Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Puding Markisa yang enak dimakan sejuk-sejuk


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Moga anda yang membaca post ini diberikan kesihatan yang baik, sentiasa ceria & dipermudahkan segala urusan memasak untuk yang tersayang. Buah ni saya perolehi bila ke Desaru dalam bulan 12 lepas. Masa ni dok fikir, menu apa yang sesuai untuk buah markisa/passion fruits. Puaslah godek web food network. Akhirnya, dapatlah cuba resipi ini. Ini bahannya. 

Bahan:
3 biji buah Markisa diambil isinya
1 peket agar-agar
800 ml air
600 ml susu dutch lady
250 gm gula pasir
3-4 titis pewarna kuning

Penyediaan:
1. Masak agar-agar bersama air dan gula hingga gula & agar-agar hingga larut.
2. Ambil sedikit agar yang dimasak dalam 2-3 senduk & campurkan bersama biji buah markisa tadi.
3. Tuang dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air (bagi memudahkan proses mengeluar agar-agar dari bekas). Biarkan ia seketika
4. Baki agar-agar tadi dicampurkan dengan susu & masak hingga sedikit mendidih. Tutup api dapur.
5. Titis pewarna kuning & kacau rata. Setelah agar-agar sedikit kurang panasnya, perlahan-lahan tuang atau sendukkan atas puding markisa tadi. Biarkan sejuk sebentar & simpan dalam peti ais lebih kurang 3 jam. Enak di makan sejuk-sejuk.

Roti Bakar Telur Mata pasti tak mengecewakan


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Lama sangat saya tak bersiaran di blog ni. Macam-macam benda berlaku dala hidup. Inipun alhamdulillah, Allah berikan kesihatan yang pada kaki saya selepas sakit beberapa waktu.

Roti telur bakar ni dah lama sebenarnya dibuat. Cuma kali ni baru rezeki dalam sharekan. Saya dapat dari Tiktok Richard dari Kelantan. Sesuai sangat parents atau sesiapa nak cuba buatnya. Ini saya sharekan bahannya.


Bahan-Bahan untuk 4 orang makan:
8 keping roti
4 biji telur saiz B / C
1 mangkuk besar keju diparut (200gm)
Mayonis
1/2 biji cili benggala yang dipotong kiub
36 keping pepperoni / 8 keping meat/chicken loaf
Chilli flakes
1 batang sudu berbentuk bulat 

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180 Celcius. Ambil sekeping roti & sapukan dengan mayonis. Letakkan pepperoni atau chicken meatloaf di atas. Suka-suka hati nak letak berapa keping. Kemudian, taburkan dengan sedikit keju & lapik dengan sekeping lagi roti.


2. Ambil sudu bulat & kemudian tekan kuat-kuat tengah roti sehingga berbekas. Pecahkan sebiji telur & letakkan di tengah bulatan tu. Taburkan keju parut di sekeliling telur dan kemudian tabur sedikit cili benggala. Bakar dalam oven selama 15 minit. Setelah masak, hidangkan di atas piring dengan ditaburi chilli flakes & daun bawang/daun kucai. Siap untuk dimakan. 

Lempeng Kelapa Sambal Tumis, gerenti tambah sekeping lagi


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Menu oldies yang sentiasa kena dengan tekak tak kira masa. Sedap makan dengan apa jenis sambal pun mahupun serunding.
Ini resipinya untuk cuba 😊

Bahan:
2 cawan tepung gandum
4 cawan kelapa parut
2 sudu kecil garam
2 sudu besar gula
1/2 cawan air kelapa atau air biasa
Sedikit minyak untuk laser/sapu di kuali
Kuali leper atau non-stick pan

Penyediaan:
1. Campurkan kelapa, tepung, gula & garam dalam satu bekas. Gaul mesra. Kemudian masukkan air kelapa atau air biasa ke dalam bekas campuran tadi. Gaul hingga sebati. Jangan terlalu pekat atau jangan terlalu cair adunannya.
2. Panaskan kuali dengan api sederhana & sapukan permukaan kuali dengan minyak. Setelah panas, masukkan sesenduk besar adunan kelapa tadi & ratakannya ikut saiz yang anda mahu. Setelah bahagian bawah masak, terbalikkan untuk masak bahagian atas. Setelah kedua-dua bahagian masak, angkat & letakkan di pinggan besar. Masak baki adunan tadi sehingga habis.
3. Untuk sambal bilis, anda boleh aje gunakam resipi feveret anda. Jika nak makan dengan sambal sardin atau serunding pedas pun, sangat disarankan 😃

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...