutkan pun, kapal-kapal tak pergi pun negara haram isnutrel tapi terus ke pantai Gaza hak milik palestin. So, takde kena mengena dan sebab mereka nak tahan. Plus, kalau ikutkan undang-undang, GSF ada hak untuk meneruskan pelayaran ke bumi Gaza atas dasar ini:

1. Konvensyen Geneva IV Artikel 59 - Menjamin laluan bebas bagi penghantaran makanan, ubatan dan bekalan kemanusiaan lain kepada penduduk awam.

2. Manual San Remo Para. 103 - Sekatan laut hanya sah jika tidak menyebabkan kebuluran beramai-ramai atau menafikan hak penduduk awam mendapatkan bantuan

3. Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) - Dalam kes South Africa vs Isnutrel, ICJ memerintahkan isnutrel membuka laluan darat dan membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan berskala besar. Perintah ini sah dan mengikut undang-undang antarabangsa. 

4. Resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) - Menuntut pengaksesan kemanusiaan segera dan tanpa halangan demi mencapai gencatan senjata berpanjangan. 

Selagimana flotilla membawa bantuan kemanusiaan sahaja, serangan atau rampasan ke atas kapal tersebut boleh dianggap pelanggaran undang-undang antarabangsa dan berpotensi sebagai jenayah perang 

Empat info ini anda boleh dapat pencerahan di medsos Sumud Nusantara. Kiranya, kita orang awam, belajar sesuatu tentang apa yang berlaku dan bagaimana perlanggaran hak telah dibuat. 


Pertama kali melihat Red Alert ni, hati dah berdebar-debar. Risaukan mereka, risaukan juga harapan rakyat Gaza yang sangat memerlukan pertolongan. Masa ni berharap sangat adalah hendaknya kapal-kapal lain dapat belayar masuk ke pantai Gaza. 


Rupanya mereka sudah siapkan video memaklumkan diri mereka ditahan oleh penjajah bila waktu tersebut benar-benar terjadi. Lihat di Tiktok pun, pelayar dari kapal Serius juga begitu. Mereka buat video untuk maklumkan orang ramai. 

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...