Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ahad, 10 November 2024

Spaghetti Carbonara, resipi dari Chef Sabri


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Spaghetti carbonara , antara masakan pasta yang saya dan suami suka. Menu mudah ini saya jumpa di VTT Chef Sabri. Bila tengok bahan-bahannya, terus rasa nak buat. Sesekali masak ala chef, rasa berbaloi dengan bahannya. Jika yang sedikit mahal pun harganya adalah cooking cream dan keju parmesan (itupun tak guna banyak, masa tabur aje). Minyak zaitun tu jika tak ada, boleh aje ganti dengan minyak masak yang lain. No problem.

Untuk spaghetti carbonara ni, kita dah ubah sedikit ikut citarasa masyarakat Malaysia. Oleh kerana rakyat Malaysia mostly suka makanan pedas, maka, Chef Sabri masukkan lada hitam dan chili flakes. Baru ada umph!



Bahan-bahan:
1 pek spaghetti direbus al dante
3 sudu besar minyak zaitun
3 ulas bawang putih dicincang
1/2 biji bawang besar didadu
2 keping dada ayam dipotong kasar
5 biji meatball dihiris kasar
5 ekor udang dibuang kulit
1 genggam cendawan enoki
1 sudu besar lada hitam yang dikisar
2 sudu besar chili flakes
1 sudu besar mix herbs
3 cawan cooking cream
1 biji kuning telur
1 sudu kecil garam
1/2 sudu serbuk perasa/pati ayam

Penyediaan:
1. Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang putih dan kacau sebentar. Masukkan pula bawang besar. Kacau.
2. Masukkan pula potongan ayam dan meatball. Kacau dan biarkan masak sebentar. Kemudian, masukkan udang. Kacau-kacau. Dan masukkan pula cendawan. Gaul mesra sebentar dan masukkan lada hitam, chili flakes dan mix herbs. Gaul.
3. Masukkan cooking cream dan gaul mesra. Masukkan segera kuning telur dan kacau. Tuang spaghetti, kacau sebentar dan masukkan garam juga serbuk perasa dan kacau sehingga semuanya sebati. Masuk minyak zaitun sedikit dan kacau.
4. Hidangkan dalam pinggan bersih. Tabur chili flakes, potongan daun parsley jika ada dan keju parmesan. Sedia untuk dinikmati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...