Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Udang masak lemak dengan belimbing buluh

Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dah berbulan akak mengidam nak makan udang ni dengan belimbing buluh. Asyik cari belimbing tak jumpa. Asyik cari tak jumpa. Dan udahnya, sekarang baru ada rezekinya. Musim barangkali... :)

Jom try buat gulai ni. As usual, saya selalu cari resipi kat web tiffinbiru atau rakan-rakan bloggernya. InsyaAllah, selalu jadi. Moga hidup Che Mat dirahmati Allah kerana berkongsi ilmu yang bermanfaat.

Bahan-bahan:
1. 1/2 kilo udang bersaiz sederhana besar
2. 10 biji belimbing buluh, belah 2 tapi tidak putus
3. 2 batang serai, dititik
4. 2 helai daun kunyit, disiat
5. 1 keping asam gelugor
6. 400ml pati santan (saya guna santan kotak kara tu)
7. Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar halus:
1. 3 biji cili merah
2. 10 biji cili padi
3. 2 biji bawang besar
4. 2 ulas bawang putih
5. 1/2 inci kunyit hidup
6. Secubit belacan

Penyediaan:
1. Udang dibersihkan (saya buang kepalanya terus), cuci dan toskan. Masukkan bahan kisar halus ke dalam periuk bersama udang dan serai titik & masak sehingga udang berubah warna. Guna api sederhana.
2. Tuang santan kacau dan biar mendidih. Tambah sedikit air.
3. Masukkan asam gelugor. Kacau dan biar mendidih dengan api kecil dan kacau selalu. 
4. Tambah garam secukup rasa, secubit gula, belimbing buluh dan daun kunyit, masak sekejap. Rasa dan jika mulut rasa ok, ok le tu...

Happy cooking

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...