Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

15 resipi mudah dan murah untuk anda yang baru belajar memasak


15 resipi mudah dan murah ini saya kongsikan khas untuk yang baru nak belajar masak. Semasa saya tak berapa pandai memasak dulu, saya rasakan masak spaghetti itu susah. Saya rasa buat lontong tu hanya orang yang pro aje. Pandangan saya, orang yang buat ayam bakar macam kat supermarket tu hebat sebab menarik sangat rupa ayamnya. Itu belum lagi orang yang masak macam-macam makanan. Saya pandang tinggi mereka sebab mereka mampu masak makanan yang orang suka makan dan cepat pula mereka sediakan makanan tersebut.

Tapi, setelah beberapa tahun beranikan diri memasak, mencuba, praktik dan buat kajian sikit, Alhamdulillah, saya sudah separa mahir dalam bidang ini. Tidaklah saya bila teringin sesuatu, kena pergi ke kedai untuk makan. Kalau kedai atau restoran kita pergi itu sedap, syukur. Kalau tak sedap, hmmm... kecewa aje rasanya (sebab dah beberapa kali terkena dulu).

Untuk anda yang baru mula memasak, saya sarankan anda cuba makanan yang anda suka makan. Bila kita belajar memasak makanan kesukaan kita, semangat untuk tak putus asa bila kali pertama atau kedua tak berapa menjadi, tak mudah mudah muncul. Kita akan berusaha untuk perbaiki dan buat menu tersebut sampai pada expectation 'rasa' kita.

Untuk menaikkan semangat anda untuk belajar memasak dan merasakan memasak itu sukar, anda boleh cuba 15 resipi mudah dan murah ini. Anda boleh praktikkan untuk makan sendiri ataupun untuk keluarga (sebab 15 menu ni saya akan makan dengan family selalunya).

1. Tauhu, taugeh dan kucai goreng, menu sayur paling mudah anda boleh cuba. Kos pun kurang dari RM3. Anda boleh buat kuah kicap atau goreng begitu aje.

2. Ayam panggang. Ini antara menu paling simple dan anda boleh biarkan oven melakukan kerjanya dalam 1 jam. Anda perap ayam dengan bahan yang anda suka. Perap ayam dengan garam, kunyit, serbuk kari, serbuk cili, perahan lemon, cuka balsamic, mustard, minyak zaitun atau apa sahaja yang anda nak cuba. Menu ini boleh makan dengan nasi mahupun dibuat sandwich.


3. Sambal ikan. Mungkin nampak memercik sikit bila masak menu ni tapi jika anda peminat sambal dan ikan, ini antara resipi mudah dan murah yang berbaloi. Ikan keli dan ikan cencaru, antara ikan yang dikategorikan murah tapi bila masak kena gaya, sedap hingga menjilat jari bila makan dengan nasi putih.


4. Wrap atau rolex (menu Uganda). Menu makanan ini mudah. Nak kata murah, bergantung pada jenis wrap yang anda beli. Ada kedai jual murah, ada kedai harganya boleh tahan juga. Menu ni anda boleh cuba untuk sarapan atau minum petang atau light dinner.


5. Roti john. Rasanya semua rakyat Malaysia kenal roti john. Anda boleh cuba buat di rumah dah hasilnya pasti membanggakan. Bukan tu aje, anda boleh letak inti apa anda suka dan sos mana yang mahu. Plus, dengan kos makanan makin meningkat, adalah baik anda cuba menu feveret keluarga ni.


6. Pecal Jawa. Khas untuk peminat sayur. Takdelah renyah sangat nak masak pecal ni. Lagi-lagi kalau dah ada kuah kacang instantnya. Kiranya kalau tetamu nak datang, setengah jam dah siap. Harga sayur pun insyaAllah tak mahal.


7. Salad buah. Yang ni sesuai untuk kudap-kudap sebelum makan berat atau dijadikan kudapan selepas jam 9 (kot lapar lagi). Bahannya, ikut suka buah apa yang anda nak letak.
 

8. Roti telur sardin. Menu mudah untuk sarapan mahupun minum petang. Hanya gunakan telur, roti, sardin tin dan sedikit garam serta minyak.
 

9. Sayur campur. Menu ini boleh letak apa sahaja sayur yang anda suka. Jika nak letak hirisan ayam, fishball atau fishcake, boleh aje. Nak makan dengan nasi boleh, nak buat makan dengan pasta makaroni pun sesuai juga.


10. Tomyam ayam / makanan laut. Tomyam ni kalau ikutkan lebih kurang macam buat sup sayur aje. Cuma tomyam ni bahan penting perlu ada adalah pes tomyam, serai, sayur dan jus limau nipis. Jika nak letak ayam atau makanan laut, terpulang. Bergantung pada kos anda. Kurang dari 20 minit, insyaAllah siap dimasak.
 

11. Sagu gula melaka. Manisan yang agak mudah dibuat. Kos juga murah. Boleh dimakan bila-bila masa dan boleh tahan hingga 2-3 hari.
 

12. Telur goreng masak kicap. Ini yang terpaling mudah. Rasanya budak umur 12 tahun pun pandai buat. Anda sedang kejar masa dan nak jimat kos, ini menu wajib perlu masak setiap bulan.
 

13. Kueh tiaw mi goreng. Gabungan kueh tiaw dan mi goreng ni selalunya mertua saya yang buat. Tapi jika anda tak suka salah satu, just fokus mana yang minat. Ia antara menu yang mudah masak dan kosnya murah. Sepaket mi kuning lebih kurang RM1 aje sekarang. Jika nak sedap, boleh letak telur, fishball, hirisan ayam dan tauhu.
 

14. Home-made tosei. Menu ni antara yang mudah sebab kita hanya perlu guna baki nasi putih semalam. Kuahnya pula, bergantung anda suka kari, dal ataupun kuah sardin.
 

15. Sandwich telur. Menu mudah ni dah tentu sesuai dimakan bila-bila masa. Kiranya kalau nak buat sebuku roti, dalam setengah jam siap.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...