Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Jumaat, 19 Disember 2014
5 bintang untuk buku Secangkir Teh Pengubat Letih
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Mesti anda tertanya-tanya mengapa saya berikan 5 bintang untuk buku di atas. Exactly, a few years back saya ada terbaca 1 artikel di internet (rasanya) tentang buku ni. Pembaca tersebut berikan komen yang positif. Masa tu, saya dah set dalam minda, ok, buku ni menarik. Lain kali boleh beli.
Dan, dalam beberapa minggu lepas, masa saya dok order buku dengan penerbit, saya includekan sekali buku ni sebab dah baca buku 'Menalar Makna Diri' tu. Nak tahu jugakkan apa yang ditulis dalam buku ni sampaikan rakan penulis yang berbangsa Turki pun tahu tentang antara sebab pembaca yang pernah baca buku ni hendak ke tempat yang diceritakan dalamnya.
Bila dah dapat, saya ketepikan dulu sebab ada banyak tuntutan kerja yang perlu dibereskan + tengah baca buku & majalah lain juga. Dan pada malam Isnin baru ni, saya capai buku ni dari rak untuk dijadikan bahan bacaan masa dalam tren esoknya. Bila baca aje mukadimah, saya rasa macam 'eh, menarik aje cara penulisan buku ni. Ada info best'. Makanya, sedar tak sedar, hampir setengah buku saya habiskan pembacaannya masa dalam tren nak balik ke nilai. Tak ngantuk pulak tu. Layan aje kisah travelog penulis dalam buku ni. Siap saya imagine lagi tempat-tempat dan situasi yang diceritakan.
Adakala saya setuju dengan apa yang disampaikan penulis. Antaranya seperti ini:
"Siapa kamu menentukan cara kamu melihat." Kesannya pula ialah, "Cara kamu melihat menentukan apa yang kamu dapat." Ada yang pergi ke Turki dapat dosa, ada yang pergi ke Turki dapat pahala. Menentukan siapakah diri yang ingin dibawa mengembara, adalah kunci besar pada menentukan kesan akhir yang bakal terhasil.
Tidak lama dahulu, di minda saya, saya membayangkan akan Turki yang moden dengan gaya yang agak bebas dan lepas. Namun, bila mana sedikit info terkini yang saya baca di internet dan juga FB kenalan, saya tahu yang Turki sekarang ini sedang berkembang bukan sahaja dari segi pemodenan dan taraf hidup tetapi juga penerimaan & komited dalam Islam itu sendiri. Jika dahulu, zaman pemerintahan Ataturk, begitu ramai ulama, ahli agama, sekolah-sekolah tahfiz, lelaki mahupun wanita terseksa dengan segala macam undang-undang tidak masuk akal dan penganiayaan. Itu belum lagi campur tangan pihak tentera yang mengambilalih Turki pada tahun 1997. Segala macam sekatan dan masalah ekonomi negara perlu dihadapi. Alhamdulillah, Turki kini dilihat sebagai satu kuasa baru yang mula hendak kembali mengamalkan Islam itu sendiri. Miskipun ada tentangan daripada pihak sekular di dalamnya, namun, saya pasti, setiap yang benar past akan terbukti kebenarannya. Ia hanya menunggu masa yang sesuai untuk diperlihatkan.
Bagi saya, untuk menceritakan keistimewaan buku ini. ianya memang banyak. Setiap bab mengkisahkan perkara-perkara dan ilmu yang menarik bukan sahaja dari sudut tempat-tempat menarik di Turki tetapi budaya, bahasa, implimentasi & praktikaliti Islam itu sendiri juga hubungan ukhwah yang wujud atas nama Islam dan demi Allah itu yang membuatkan ia semakin menarik untuk terus membacanya. Kesan sejarah dan ketamadunan Uthmaniyah itu sendiri mengajar kita untuk lebih menghargai nilai Islam dan Iman yang diberikan Allah pada setiap hambaNya.
Bukan mudah untuk mempertahankan Islam dan Iman itu sendiri dan ianya tidaklah semudah menyatakan 'aku beriman' tanpa ada ujian yang bakal menyusul. Jatuhnya kerajaan Uthmaniyah bukan sahaja merobek jiwa Sultan Abdul Hamid tetapi juga umat Islam secara keseluruhan. Hingga kini, ada rasa perit bila mengingatkan kembali cara Sultan Abdul Hamid itu dijatuhkan oleh Ataturk, Theodor Herlz, Emmanuel Carasso dan rakan-rakan subahatnya yang lain. Moga Allah merahmati roh Sultan terakhir kerajaan Uthmaniyah itu dan juga ahli keluarga baginda walau di mana sahaja mereka berada (isteri & anak-anaknya dibuang ke Perancis sebagai pengemis & pelarian yang merempat di jalanan).
Meh sini, saya tepekkan beberapa halaman buku yang menarik isinya. Moga ada ilmu bermanfaat buat kita semua (nak lagi best, beli aje buku ni) :)
Isnin, 15 Disember 2014
Cornflakes Chicken Sandwich & Burger
Assalammulaikum & Salam Sejahtera semua...
Ayam goreng, siapa yang tak sukakan. Dan masa saya dan hubby tengok cerita Driners, Drive-ins & Dives, tiba-tiba tukang masak tu buat burger ayam bersalut cornflakes. Kita orang macam tercengang gak macam Guy Fieri, hos rancangan tu. Tak pernah terfikir langsung yang cornflakes untuk breakfast tu boleh dibuat untuk goreng ayam. Dan, dek kerana nampak senang aje cara penyediaannya, saya pun apa lagi, berkobar-kobarlah nak ngetest. Kot lah memang sedap macam yang ditunjukkan oleh hos bila merasakannya.
Dan... bila saya dan hubby dah buat, memang agree sangat yang ayam tu memang lembut dan rangup di luar bila dimakan. Kira macam ala-ala crunchy juicy gitu.
Jom saya kongsikan cara penyediaannya yang mudah untuk anda cuba bila dah tak tahu nak makan apa ya... :)
Bahan-bahan:
1. Roti burger / roti sandwich (mana-mana yang berkenan)
2. 6 filet ayam (saya beli kat pasaraya sebab kat pasar, macam susah skitlah nak soh orang tu potong kan..)
3. 200 gram tepung gandum
4. 250 gram cornflakes (yang biasa tau bukan yang madu tu)
5. 1 biji telur
6. 1/2 sudu kecil lada hitam
7. 1/2 sudu kecil garam
8. 1/2 daun oregano yang kering (saya guna yang dalam botol McCormick tu)
9. 1 biji tomato
10. Sayur salad
11. Mayonis & sos
12. Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Masukkan garam, lada hitam dan oregano ke dalam tepung gandum. Gaul agar bahan mesra.
2. Sediakan 3 bekas berasingan untuk meletakkan campuran tepung tadi, telur dan cornflakes. Panaskan minyak dalam kuali.
3. Salut ayam dengan campuran tepung kemudian celup ia dalam campuran telur dan akhirnya sekali sadurkan seluruh fillet ayam dengan cornflakes. Goreng hingga masak dan keemasan.
Ayam saya ni kalau anda lihat, tak berapa disadur sangat dengan cornflakes sebab masa ni hubby saya yang buat. Bini dia time tu tengah gosok baju. Rasanya kalau sadur betul-betul, mesti seluruh ayam tu nampak crispy yummy sangat.
4. Bila dah siap menggoreng, bolehlah mulakan untuk sandwich pula. Sapukan sos dan mayonis pada roti biasa atau roti burger anda (yang dah dipotong ya).
5. Potong tomato bulat-bulat dan basuh sayur salad. Kemudian letakkan di atas roti. Letakkan pula ayam goreng cornflakes di atas sayur tersebut. Jika suka keju, boleh aje letakkan keju cheese dale atau apa sahaja keju di atasnya dan kemudian tekap dengan roti yang satu lagi.
Tada.... dah siap dan boleh dimakan untuk breakfast atau pun untuk dinner ringan-ringan.
Ini versi sandwich
Ini pula versi burger. Dek kerana ada anak-anak sedara yang tak suka keju, makannya tak letaklah. Hubby dan saya aje yang suka keju meju ni...
Happy Cooking
Selasa, 2 Disember 2014
2 in 1 resipi chicken pop corn
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Chicken popcorn atau chicken byte, apa sahaja nama, ok aje janji ianya ayam bersalut tepung dan boleh dimakan begitu sahaja.
Resipi ni saya teringin nak buat bila tengok rancangan Masterchef Australia hari Sabtu malam. Bila tengok peserta tu buat sandwich chicken popcorn dan bakon, alahai, macam sodap aje. Makanya, esoknya saya pi pasar dengan hubby dan beli bahan-bahannya. Simple aje. Anda boleh makan begitu aje chicken popcorn tu atau buat versi chicken popcorn sandwich. Pilih mana yang berkenan di hati.
Bahan-bahan:
1. 3-4 ketul dada ayam.
2. 1 cawan tepung gandum
3. 1 sudu kecil serbuk kari
4. 1 sudu kecil serbuk cili
5. 1 sudu kecil baking powder
6. 1 biji telur
7. 1 tangkai daun kari
8. Garam, lada sulah & lada hitam secukup rasa
9. Minyak untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Dada ayam dipotong kecil atau memanjang. Ikut suka. Cuci dan toskan.
2. Gaulkan ayam dengan garam, lada sulah dan lada hitam.
3. Campurkan daun kari dan telur dan gaul rata pada ayam. Perap dalam 1/2 - 1 jam.
4. Satukan tepung gandum, serbuk kari, serbuk cili, baking powder dan secubit garam halus.
5. Panaskan minyak. Sadurkan ayam perap tadi dengan campuran tepung dan kemudian goreng sehingga warna keemasan.
6. Angkat dan toskan. Boleh makan begitu sahaja atau buat sandwich. Nak lagi superb, pi cari hirisan daging nipis di kedai macam Ramli atau di Jaya Grocer. Goreng atau panggang hirisan daging tersebut sambil disadur dengan sos bbq (kalau dalam rancangan Masterchef tu, dia buat sendiri sos tu).
Happy Cooking.
Langgan:
Catatan (Atom)