Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Menu Siakap Tiga Rasa
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Siakap 3 rasa. Sesekali kita makan ikan pula.
Bahan perapan ikan:
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
- perap ikan lebih kurang 10 minit. Kemudian goreng
Bahan kuah 3 rasa (tumis):
1 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 helai daun limau purut
2 inci halia dihiris
3 tangkai cili merah dipotong serong
5 tangkai cili padi dihiris
1 batang serai dihiris serong
Bahan lain untuk kuah:
1 ½ senduk cili kering kisar + bawang besar
1/4 cawan air
1 senduk sos cili
1 sb sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan yang untuk ditumis hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau seketika & masukkan sedikit air. Biarkan ia hingga mendidih.
2. Masukkan pula sos cili, sos tiram & air asam. Gaul hingga mendidih. Kemudian perasa dengan gula & garam. Setelah siao, tuang kuah le atas ikan goreng siakap. Siap.
Sayur Goreng Campur
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Sayur goreng campur. Just put any vege that you like, dah siap.
Bahan:
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan daging ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong serong
1 jambak kecil brokoli dipotong
2 batang saderi dipotong serong
1/4 cili benggala kuning dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air
Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian masukkan bawang besar & bawang putih. Kacau sebentar & masukkan ayam. Kacau & masak seketika.
2. Kemudian, masukkan lobak merah. Masukkan juga air. Kacau & biarkan ia hingga mendidih. Biarkan ia masak dalam 5 minit. 3. Masukkan pula brokoli & batang saderi. Kacau & masak sebentar. Masukkan pula cili benggala. Kacau & masak dalam 2-3 minit & kemudian masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap.
Home-made Chilli Flakes
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dek kerana kami berdua suka pedas, makanya selalu habis chilli flakes dominos tu.
Apalagi, buat sendirilah lagi senang.
Beli cili kering yang jenis pedas, yang cantik lurus aje & bukan berkedut tau. Buang bijinya & masuk dalam mesin pengisar kering. Kisar & Siap.
Agar-agar Cendol
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
My 1st trial.
Alhamdulillah menjadi. Kalau ikut saya, macam terkurang manis skit, tapi anak sedara & atuknya kata ok. Conclusionnya, mungkin kena tambah skit gula.
Ini resipinya. Saya dah tambah baikkan.
Bahan:
Bahan Lapisan Gula Melaka/Anau:
130gm atau 1 ketul gula anau / gula melaka yang dipotong kecil
420 ml air
10 gram agar agar-agar
150 ml santan
Bahan Lapisan Cendol:
420 ml air
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir
150 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol, ditoskan
Secubit garam
Penyediaan:
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.
Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam.
Siap dimakan.
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.
Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam.
Siap dimakan.
Simple Chicken Burger @ Mudahnya Buat Burger Ayam
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Bila Encik Rudy teringin nak masak burger sabtu lepas, kita biarkan aje. Resipi ni dia ambil dari cook book yang ajar simple dish.
Bahan:
2 keping boneless chicken kerat 2 bahagian (jika saiz besar)
4 roti burger
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
4 biji telur
1 sudu besar minyak zaitun & 1 sudu besar mentega (untuk masak dagingnya
Mayonis & sos ikut suka
Penyediaan:
1. Salut daging ayam dengan garam & lada hitam. Ketepikan.
2. Panaskan pan leper & masukkan minyak zaitun & mentega. Setelah mencair, masak ayam hingga kekuningan. Cucuk2 sedikit agar isi ayam masak sekata. Setelah masak ketepikan. Goreng pula telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.
3. Potong 2 roti burger & salut mentega di tengahnya & kemudian bakar atas pan. Bakar hingga sedikit garing. Angkat & ketepikan. Tutup api.
4. Sapukan mayonis pada roti & kemudian letakkan daging ayam & telur. Letakkan sos pilihan. Tangkup dengan roti burger & siap.
Vietnamese coffee with vanilla ice cream & milo
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Kalau minuman pepelik ni, memang Encik Rudy yang buat. Tetiba pagi ni terasa nak minum kopi Vietnam yang sedap tu & request dengan dia. Dan penyudahnya, dia tiru skit gaya barista Thailand yang letak aiskrim dalam susu & kemudian perlahan-lahan tuang kopi yang panas atasnya (tq kak @bisousatoi utk video yg share).
Alhamdulillah sedap.
If nak sejuk, just add on 2-3 ais kiub.
Bahan:
2 sudu besar serbuk kopi Vietnam (jenis bertapis ya)
1/2 cawan air panas (utk kopi)
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil ekstrak vanila / serbuk vanila
2 skop aiskrim vanila
Secubit milo / serbuk koko
Ais kiub (jika suka)
Penyediaan:
1. Bancuh kopi Vietnam guna penapis kopi Vietnam yang original. Jika tiada, guna mesin kopi pun boleh.
2. Masukkan susu dalam gelas. Letakkan ekstrak vanila & kacau sedikit. Masukkan aiskrim & kemudian tuang kopi panas perlahan-lahan di atas aiskrim. Kemudian, taburkan sedikit milo / serbuk koko. Siap.
Spaghetti Aglio Olio Ayam Salai dengan Pepperoni.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Resipi ni mudah tapi sedikit renyah namun berbaloi apabila makan. Bukan renyah sebab apa, pepperoni tu nak kena goreng dahulu manakala ayam pula kena panggang atas kuali dengan minyak+butter sedikit.
Ini resipinya.
Bahan Ayam Salai:
2 keping dada ayam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Sedikit mentega + minyak zaitun untuk salai
Penyediaan:
Gaul semua bahan pada ayam. Panaskan kuali leper & masukkan mentega+garam. Setelah panas, salai ayam dalam kuali sehingga kedua2 bahagian masak. Ketepikan.
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4 tangkai cili kering digunting kasar
1/2 cawan air
1 tangkai cili merah disalai & dihiris
Hirisan ayam salai
1/2 cawan pepperoni dipotong 3 setiap keping
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menggoreng
Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih & cili kering. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili merah, ayam & pepperoni. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang.
Prosperity Burger Home-Made
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dek kerana banyak sangat iklan prosperity burger dok lalu lalang kat FB, YouTube & IG + video si @khairulaming dok share, maka, saya pun terjebak nak try. Tq ya dik utk resipi. Suami kata sedap...😁😁 (Akak add on ikut rasa tekak apa yang ada ya). .
Tapi, versi saya versi kejar masa. Kita guna aje daging burger dah siap pastu goreng dengan minyak yang sikit (daging akan keluarkan minyaknya tersendiri bila masak).
Bahan:
6 daging burger dah siap goreng
6 roti burger
1 biji bawang Besar didadu
3 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 biji tomato dihiris (saya ganti dengan bawang)
Sedikit mayonis untuk roti
6 daging burger dah siap goreng
6 roti burger
1 biji bawang Besar didadu
3 sudu besar mentega
1 1/2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu besar lada hitam ditumbuk
1 sudu kecil garam
1 biji tomato dihiris (saya ganti dengan bawang)
Sedikit mayonis untuk roti
1. Sapukan mentega pada belahan roti burger & bakar sebentar hingga sedikit garing. Ketepikan.
2. Panaskan mentega dalam pan yang apinya sederhana sahaja. Setelah cair, masukkan tepung gandum. Kacau hingga tepung bertukar menjadi warna coklat.
3. Kemudian, masukkan air. Kacau hingga mesra. Kemudian masukkan sos tiram, kicap & lada hitam. Kecau hingga sedikit pekat & masukkan pula garam secukup rasa. Kacau & kemudian kecilkan api.
4. Susun roti burger tadi atas pinggan besar & ambil sekeping daging burger yang dah digoreng tadi & 'mandikan' ia dalam kuah sos lada hitam tu sehingga anda puas hati. Letakkan atas roti burger & selepas itu letakkan sekeping hirisan tomato. Sapukan mayo pada belahan roti burger lagi satu & kemudian tangkupkan ia pada daging burger yang dah 'mandi' tu. Ulang step hingga semua burger settle. Siap.
Buttermilk Chicken
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dah lama tak buat menu ni.
Masa mula-mula buat dulu, sebabnya teringin butter prawn tapi dek kerana suami x makan seafood, terpaksa buat ayam. Versi berkuah.
Bahan:
10 ketul ayam
1 sudu besar serbuk kari
3-4 inci kunyit hidup yang ditumbuk lumat / serbuk
1 sudu kecil garam
4-5 sudu besar mentega
1/2 biji bawang besar dihiris
3 tangkai daun kari
6-7 biji cili padi dihiris nipis (kalau nak pedas, tambahlah ikut suka).
1/2 tin susu cair / 1/2 kotak susu full cream
1 sudu besar susu pekat
Gula & garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Perap ayam dengan serbuk kari, kunyit & garam. Perap dalam 1 jam.
2. Goreng ayam seperti biasa. Jangan terlalu garing sangat.
3. Dalam kuali lain, masukkan butter bila kuali panas.
4. Bila butter mencair, masukkan bawang & goreng sedikit garing. Kemudian masukkan cili padi & daun kari.
5. Bila dah naik bau, masukkan susu cair serta susu pekat. Jika rasa nak kuah lebih, tambahkan aje susu cair tu.
6. Bila dah mendidih sedikit, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi. Tarukkan juga garam dan sedikit gula secukup rasa. Tapi rasanya garam tu kena lebih sikit sebab susu yang banyak akan membuatkan ia tawar.
7. Biarkan api sederhana perlahan & kacau. Bila dah mendidih & ayam sedikit lembut dan rasa pun ada umph!, bolehlah ditutupkan api. Siap.
Kerepek ngarku @ ngaku @ arrowhead.
Assalammualaikum & Salam Sejahtera.
Dah berminggu dok tengok tertengok kengkawan masak kerepek buah ngarku @ ngaku ni. Makanya rezeki saya masa cari barang di supermarket, terjumpa buahnya tanpa sengaja. Beli le dalam beberapa biji aje sebab nak try. .
Dan hasilnya, Alhamdulillah sedap seperti yang diperkatakan. Rudy pun suka. Habis terus sebalang kecil kami makan semalam.
Bahan:
7-10 biji buah ngarku @ ngaku
Penyagat
Minyak untuk menggoreng
1. Sediakan semangkuk air bersih. Buang kulit luar ngarku tapi jangan potong tangkai tinggi tu (memudahkan anda memegang masa menyagat). Masukkan buah dibuang kulit ke dalam air. Buat hingga selesai semuanya.
2. Basuh buah ngarku tadi hingga sedikit bersih & kemudian toskan. Lap ala kadar semua buah tersebut dengan tisu dapur agar sedikit kering & air tak memercik masa menyagat.
3. Panaskan minyak pada api sederhana. Setelah panas, sagat terus buah ngarku di atas kuali di atas minyak. Hirisan buah akan jatuh & terus digoreng. Hiris dalam 3-4 biji buah ngarku sekali gus. Masak hingga hirisan kuning keemasan (jangan lama sangat kerana ia cepat hangus). 4. Angkat & toskan. Setelah beberapa saat, taburkan dengan sedikit garam & kocak/gaul. Simpan dalam bekas kedap udara. Siap.
Kerabu Pucuk Paku Sambal Tempoyak
Assalammulaikum & Salam Sejahtera.
Tengah godek2 resipi IGrian, tetiba teringin nak try resipi ni. Kecur air liur menengoknya.
Tq @daddyisthechef untuk resipi ni. Reinvent ikut citarasa tekak kami.
Bahan:
2 genggam pucuk paku (ambil bahagian lembut), celur & tapis
1/2 biji kelapa parut putih, disangai
1 batang kecil bunga kantan dihiris
1 biji bawang besar didadu
5 Sudu sambal tempoyak
Penyediaan:
1. Dalam mangkuk besar, campurkan pucuk paku, kelapa parut, bunga kantan & bawang besar. Gaul mesra.
2. Kemudian, masukkan sambal tempoyak. Gaul hingga mesra tapi jangan beria-ia sangat. Mesra-mesra gitu-gitu aje. Masukkan dalam pinggan hidangan. Siap.
1. Dalam mangkuk besar, campurkan pucuk paku, kelapa parut, bunga kantan & bawang besar. Gaul mesra.
2. Kemudian, masukkan sambal tempoyak. Gaul hingga mesra tapi jangan beria-ia sangat. Mesra-mesra gitu-gitu aje. Masukkan dalam pinggan hidangan. Siap.
Langgan:
Catatan (Atom)