Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Lempeng Kelapa Sambal Tumis, gerenti tambah sekeping lagi
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.Menu oldies yang sentiasa kena dengan tekak tak kira masa. Sedap makan dengan apa jenis sambal pun mahupun serunding.
Ini resipinya untuk cuba 😊
Bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan kelapa parut
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air kelapa atau air biasa
Sedikit minyak untuk laser/sapu di kuali
Kuali leper atau non-stick pan
Penyediaan:
1. Campurkan kelapa, tepung, gula & garam dalam satu bekas. Gaul mesra. Kemudian masukkan air kelapa atau air biasa ke dalam bekas campuran tadi. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu pekat atau jangan terlalu cair adunannya.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana & sapukan permukaan kuali dengan minyak. Setelah panas, masukkan sesenduk besar adunan kelapa tadi & ratakannya ikut saiz yang anda mahu. Setelah bahagian bawah masak, terbalikkan untuk masak bahagian atas. Setelah kedua-dua bahagian masak, angkat & letakkan di pinggan besar. Masak baki adunan tadi sehingga habis.
3. Untuk sambal bilis, anda boleh aje gunakam resipi feveret anda. Jika nak makan dengan sambal sardin atau serunding pedas pun, sangat disarankan 😃
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan