Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sambal Ikan Keli versi Khairulaming yang sedap


 Assalammulaikum & Salam Sejahtera.

Bila bulan puasa, haruslah semua orang akan ke IG atau TikTok KhairulAming. Alhamdulillah dapat try resipi sambal ikan keli dia walaupun ada bahan yang takde. Sedap sangat rasanya. Pandai dia masak. Moga murah rezeki dia selalu kerana ajar orang dengan percuma.

Ini bahannya & caranya versi saya. Untuk lebih perfect, anda pergi ke socmed dia ya 😊

Bahan:
5 ekor ikan keli yang dicuci bersih
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung beras
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 biji tomato
1 sudi besar sos tiram
1 sudu sos gula
1 sudu kecil garam
Minyak untuk menggoreng & menumis

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana. Lumurkan ikan keli dengan serbuk kunyit, tepung beras & garam. Setelah minyak panas, masukkan perlahan-lahan ikan keli. Goreng hingga keemasan.
2. Sementara tunggu ikan masak, kisar kasar bawang putih & bawang besar. Kemudian, kisar pula sampuran cili padi, cili merah & tomato. Ketepikan.
3. Setelah ikan masak, tuangkan 2/3 baki minyak tadi ke bekas lain & gunakan aje 1/3 baki dalam kuali. Tumis bawang besar & putih dahulu. Setelah naik bau, masukkan pula bahan kisar cili tadi. Masak hingga sedikit garing.
4. Masukkan sos tiram, gula & garam. Kacau hingga mesra seketika. Selepas itu, masukkan ikan keli yang digoreng tadi. Kacau seketika & kemudian siap untuk dihidang.

Cekodok Pisang, kuih mudah untuk kudapan berbuka


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Moga Ramadhan kali ini membawa lebih banyak kebaikan pada kita semua. Moga kita cuba perbaiki apa yang kurang dalam amal ibadat. Kali ni saya nak kongsikan resipi lejen bila tengok pisang atas meja makin gelap sebab takde orang nak makan time puasa-puasa ni 
Ini resipinya. InsyaAllah mudah😋

Ini bahan-bahannya:
8 biji pisang emas atau apa aje pisang yang dah masak
3/4 camca teh soda bicarbonat
1 camca besar gula halus
1 1/2 cawan tepung gandum (jika adunan lembik, boleh tambah)
1/4 camca teh garam halus
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Kupas pisang, lecek bersama gula, garam dan soda bikarb hingga hancur. Masukkan tepung dan gaul rata hingga sebati. Perap 15 minit.
2. Panaskan minyak guna api sederhana. Boleh guna sudu atau tangan untuk menjemputkan adunan tadi ke dalam minyak.
3. Goreng hingga kuning keemasan pada seluruh bahagian cekodok. Jika suka ada rasa rangup & garing sedikit, lamakan sedikit menggoreng (tapi api jangan besar sebab takut dalam tak masak). Dan garing seluruh bahagian, angkat dan toskan. Goreng hingga adunan habis.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...