Assalammualaikum & Selamat Hari Raya semua. Alhamdulillah, sudah 4 hari kita di Malaysia menyambut Ramadhan. Selepas sehari dua raya ni, tekak dah mula ada yang nak cari makanan selain rendang, lontong dan kuah kacang. Dan bila tahu ada saudara mara mahu bertandang datang ke rumah, saya dah mula risau. Apa nak masak ya? Badan pun tak berapa sihat ni. Godek punya godek blog masakan akhirnya saya jumpa resipi mudah dari Che Mat Tiffinbiru (blog dia memang very helping). Mulanya ingat nak buat kuey teow hailam sudahnya saya tukar buat sup aje. Dan bila teringat ada 1 kotak pasta rigati ya dibeli last 2 weeks, terus ingat nak buat dua pilihan pada tetamu. Siapa rasa nak kuey teow boleh ambil yang tu dan siapa rasa nak mempastakan tekak, pilih aje rigati.
Jom saya kongsikan resipi.
Jika kat dapur rumah anda takde pasta rigati, pakai aje pasta lain yang ada. Janji boleh direbus dan dimakan. Guna aje apa ada di dapur :)
Kuey Teow & Pasta Rigati Sup
Bahan-bahan:
250gm pasta rigati yang direbus. Rebus dalam 8-10 minit aje (kalau terlebih masa, pasta jadi overcooked)
1 pek kuey teow yang yang dicelur sebentar.
ayam bahagian dada, bersihkan. Potong kecil.
1 biji kentang dipotong dadu (jangan kecil sangat tau. Sedang-sedang gitu)
1 pokok kecil sawi di kerat-kerat (versi anak sedara yang sengsara nak makan sayur)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
6-8 keping cendawan tiram
1 pokok kecil daun bawang, kerat kasar
1 batang lobak merah dipotong bulat
ayam bahagian dada, bersihkan. Potong kecil.
1 biji kentang dipotong dadu (jangan kecil sangat tau. Sedang-sedang gitu)
1 pokok kecil sawi di kerat-kerat (versi anak sedara yang sengsara nak makan sayur)
3 biji bawang merah kecil, hiris halus
2 ulas bawang putih, cincang halus
6-8 keping cendawan tiram
1 pokok kecil daun bawang, kerat kasar
1 batang lobak merah dipotong bulat
1 batang tangkai saderi
4-5 ketul bebola ikan/ayam/daging/sotong (apa aje yang ada dalam fridge tu). Potong 2.
400 ml stok rebusan ayam (guna 1 kiub ayam dan cairkannya dengan air panas)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan 1 camca besar minyak masak.
400 ml stok rebusan ayam (guna 1 kiub ayam dan cairkannya dengan air panas)
1/2 camca teh serbuk lada sulah
Beberapa titik minyak bijan
Garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Panaskan 1 camca besar minyak masak.
2. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum.
3. Masukkan stok ayam. Kacau rata dan biar mendidih. Masukkan lobak merah dan 3 minit kemudian kentang.
4. Masukkan ayam dan bebola ikan.
5. Bila ayam dan lobak sudah sedikit empuk, masukkan cendawan dan batang saderi.
6. Letakkan garam secukup rasa. Tambah sedikit lada sulah.
7. Letakkan pula sawi dan minyak bijan. Masak sekejap, rasa dan siap.
Cili Kicap:
Bahan-bahan:
13 - 15 batang cili padi
2 batang cili merah
2 ulas bawang putih
Kicap manis
Gula
Garam
Penyediaan:
Kalau anda rajin, boleh je tumbuk cili, bawang & gula tu. Tapi kalau rasa macam tak berapa nak rajin, kisar aje semua bahan tu serentak :)
Happy cooking & Selamat Hari Raya