Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kitchen kabinet untuk dapur baru

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, raya tahun ni kami dapat dapur baru. Exactly dah lama delay post tentang dapur ni. Saya tengah tunggu sedikit pembetulan pada 1-2 sudut pada kabinet dapur baru saya postkan. Bukan apa, jika saya share sesuatu yang best, saya mahu orang lain yang ingin gunakan perkhidmatan Encik Azmi Kitchen ini juga puas hati.

Harga yang diberikan agak berpatutan untuk 1-2 perkara yang saya minta customize kan. Yang lain tu macam kabinet biasa. Harga saya tak mahu dedahkan sangat sebab takut jadi macam kes sebelum ini. Ada kontraktor lain call kontraktor untuk plaster siling yang saya promo dulu dan kata harganya tak ikut pasaran. Pada saya, terpulanglah pada berapa ribu pun kontraktor buat rumah tu nak ambil untuk buat apa yang kita mahukan pada rumah kita as long ianya masih dalam bajet kita, buatannya kemas dan anda puas hati dengan harga yang dikeluarkan. Plus, anda perlu survey beberapa kontraktor untuk buat comparison harga & kualiti agar anda tak menyesal kemudian hari (duit yang keluar bukan le ratus ratus...)

Mungkin ada yang ingin dapatkan khidmat Encik Azmi ini kerana saya amat berpuas hati dengan cara pembuatannya & service after sales nya. Ini nombor whatsapp & callnya, 019-6646889.

Anda boleh scroll ke bawah untuk lihat hasil kerjanya & stafnya.




Untuk tambahan ruang letak barang, saya minta buat bahagian tepi sekali ni... Tak perlu lagi almari lain. 

Saya minta Encik Azmi buatkan saya tempat letak barang yang ala-ala macam dalam rancangan Food Network. Cuma saya punya versi kayu lah. Jika anda ingin mahu yang mahal skit, boleh request dengan dia jenis besi (nak raya dik non, duit perlu ke tempat lain lagi...)

Ada 3 tempat letak barang. Dua di bawah boleh letak apa sahaja barang kering yang ringan macam biskut, keropok, tupper letak minuman 3 in 1 anda, tepung & apa sahaja yang anda rasa sesuai letak kat dalam tu. Atas sekali boleh letak segala macam tupperware anda yang pelbagai saiz atau pinggan mangkuk plastik yang digunakan time open house/raya/kenduri.

 

Housing untuk fridge anda pun ok juga.  

Untuk plag, Encik Azmi boleh tolong buatkan 1 plag tersorok seperti ini... 

Yang ni 1 lagi yang saya minta customize kan... Boleh keluar masuk tempat letak pinggan tu ya :)

Udang masak lemak dengan belimbing buluh

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah berbulan akak mengidam nak makan udang ni dengan belimbing buluh. Asyik cari belimbing tak jumpa. Asyik cari tak jumpa. Dan udahnya, sekarang baru ada rezekinya. Musim barangkali... :)

Jom try buat gulai ni. As usual, saya selalu cari resipi kat web tiffinbiru atau rakan-rakan bloggernya. InsyaAllah, selalu jadi. Moga hidup Che Mat dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Bahan-bahan:
1. 1/2 kilo udang bersaiz sederhana besar
2. 10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tidak putus
3. 2 batang serai, dititik
4. 2 helai daun kunyit, disiat
5. 1 keping asam gelugor
6. 400ml pati santan (saya guna santan kotak kara tu)
7. Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1. 3 biji cili merah
2. 10 biji cili padi
3. 2 biji bawang besar
4. 2 ulas bawang putih
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. Secubit belacan

Penyediaan:
1. Udang dibersihkan (saya buang kepalanya terus), cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik & masak sehingga udang berubah warna. Guna api sederhana.
2. Tuang santan kacau dan biar mendidih. Tambah sedikit air.
3. Masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. 
4. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika mulut rasa ok, ok le tu...

Happy cooking

Lala masak cili padi pedas

Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Oh lala lala...

Dah lama saya cari lala ni. Berbulan-bulan lepas isteri sepupu saya share di FB. Asyik takde stok atau habis aje bila cari.

Dan akhir, pergi ke Pasar Nilai 3 hari Ahad lepas untuk beli ikan, tiba-tiba, mata nama lala berbungkus besar berbanding ikan lain kat situ. Pantas saya tanya budak jual tu berapa ringgit. Tapi fikir panjang terus beli.

Alhamdulillah, bila makan semalam, saya, suami, anak-anak sedara, mak ayah mertua dan kakak abang ipar saya suka. Yes... lain kali boleh masak lagi (kalau jumpa lala ni lah...)

Bahan-bahan:
1. 3-4 tangkai daun kari
2. 2 biji bawang merah dihiris (dek kerana rumah saya jarang ada bawang merah, saya guna 1 biji bawang besar)
3. 3 ulas bawang putih dihiris
4. 15 batang cili padi dipotong (nak podeh lagi, pandai2 le tambah ya...)
5. 1 sudu besar udang kering (rendam dlm 1-2 minit)

Bahan pes (satukan semua bahan ini dalam mangkuk kecil):
6. 1 pek kecil rempah kari ikan
7. 5 sudu besar kicap pekat
8. 5 sudu besar kicap cair
9. 3 sudu besar sos tiram
10. 1 sudu kecil lada hitam yang ditumbuk

11. 1-2 cawan air
12. 1kg lala
13. 2 sudu besar minyak masak
14. Garam secukup rasa

Pes yang telah digaul semuanya...

Bahan tumis...

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, cili padi, daun kari & udang kering. Goreng sehingga naik bau atau bawang sedikit garing.
2. Kemudian, masukkan pes tadi dan kacau. Masak sehingga pecah minyak dan tambah air. Bila mendidih, gaul dan tambah sedikit garam secukup rasa.
3. Masukkan lala dan gaul perlahan-lahan sehingga mesra. Kemudian tutup lala di atas kuali tu dengan tutup periuk nasi atau apa aje yang sesuai bagi memastikan lala masak sekata. Biarkan dalam 4-5 minit api sederhana.
4. Angkat penutup dan gaul perlahan-lahan lala tersebut & jika anda dah pasti lala sudah masak semuanya, bolehlah tutup api (jika masih belum masak sebab kuantiti lala banyak, tutup sekali lagi dengan penutup periuk dalam 2-3 minit).

Happy cooking...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...