Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Tip-tip Tawakal dalam rezeki

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Mereka yang mempunyai hati nurani (sifat tawakal) seperti seekor burung (yang mencari makan setiap hari), pasti dia dimasukkan ke dalam syurga."
(Riwayat Muslim, No. 2840)


Tip-tip tawakal dalam rezeki.
  • Rezeki yang diperoleh datang daripada Allah dan dipinjamkan sementara kepada manusia di dunia.

  • Rezeki yang kita peroleh hanyalah nikmat dunia yang bersifat sementara. Rezeki yang dinikmati sekarang tiada apa-apa nilai di akhirat nanti.

  • Rezeki bukan sahaja merupakan nikmat, pada masa yang sama merupakan ujian.

  • Rezeki bukan sahaja berbentuk material seperti harta benda, malah juga berupa kemanisan dalam ibadah, kesihatan, anak-anak yang soleh, ketenangan dan sebagainya.

  • Allah berhak memberi rezeki kepada sesiapa sahaja dan berhak menahan rezeki daripada sesiapa jua. Oleh itu, kita langsung tiada hak untuk mempersoalkan soal rezeki.

  • Rezeki yang ada dalam tangan kita kini bukan milik kita sepenuhnya, malah ada hak orang lain iaitu melalui zakat atau sedekah. Satu keajaiban dalam Islam, semakin banyak yang diberi semakin banyak akan kita peroleh nanti, bukannya semakin susut. Ibarat berjalan berkaki ayam, tapak kaki bukan semakin haus malah makin tebal.

Petikan artikel dari Solusi Isu 9, m/s 1.

Puding triffle yang sedap

Setelah berkurun lama saya tak berkongsi resipi, kali ni saya nak kongsi resipi baru yang saya ambil dari myresipi.com. Saya nengok cara-caranya mudah dan sesuai untuk saya yang suka puding muding ni, apa lagi, saya pun try le.

Apalagi, jom kita masakkk...

Bahan-bahannya (utk 2 tupperware sederhana besar & 1 tupperware kecil, macam bekas yang saya gunakan dlm gambar di bawah):

1. 2 Swissroll (perisa vanila/oren)
2. 1 tin besar fruit cocktail
3. 2 gelas susu cair
4. 4 gelas air
5. 6 sudu makan tepung kastad
6. 8 sudu makan gula
7. 2 sudu kecil esen vanila
8. 2 paket agar-agar serbuk perisa ros/strawberi

(Kalau nak puding untuk 1 bekas aje, kiranya amik separuh sukatan aje dari bahan-bahan di atas. Family saya ramai tu yg buat banyak).

Ni gambar bahan-bahannya ya.

Potong swissroll dalam 1 inci dan susun dalam bekas atau mangkuk.


Tuang rata air cocktail atas swissroll. Tabur 1/2 daripada buah cocktail tadi ke atas swissroll.

Campurka tepung kastad dengan susu cair, gula dan esen vanila. Masak hingga menggelegak dan sedikit pekat (kalau tak pekat nanti puding tu jadi lembik dan jadi macam dadih). Kemudian tuang atas swissroll tadi.


Taburkan buah cocktail yang selebihnya ke atas puding.


Jika suka, buat agar-agar menggunakan agar-agar kotak dan tuang ke atas puding. Kiranya macam gambar kat atas ni ler. Pastu jangan lupa simpan dalam peti ais sampai sejuk. Pastu apa lagi, ngap ngap lah.

Demam world cup dah bermula di rumah

Esok World Cup 2010 di Afrika Selatan akan bermula. Satu dunia sudah berasa bahangnya. Kaum lelaki jangan ceritalah. Dari hujung tahun lepas lagi dah start dedar-dedar.

Adik lelaki saya yang memang kaki bola, tidur bola, makan bola dok sibuk ajelah memanjang bukak channel sukan dari bulan lepas. Hubby saya bila balik Ampang syok ah sebab ada geng dia. Cuma nasib baik dia tak macam adik lelaki saya yang die heart. Sanggup tu bangun pagi mengadap tv semata-mata nak nengok live (tak kuasa I).

Kat rumah saya di Nilai ni pun dah demam world cup. Jangan katakan hubby dan saya, anak-anak sedara belah hubby yang dok dengan kami time cuti-cuti ni pun dah mula mengadap channel 804. Start petang tadi pun dah tambah banyak channel untuk bola (805, 806, 807 dll.). Skarang ni pun main PS2 pun bola aje sampai neneknya dah tak kuasa nak layan.
Anyway, kat bawah ni ada serba sedikit gambar menarik untuk dikongsikan. Saya mencilok dari web fifa. Layan...
Ni Stadium Soccer City yang bakal digunakan untuk perasmian esok. Stadium ni juga bakal digunakan untuk menyaksikan perlawanan pertama Afrika Selatan menentang Mexico. Ilham membina stadium ni datangnya dari bentuk pasu yang digunakan di Afrika.
Ni pulak negara-negara yang masuk bertanding dalam World Cup 2010. Mostly kalau nengok yang power-power ada kat Eropah. Tapi jangan lupa juga Brazil yang dah menang banyak kali dan Argentina. Tapi mana tahu, pasukan under dog yang menang pulak tahun ni kan. Wait and see.

Pasukan Afrika Selatan

VERSUS

Pasukan Mexico

Agak-agak kumpulan mana menang? Hehehe... Rasanya saya macam nak sokong pasukan tuan rumah aje. Tuan rumah lah katakan...

Bintang yang menembus. Penciptaan yang sudah disebutkan di dalam al-Quran

Saya memang suka bab-bab planet, asteroid, bintang-bintang, buruj dan yang sama waktu dengannya. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya peroleh dari buku Dr Danial Zainal Abidin iaitu Quran saintifik: Meneroka kecemerlangan Quran daripada teropong sains. Exactly hubby saya yang beli, saya pun tumpang berkaki-kakilah. Hehehe...

So, kita mula dari sekarang!
Kejadian bintang-bintang dia angkasa raya sememangnya menakjubkan. Salah satu jenis bintang yang wujud adalah 'bintang yang cahayanya menembus.' Dalam surah at-thariq ayat 1 hingga 3 Allah berkata, "Demi langit dan yang datang pada malam hari, tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari, iaitu bintang yang cahayanya menembus (an-najmu at-thaaqif)."

Dalam ayat ini, an-najmu bermaksud bintang dan at-thaqif bermaksud menembusi. Imam Nasafi mentafsirkan perkataan thaqif sebagai 'yang bercahaya.' Justeru, an-najmu at-thaaqif dapat diertikan juga sebagai bintang bercahaya yang menembusi kegelapan di malam hari. Hal ini disebutkan oleh Said Hawa di dalam al-Asas fi al-Tafsir.

Komet dan Blazar

Tambahan daripada itu, Said Hawa mengatakan an-najmu at-thaaqif dapat kita kaitkan dengan komet yang melintasi ruang udara bumi. Seperti yang dimaklumi, komet adalah objek yang wujud dalam sistem solar yang mengelilingi matahari. Ia berasal daripada asap nebula yang dikenali sebagai Oort cloud dan mempunyai 3 bahagaian iaitu nukleus, koma dan ekor. Ukuran lebar nukleus biasanya adalah kurang daripada 50 kilometer manakala bahagian komanya yang mengelilingi nukleus mungkin menyamai besarnya matahari. Ekornya pula memang panjang dan mungkin mencecah 150 juta kilometer. Bahagian ekor komet sering kali bercahaya apabila disinari cahaya matahari.

Antara komet yang pernah dikesan oleh pengkaji bintang di dunia adalah Comet Kohoutek (1973), Comet West (1976), Comet Halley (1986), Comet Grigg-Skjellerup (1992), Comet Hyakutake (1996) dan Comet Hale-Bopp (1997). Oleh kerana komet-komet ini bercahaya seperti bintang dan bergerak menembusi ruang angkasa, maka sebahagian ulama mengaitkannya dengan an-najmu at-thaaqif yang terdapat dalam ayat ini.

Pada hari ini, pakar-pakar sains menemui satu lagi objek bercahaya seperti bintang yang bergerak menembusi angkasa raya. Kelajuaannya menghampiri kelajuan cahaya dan ia bergerak menembusi ruang angkasa dan kadangkala menghala tepat ke dunia. Para saintis menamakannya sebagai blazar.



Science News di bawah tajuk Powerhouse Astronomy: Blazing Black Hole From The Early Universe melaporkan satu penemuan mengenai blazar ini pada tanggal 3 Julai 2004. Ia adalah satu pancaran radiasi berkuasa tinggi yang keluar daripada black hole atau lubang hitam. Radiasi berkuasa tinggi ini terhasil apabila elektron dalam lubang hitam bertembung dengan unsur yang bernama foton (photons). Oleh kerana black hole terhasil kesan daripada ledakan bintang, maka kewujudan blazar adalah berkaitan dengan bintang iaitu an-najmu. Oleh kerana ia bergerak menembusi angkasa raya dengan cahaya yang tajam lagi terang benderang, ia mempunyai sifat thaaqif seperti yang disebutkan dalam ayat yang lepas. Justeru an-najmu at-thaaqif dapat juga dikaitkan dengan blazar keluaran black hole. Berkemungkinan juga an-najmu at-thaaqif adalah komet, blazar dan seumpamanya.

Simulated view of a black hole in front of the Milky Way. The hole have 10 solar masses and is viewed from adistance of 600 km. An acceleration about 400 million g is necessary ti sustain this distance constantly.

Umat Islam terus mengkaji berkenaan kosmos dalam usaha memahami ayat-ayat Allah yang berkaitan dengannya. Apa yang jelas adalah hasil daripada kajian-kajian ini, umat Islam semakin memahami misteri kejadian alam. Tambahan daripada itu, umat Islam juga mendapati semakin hebat penemuan-penemuan sains semasa, semakin ia menampakan kebenaran kenyataan Quran terutamanya yang berkaitan dengan kejadia langit dan bumi.

Bagi merumuskan perbincangan mengenai an-najmu at-thaaqif ini, elok rasanya kita mengamati kenyataan Syed Qutub yang disebutkan dalam Fi Zilal al-Quran. Beliau berkata, "susah bagi kita memastikan bintang manakah yang dimaksudkan oleh ayat ini dan kita pun tidak terdesak bagi menentukannya secara pasti. Yang penting adalah kita mengetahui keadaan kewujudan fenomena seumpama ini secara hakiki dan ini sudah mencapai tujuan surah ini. Paling penting adalah iktibar spiritual iaitu bintang yang menembusi kegelapan malam dapat diumpamakan seperti cahaya (kebenaran) yang menembusi hijab (tutupan) dalam kehidupan."

A Hubble Space Telescope image of the galaxy studied by Marianne Heida. The white circle mark the centre of the galaxy and the red circle mark the position of the suspected offset black hole. Image: STScI/NASA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...