Assalammualaikum dan salam sejahtera. Daging masak hitam berempah dari Chenom ini pertama kali saya memasaknya. Alhamdulillah menjadi. Guna pula cara suami saya melembutkan daging guna baking soda dalam setengah jam, laginya terangkat kesedapan dan kelembutan daging tu. Memang suami puas hati bila menikmatinya.
Suami saya memang jenis suka benda berdaging berbanding makanan laut. Jadinya, bila suami dah suka makan dan pada masa yang sama kena jaga kesihatan, makanya, kita cari resipi yang sesuai. Alhamdulillah berjumpa. Resipi ni tak guna santan. Saya guna susu segar kotak. Itupun dalam 3 senduk kecil aje.
Ini resipi Chenom. Anda bolehlah ke Youtube channel dia untuk lihat video. Jika tak sempat atau internet agak perlahan, boleh aje guna yang saya tulis ni. Ada bahan yang saya tak guna sebab tak ada di rumah. But still, hasilnya tetap memuaskan.
500g daging lembu (basuh bersih dan perap dalam 30 minit dengan baking soda kemudian basuh kembali)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
½ cawan minyak masak
2 batang serai
2 helai daun pandan
1 biji bawang besar (hiris nipis)
2 sudu besar serbuk kari daging
1 biji tomato
½ cawan kicap manis
1 biji bawang besar (kisar kasar)
garam secukup rasa
1 batang kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
2 kuntum cengkih
Bahan kisar halus:
6 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia