Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menu butter chicken yang lemak berkrim disukai ramai (dah macam tagline produk je)


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Butter chicken atau ayam mentega ini antara menu yang disukai kami suami isteri. Sebelum ini saya sering menggunakan resipi isteri sepupu. Dan kali ini, saya cuba pula resipi perkongsian Che Nom. Resipi beliau lebih berkrim dan ayamnya lebih flavourful. Menu ini sesuai untuk orang yang tak suka pedas dan suka meratah ayam gitu aje.

Ini resipi Che Nom + saya tambah 1 sudu besar susu pekat untuk wujudkan rasa manis dalam kuah.

Bahan:
Ayam dalam 7 ketul
Serbuk kari - 1 sudu besar
Tepung gandum - 2 sudu besar
Tepung jagung - 1 sudu besar
Lada hitam - 1 sudu kecil
Lada sulah - 1 sudu kecil
Telur - 1 biji
Garam - 1/3 sudu kecil
Butter @ mentega - 60gm
Bawang besar - 1.2 biji didadu
Bawang putih - 3 ukas dicincang
Daun kari - 3 tangkai
Cili padi - 17 tangkai dan dihiris
Susu cair / susu full cream - 1 cawan
Susu pekat - 1 sudu besar
Keju - 1 sudu besar / 1 keping
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng ayam

Penyediaan:

1. Perap ayam dengan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, lada hitam, lada sulah, garam dan telur. Gaul semua dan perap sekurangnya 30 minit.

2. Goreng ayam macam biasa. Jangan terlalu gelap. Setelah ayam selesai digoreng, letakkan baki minyak tadi ke bekas lain dan tinggalakan 1 sudu besar aje minyak masak tadi.

3. Masukkan butter dalam kuali dan kacau sebentar. Setelah mencair, masukkan bawang besar dan kemudian masukkan daun kari. Selepas itu, masukkan pula bawang putih. Kacau sehingga naik bau.

4. Kemudian masukkan cili padi. Kacau dan masak lebiih kurang 1 minit.

5. Kemudian, masukkan susu cair / susu biasa serta susu pekat. Jika rasa nak kuah lebih, tambahkan aje susu.

6. Bila dah mendidih sedikit, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi. Gaul sebentar dan masukkan keju. Kacau hingga mesra dan rasa. Jika tawar, letakkan sedikit garam.

7. Biarkan api sederhana perlahan dan kacau. Bila mendidih dan ayam sedikit lembut dan rasa pun ada umph!, bolehlah ditutupkan api dapurnya dan siap untuk dihidang menu butter chicken kita.

Jika anda nak manis skit lagi, tambah aje susu pekat dalam setengah ke 1 sudu besar. Jangan lupa letak garam skit. Jika suka berkuah, lebihkan susu ketika memasak atau tambah aje air kosong setengah cawan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...