Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

kari dhal resipi Sri Lanka yang surrr...


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Never in my entire life masak kari dhal dari Sri Lanka. Sebab roti canai bukan feveret, jadinya yang lain-lain so-so aje. Tapi, bila saya makan kat restoran Sri Lanka haritu, my perception berubah. Saya teruja nak cuba resipi mereka. Dan kari ni dah lebih 24 jam pun still sedap dan tak basi. Ini resipinya untuk korang cuba.

Bahan:
1 cawan kacang dhal merah
1/2 cawan kacang dhal kuning
1 biji bawang besar potong dadu
2 ulas bawang putih dihiris
3 tangkai cili hijau dipotong kasar
1 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 liter air
1-2 sudu kecil garam (ikut rasa)
2 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil biji sawi
1 sudu kecil jintan manis
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 ulas bawang putih 
3 tangkai daun kari
7 tangkai cili kering
1 sudu besar chili flakes
1 cawan pati santan (sekotak kecil)


Penyediaan:
1. Basuh  bersih kacang dhal dan masukkan dalam periuk. Masukkan juga bawang merah, bawang putih, cili hijau, rempah kari, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam serta air. Kacau dah masak atas

Sambol kelapa Sri Lanka, serius sedap makan dengan roti atau nasi


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sambol kelapa Sri Lanka serius sedap. Saya pertama kali makan sambol kelapa ni (memang ejaan dia sambol ya), kat satu restoran Sri Lanka kat IOI Putrajaya. Masa tu makan dengan appam lenggang depa. Sedapnya rasa. Balik rumah, terus cari menu makanan Sri Lanka. Alhamdulillah jumpa. Jumpa juga nama makanan kelapa tadi. Apalagi, saya order dengan Ali kelapa parut. Ini resipinya untuk anda cuba. 

Bahan: 
1 biji kelapa parut putih
1 labu bawang besar potong dadu
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar chili flakes
1-2 sudu besar jus limau nipis
1 pelepah daun kari

Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, masukkan kelapa, bawang besar, serbuk cili, chili flakes dan garam. Gaul dengan sedikit menekan kelapa agar santan kelapa keluar dan bercampur dengan serbuk cili. Di sini, warnanya akan naik sendiri.
2. Setelah nampak warna semua sekata, masukkan peraham limau nipis dan daun kari. Gaul hingga mesra. Rasa dulu sebelum hidang. Mungkin anda nak tambah pedas atau rasa garam lagi, terpulang. Yang penting, gaul mesra selepas itu. Bolehlah dihidang.

Demi Palestin, belajar buat falafel, makanan timur tengah


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Demi Palestin, saya belajar cara buat falafel, kudapan mereka. Moga satu waktu nanti kami dapat ke sana, bersolat di masjid ke-3 terpenting di dalam Islam. 

Falafel ini ada banyak cara boleh makannya. Anda boleh makan begitu sahaja, letak dalam kebab, makan dengan yogurt atau makan dengan hummus. Mereka yang vegetarian sesuai untuk menu ni. Tak susah mana membuatnya. Ini resipinya. 

Bahan:
2 cawan kacang kuda (yang kering tu rendam 8-10 jam)
1 sudu kecil baking powder
1 cawan daun parsli yang dibuat batangnya
1/3 cawan daun ketumbar
1/2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk biji ketumbar
3 batang cili hijau besar
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng


Penyediaan:
1. Tapis kacang kuda yang telah kembang tadi. Masukkan dalam food blender kering kacang kuda, daun parsli, daun ketumbar, bawang besar, bawang putih, cili hijau, serbuk ketumbar, serbuk jintan manis,

Cucur sayur kembung yang mantap


 Assalammualaikum & salam sejahtera. Cucur sayur kembung. Rahsianya, letak yis dalam 1/2 paket. Lepas bancuh, simpan jap dalam sejam, InsyaAllah elok kejadiannya.


Bahan:
1/2 pek kecil yis
1 tangki cili besar dihiris
1/2 labu bawang merah dihiris
1 batang lobak merah diparut
1 genggam taugeh
1/2 genggam daun parsli
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Za'atar Manakish Palestin, roti rempah ala pizza yang mudah dimasak


Assalammualaikum dan salam sejahtera. Menu Za'atar Manakish Palestin ni menggunakan rempah za'atar yang selalu digunakan dalam masakan orang timur tengah. Rempah ini asalnya saya kenal sewaktu terlihat video Bisan di Tiktok sewaktu awal perang 7 Oktober. Saya lihat dia letak sejenis serbuk dalam roti pitanya. Dan bila tonton di Youtube, benda yang sama pengulas share tentang za'atar ni. Jadinya saya cuba cari di kedai Berkat Madinah di Ampang.

Cari di rak tak jumpa. Saya tanya pembantu kedai, adakah jual za'atar dan sumac? Dia tunjukkan sumac yang tengah direstock. Alhamdulillah jumpa. Dan bila jumpa za'atar Palestin kat area bawah sekali rak besar, lagi happy rasa hati. So, ini menu yang saya gunakan za'atar sebagai bahan.

Bahan:
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 paket yis
1 cawan air suam
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
Minyak zaitun


Penyediaan:
1. Masukkan yis ke dalam air suam. Kacau dan rehatkan dalam 10 minit. 

Talam keladi yang pasti terangkat rasanya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah dapat buat kuih talam keladi yang sedap ini. Saya jarang minat kuih ni dulu tapi itulah, barangkali perubahan umur dan hormon, tetiba kuih ni jadi idaman nak cuba. Dan syukur, ianya menjadi dengan jayanya. Allah sahaja yang tahu seronoknya.

Ini saya kongsikan resipinya untuk anda cuba. Mana tahu, ada mak ayah anda yang teringin nak makan kuih lama ni.

Bahan-bahan lapisan santan putih:
300gm keladi dikupas dan dipotong dadu
300ml santan
65gram tepung beras
1 sudu kecil tepung gandum
50gm gula kastor
1/4 sudu kecil garam

Bahan-bahan ungu:
100 ml santan
60gm gula kastor
2 sudu besar tepung beras
1 1/2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur gred A
1/4 camca teh perisa keladi ( boleh ganti dengan esen vanila)
Secubit garam
5-6 titik pewarna makanan ungu (violet)


Penyediaan:
1. Rebus keladi hingga empuk, kemudian lenyek keladi dengan garfu, tak perlu hancur. Ketepikan dan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...