Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Patahkan Kesombongan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni, ada satu kisah menarik yang saya baca dalam buku 47 Superstar Syurga.
Kisah ini diharap dapat menjadi panduan kita agar untuk TIDAK SOMBONG. InsyaAllah.

Abdullah bin Salam ialah seorang pendeta Yahudi di Madinah. Pada masa itu beliau terkenal sebagai tokoh Yahudi yang paling handal menguasai kitab Taurat.

Apabila Rasulullah tiba di Madinah, Abdullah yang telah mendengar berita tentang Baginda tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat wajah Baginda, beliau terus beriman. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda seperti yang dijanjikan dalam Taurat.

Suatu hari, Abdullah bin Salam sedang berjalan di pasar. Beliau sedang memikul selonggok kayu bakar bagi keluarganya. Pemandangan itu tentu sahaja menghairankan orang ramai yang melihatnya kerana beliau tokoh terhormat. Jika mahu, beliau boleh meyuruh sesiapa sahaja untuk melakukan pekerjaan kasar ini.

Gambar hiasan

Seseorang lalu berkata, " Mengapa tuan melakukan pekerjaan seperti ini? Bukankan Allah telah mencukupkan tuan sehingga tidak perlu melakukannya?"

Beliau menjawab, "Ya. Namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi."
(Riwayat Muslim)

Rujukan: Umar Muhammad Noor. 2015. 47 Superstar Syurga. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Sotong Goreng Kunyit dengan Kacang Panjang


Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dapat ilmu baru nak masak apa bila tengok sotong ada berbaki dalam fridge tinggalan mak mertua saya sebelum pergi haji.
So, kali ni kita cuba masak ini pula.
Alhamdulillah, semua orang suka rasanya. So, lain kali boleh cuba masak lagi :)
TQ Che Mat untuk resipi.

Bahan-bahan:
400 gram sotong saiz kecil/sederhana
8 tangkai kacang panjang dipotong sederhana panjang
1 sudu teh serbuk kunyit*
1 sudu teh tepung jagung*
Sedikit garam*(*gaul rata dan perap 10 minit)
1 biji bawang besar, dihiris atau potong bulat.
2 ulas bawang putih, dihiris
2 biji cili merah, hiris (saya guna cili padi merah sbb yg besar dh habis)
1 camca teh sos tiram
Sos ikan secukup rasa

Penyediaan:
1. Panaskan 3 camca besar minyak masak. Tumis bawang putih hingga harum dan kekuningan. Masukkan sotong yang diperap tadi. Tambah sos tiram dan kacau rata. Masak hingga sotong berubah warna.
2. Masukkan kacang panjang, cili merah dan sos ikan secukup rasa. Kacau rata dan masak hingga kacang lembut. Boleh aje nak tutup seminit dua dengan tudung periuk nasi (stimkan dia kejap). Siap.

Butter Prawn @ Udang Masak Mentega 'Menderhaka'


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Exactly, masa buat menu ni, tak terlintas pun nak masak. Ingatkan nak masak kari lala. Udahnya bila sampai ke kedai runcit, punyalah ramai para ibu dan wanita di sana sedang seronok 'bershopping' barang nak masak untuk keluarga hari minggu ni.

Tinjau punya tinjau, lala tak jumpa. Sama ada pekedai tak jual atau dah selamat habis dibeli. So, dengan pantas otak dok berfikir nak masak apa. Dan inilah hasilnya hari ini, butter prawn menderhaka + jantung pisang rebus + air asam. Jalan... Sedap... Kenyang... :)

Bahan-bahan:

  • 500gram udang. Dibuang kepala dan dibelah belakang (tempat najisnya). Cuci bersih.
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 3 sudu besar mentega pada suhu bilik
  • 3 biji kuning telur. Dikocak
  • 2 biji putih telur (untuk cuci & buang hanyir udang skit) 
  • 3 ulas bawang putih. Dicincang 
  • 15 tangkai cili padi. Dihiris 
  • 3 tangkai daun kari. Dibasuh & dilurut
  • 5 sudu besar susu cair. (Yg ni saya menderhaka. Dek kerana xde susu cair, saya guna susu pekat skit & tambah air. Hehe..)
  • Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan 2 sudu mentega di dalam kuali. Guna api sederhana. Masukkan telur kuning perlahan-lahan & sedikit demi sedikit sambil mengacau telur yang digoreng. Kacau seperti membuat bulatan. Telur perlahan-lahan akan masak dan mula terbentuk floss (korang abaikan rupa floss akan yg tak lawa tu... Bertahun tak buat dek non...)
2. Bila sudah masak, kecilkan api dan mula angkat telur tersebut dan letak di atas tapis halus. Untuk menyejat minyak. Anda penyek-penyek skit telur tersebut supaya cepat tersejat. Ketepikan.
3. Besarkan kembali api dapur tadi dan masukkan sesudu mentega. Bila minyak sudah panas, masukkan cili padi, bawang putih & daun kari. Masak sehingga naik bau.
4. Udang yg diletakkan dengan telur putih tadi, cuci bersih dan masukkan dalam kuali. Masak sehingga udang memerah. Masukkan susu dan juga garam. Kacau hingga mesra dan tutup api.
5. Letakkan udang yang dimasak ke dalam mangkuk / piring & taburkan floss telur tadi. Siap.

Happy cooking

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...