Untuk menerbitkan jurnal kesyukuran ini, ia mengambil masa 2 tahun. Pada awal 2022 saya ada pergi berjumpa dengan pencetak. Pada waktu itu, saya dah ada manuskirp, dan lengkap semua bahan. Tapi bila bos pencetak lihat konsep jurnal kesyukuran saya pada waktu itu, dia rasa macam ada kurang. Dia berikan beberapa contoh jurnal dan diari harian yang dicetaknya untuk rujukan saya. Bila tengok sample tu, rasa macam 'Alahai, sesuai ke buku aku ni dengan pasaran Malaysia? Siapa target pasaran aku sebenarnya? Rasa macam chilldish skit isi kandungan aku banding orang lain punya'. Masa tu saya dah rasa ragu-ragu.
![]() |
Contoh isi kandungan buku yang ingin dicetak tahun 2022 |
Lepas tu, bila nampak duit pendahuluan yang nak kena keluar bila cetak, lagilah saya berkira-kira dan takut. Bukan sikit duit. Udahnya saya hold kejap. Nak dijadikan cerita, masa tu mama pun ada masalah kesihatan yang memerlukan perhatian. Jadinya saya beranggapan, Allah beri masa saya untuk fokus mana yang penting dan dalam masa yang sama, buat research konsep bagaimana yang sesuai untuk saya yang berumur dah masuk 40 tahun. Bermula dari sini, perlahan-lahan Allah buka hati dan minda saya untuk tambah ilmu. Ilmu saya yang lama sudah tak berapa relevan untuk bersaing dengan suasana sekarang. Saya masuk kelas untuk belajar kembali tentang bisnes.
Bila saya dah masuk kelas belajar balik, dapat mentor yang membuka mata, perlahan-lahan saya bangkit kembali. Saya cuba dulu ilmu yang diberikan pada perniagaan buku saya dulu (masa lepas covid ni sales saya pun dah start merundum dan macam yoyo). Setahun saya belajar. Saya recall balik ilmu lama yang terperuk kat otak. Saya cuba apply fasa demi fasa. Ada yang menjadi, ada yang tidak. Mungkin masa ni, rasa ketidakpastian tu masa ada lagi.
Habis setahun saya belajar dengan mentor ni, saya lihat makin ada tak kena dengan bisnes saya. Kalau tak dengan pesaing, dengan staf penerbit, kekadang dengan kurier. Saya dah macam fed-up. Dan ditakdirkan Allah, satu hari, ketika selesai tampal gigi, saya wasap sorang staf penerbit ni untuk membuat bayaran buku yang minta diposkan, tapi balasan yang sedikit menyentakkan hati itu buat saya terfikir. 'Adakah ini masanya Allah mahu aku fokus benda lain? Lama aku tahan apa yang ingin aku nak buat.'
Sejak dapat wasap dari staf penerbit tu, saya putuskan untuk tidak lagi menjual buku terbitannya secara terus (jika ada customer lama cari, baru saya dapatkan). Jika orang kata saya terasa hati, ya, ada sedikit. Tapi saya juga beranggapan mungkin rezeki saya bukan dengan mereka lagi. Cukuplah selama 9 tahun. Pada masa yang sama, saya anggap ia langkah baru yang Allah mahu saya gantikan langkah yang lama. Dan entah macam mana, suami mengingatkan juga saya untuk membina website sendiri, sekali lagi. Saya diam dan mula memikirkan produk yang bagaimana hendak dijual, website bagaimana nak bina dan berapa pula kosnya untuk membina dan maintain web tersebut. Bila pergi ke beberapa ekspo, saya cari company yang design website. Harga, aduh... boleh tahan. beberapa bulan juga saya dapat pencarian dan kajian. Dan, satu hari, tiba-tiba tengah saya saje-saje scroll TikTok, saya terjumpa Live mentor pertama saya 15 tahun lalu, Irfan Khairi.
Ya Allah, mesti ada sebab kau bagi aku tertengok dan tertonton Live IK ni. Aku hampir lupa dia. Adakah dia boleh bantu aku cetak jurnal kesyukuran dan bina website? Saya tonton Live dia untuk tahu apa yang cuba dikongsikan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan