Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Patahkan Kesombongan

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Hari ni, ada satu kisah menarik yang saya baca dalam buku 47 Superstar Syurga.
Kisah ini diharap dapat menjadi panduan kita agar untuk TIDAK SOMBONG. InsyaAllah.

Abdullah bin Salam ialah seorang pendeta Yahudi di Madinah. Pada masa itu beliau terkenal sebagai tokoh Yahudi yang paling handal menguasai kitab Taurat.

Apabila Rasulullah tiba di Madinah, Abdullah yang telah mendengar berita tentang Baginda tertarik untuk melihat Baginda. Seketika melihat wajah Baginda, beliau terus beriman. Beliau mendapati sifat-sifat Baginda seperti yang dijanjikan dalam Taurat.

Suatu hari, Abdullah bin Salam sedang berjalan di pasar. Beliau sedang memikul selonggok kayu bakar bagi keluarganya. Pemandangan itu tentu sahaja menghairankan orang ramai yang melihatnya kerana beliau tokoh terhormat. Jika mahu, beliau boleh meyuruh sesiapa sahaja untuk melakukan pekerjaan kasar ini.

Gambar hiasan

Seseorang lalu berkata, " Mengapa tuan melakukan pekerjaan seperti ini? Bukankan Allah telah mencukupkan tuan sehingga tidak perlu melakukannya?"

Beliau menjawab, "Ya. Namun aku ingin mematahkan kesombongan dalam hatiku kerana aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tidak akan masuk syurga seseorang yang memiliki sifat sombong dalam hati walaupun sebesar biji sawi."
(Riwayat Muslim)

Rujukan: Umar Muhammad Noor. 2015. 47 Superstar Syurga. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...