Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kailan ikan masin, menu popular kat kedai makan Siam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kailan Ikan Masin. Sedap bila order kat luar bila malas masak, hehehe...

Bila encik rudy teringin nak makan, silalah beli sayurnya. Isterinya insyaAllah masakkan. Cuma sayur ni tak banyak orang jual sebab tak ramai peminatnya. Tapi bila dah masak, tau-tau, hilang cepat pulak menu ni atas meja. 

Bahan:
2 ikan sayur kailan saiz besar dipotong kasar
1/2 cawan air
5-7 ekor ikan masin tenggiri / ikan masin bulu ayam digoreng
1/2 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 tangkai cili merah dihiris serong
Garam secukup rasa
2-3 sudu minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali & kemudian masukkan bawang besar & bawang putih.
2. Setelah sedikit garing, masukkan batang sayur kailan dulu & air. Masak seketika dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan pula sayur kailan. Kacau sebentar & masukkan ikan masin & cili merah. Kacau.
3. Perasakan dengan sedikit garam. Kacau sehingga daun layu & tutup api. Siap kailan ikan masin kita. 

Home-Made Tosei, Sangat Mudah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. 1st time buat makanan tosei India ni. Alhamdulillah jadilah juga walaupun tak secantik di kedai. Mengenangkan ada baki nasi sejuk semalam & gulai lemak ayam & sardin, makanya, menu ini rezeki pagi hari.

Bahannya sangat mudah. Cuba ambil sedikit masa (alah, mcm kita nak buat lempeng tu). Untuk resipi ni, boleh dapat dalam 16 keping tosei.
Tq @majalahrasa untuk ilmu.

Bahan:
2 cawan nasi semalam/sejuk
2 cawan air
1 1/2 cawan tepung beras
1 biji telur
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam

Adunan Tosei selepas dikisar.

Leperkan dalam kuali leper

Penyediaan:
1. Masukkan semua bahan dalam blender & kisar hingga lumat. Masukkan dlm mangkuk.
2. Panaskan kuali non-stick & bila kuali dah panas, masuk sesenduk adunan & leperkan ia untuk menipiskannya. Masak hingga lapisan bawah kelihatan garing. Angkat & siap tosei kita. 

Resipi Gulai Lemak Telur Itik


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Menu gulai lemak telur itik ni mudah & sedap. Kalau hidang ajak ahli keluarga makan, depa serbu dulu lauk ni. Kalau ada kicap atau sambal bilis, lagi mengancam bila makan nasi.

Sangat mudah untuk anda yang kejar masa.
InsyaAllah dlm 20 minit dah settle.

Bahan:
5 biji telur itik
1 kotak kecil santan
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
5 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup /serbuk kunyit
1 batang serai
1 tangkai cili merah
10 tangkai cili padi
2 cawan air
Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga

Penyediaan:
1. Kisar halus bawang merah, kunyit, serai, cili merah & cili padi dengan secawan air.
2. Masukkan dalam periuk/kuali besar bahan kisar. Masukkan juga santan, asam keping, gula & garam.
3. Jerang kuah atas api sehingga mendidih menggunakan api sederhana. Kacau sekali sekali agar tidak pecah minyak. Setelah mendidih sebentar, masukkan satu per satu telur ke dalam kuah. Biarkan seketika & kemudian kacau perlahan2 agar ia tidak pecah. Jangan masak telur terlalu lama. Agak2 macam dah masak skit, cepat tutupkan api. Pindahkan dalam bekas makanan. Siap gulai lemak telur itik hari ini. 

Sup Sayur, sedap makan dengan nasi, mi, bihun atau kuehtiaw


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Untuk menu sup sayur ni, anda guna aje apa sahaja jenis sayur yang suka/ada & letakkanlah ayam/fish balls/ fish cake atau apa aje. Nak rasa sedap skit, boleh letakkan kiub pati ayam seketul.

Kalau tak nak makan dengan nasi, celur aje bihun , mee atau mi kering. Letak cili potong dengan kicap. Perghh!!!

Bahan:
1 biji bawang besar dihiris
3 ulas bawang putih dihiris / ketul
2 sudu besar minyak zaitun
5 - 7 biji fishball dibelah dua
2 batang fish cake dihiris
5-6 baby corn potong dua
1/2 batang kubis panjang 
2 batang saderi dihiris serong
1 batang lobak merah dihiris serong
1 batang cili merah dihiris serong
1 liter air
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa

Agar-agar Milo, Pandan & inti Oreo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Ternampak agar-agar Milo Pandan last week kat IG geng memasak. So, tetiba teringat a pack of Oreo ada dalam stok. So, kita buat agar-agar milo, pandan dan inti Oreo. Alhamdulillah sedap. Seketul demi seketul masuk mulut bila dah mengadap tv.

Bahan:
1 paket agar-agar (serbuk/bertali) (Saya guna bertali 30gm)
1.1 liter air
180g gula
1 tin susu cair (evaporated milk)
3/4 cawan milo
1/2 cawan air pandan (blend daun pandan & tapis)
3 titik pewarna hijau (untuk naikkan warna)
1 pek biskut Oreo (boleh aje nak guna Oreo putih / coklat intinya - pecahkan menjadi kecil tapi still keep intinya.

Penyediaan:
1. Masak agar-agar & air sehingga agar-agar mencair. Kemudian masukkan gula & masakkan ia hingga cair. Masukkan pula susu & kacau sebentar.
2. Asingkan 3 cawan adunan tadi ke dalam periuk kecil. Kemudian, masukkan serbuk Milo. Kacau hingga Milo mencair.
3. Masukkan air pandan & pewarna hijau ke dalam agar-agar warna putih tadi. Kacau & tutup api.
4. Sediakan 1 atau 2 bekas untuk meletak agar-agar. 


5. Pertama, tuang 1-2 senduk adunan Milo (jika bekas besar tambah sukatan) ke dalam bekas. Biarkan ia sejuk sebentar dalam 2-3 minit / lapisan agar-agar licin tidak melekat. Kemudian, tuang adunan warna hijau di atasnya. Selepas itu, taburkan pecahan Oreo di atasnya. Biarkan seketika dalam 5-6 minit & kemudian tuang lebihan milo di atas lapisan hijau tadi.
6. Biarkan ia sejuk sebentar & masukkan ia ke dalam peti air. Biarkan ia sejuk sekurangnya 2 jam. Siap agar-agar milo, pandan dan inti oreo ni.

Cekodok Jagung Hotdog


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Cekodok jagung @ jemput-jemput jagung.
Our simple breakfast this morning. Tak masak heavy sangat coz sat lagi nk pi kenduri kawan

Untuk resipi cekodok jagung dan hotdog, boleh tengok gambar dibawah.

Bahan: 
1 labu bawang besar didadu
1 tangkai cili merah dihiris
1 tongkol jagung diambil isi
2 batang hotdog belah dua dan potong dadu
1/2 genggam ikan bilis yang direndam dahulu
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
1 cawan air (ikut kepekatan yang dimahukan)
Minyak untuk menggoreng


Kangkung Goreng Belacan, Menu sedap sentiasa


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kangkung goreng belacan, sedap bila makan dengan bubur ataupun nasi. Feveret sayur hubby saya juga ni. Kalau pi kedai makan, ini yang diambil dulu.

Bahan:
1 ikat kangkung diambil daun & batang lembutnya
8-10 tangkai cili padi
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Sejemput belacan bakar
1/2 cawan air
Sedikit minya untuk menumis
Garam & gula secukup rasa

Penyediaan:
1. Kisar cili padi, belacan, bawang merah, bawang putih & air. Kisar jangan halus sangat ya.
2. Panaskan sedikit minyak. Kemudian, masukkan bahan kisar. Masak hingga sedikit garing. Masukkan 1/2 sudu besar gula & sedikit garam. Kacau seketika.
3. Selepas itu, masukkan batang kangkung dahulu. Kacau. Biarkan ia layu sedikit & masukkan kangkung. Kacau hingga mesra & kangkung layu. Tambahkan sedikit garam. Kacau & siap untuk dihidang kangkung goreng belacan.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...