Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kuey Teow Hailam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Gara-gara stok kuey teow & mi kuning ada dalam fridge, jom kita habiskan...

Tapi... Ada satu gerai kuey teow hailam yang sedap berhadapan stesen komuter Nilai. Saya cuba replicate tapi tak jadi. Pemurahnya tukang masak gerai ni, dia berikan kuah yang sedap & pekat, ayam goreng dipotong sederhana besar & tahap kepedasannya yang best.
Anyway, boleh cuba resipi saya ambil di web tiffinbiru. Saya olah sikit ikut apa bahan yang ada dalam fridge.

Masa penyediaan: 35 minit

Bahan2:
1.5 liter air stok ayam (saya guna kiub pati ayam dan rendam dlm air panas)
2 keping dada ayam, dihiris
2 keping fish cake, dihiris
1 cawan hirisan capsicum
1 batang lobak merah dihiris bulat
2 biji tomato belah 6
3 ulas bawang putih, cincang halus
3 camca besar sos tiram
1 camca teh kicap pekat
3/4 camca teh serbuk lada hitam
3 sudu sos cili
1 camca teh tepung jagung*
1/4 cawan air*(*dibancuh hingga rata)
5 tangkai cili padi dihiris
Garam secukup rasa

Bahan lain:
500 g kuey teow
1/2 camca teh minyak bijan
1 liter air untuk rebus kuey teow

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bawang putih hingga wangi, masukkan ayam dan lobak merah, kacau rata. Campurkan sos tiram, sos cili, kicap pekat & serbuk lada hitam, gaul dan tuang stok air rebusan tulang. Biar mendidih.
2. Masukkan fish cake & capsicum. Biar sekejap dan tuang bancuhan tepung jagung, kacau rata dan masukkan tomato dan juga garam secukup rasa. Masak sekejap dengan api perlahan hingga kuah sedikit pekat. Tutup api.
3. Panaskan kuali berisi air & sesudu kecil minyak bijan. Masukkan kuey teow & kacau seketika. Matikan api dan toskan kuey teow tadi.
4. Untuk hidangan, letakkan 2 senduk kuey teow dalam mangkuk hidangan dan letakkan kuah dalam 3-4 senduk. Hias ikut suka anda. Siap.

Jemput-jemput Jagung @ Cekodok Jagung @ Corn Fritters


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Musim jagung datang lagi.
Rezeki kali ni dapat buat jemput-jemput jagung.
Jemput-jemput jagung ni sedap dimakan begitu sahaja atau cicah aje dengan sos kegemaran anda atau cicah aje dengan sambal bilis or sardin. Sedapp...

1st time makan jemput-jemput ni masa belajar di Kelantan. Not bad at all the taste (masa tu mmg tak pandai masak, so semuanya orait aje di tekak).


Ni resipinya. Boleh ngetest...
Bahan-bahan:
2 tongkol jagung diambil buahnya (guna pisau)
1 tangki cili merah dihiris
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu kecil garam
1/4 baking powder
2 1/2 cawan air (jika adunan pekat, letak air sedikit demi sedikit untuk dapatkan adunan yang sederhana pekat)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Masukkan jagung, cili, bawang dalam satu bekas. Gaul.
2. Masukkan pula tepung, garam, baking powder, telur & air. Gaul hingga mesra. Tambah air jika adunan pekat atau tambah tepung sedikit jika adunan cair
3. Biarkan adunan mesra dalam 2-3 minit. Panaskan kuali & goreng sejemput demi sejemput sehingga warnanya kekuningan. Angkat dan toskan. Siap

Happy cooking

Nasi Lemak dengan Ayam Goreng Berempah


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Alhamdulillah, encik hubby dan keluarga dah seminggu pulang dari Tanah Suci Makkah. Hanya Allah tahu rasa hati.

Hari Isnin lalu, saya masakkan mereka nasi lemak ayam berempah. Masing-masin dah rindu nak makan makanan Malaysia yang pelbagai rasa dengan pelbagai rempah ratusnya.

Encik suami cerita, satu pek nasi lemak yg dijual di Makkah, SR27. Itupun kira macam nasi lemak biasa. Mahal mungkin kerana kos bahan yang dibawa masuk & sewaan kedai barangkali.
Manakala nasi arab yang portionnya boleh 3-4 orang makan, baru SR15. Hmmm... beza...

So, jom saya kongsikan nasi lemak versi saya untuk keluarga. Moga semua happy bila menjamu selera. :)

Nasi Lemak.
Bahan:

4 cawan beras dibasuh bersih & direndam dalam 10 minit & tapis.
1 biji santan kelapa / 1 kotak
1 batang serai
1 helai daun pandan
3 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia dihiris nipis
6 cawan air (untuk dicampur dengan santan)
1/4 sudu garam

Penyediaan:
1. Selepas beras ditapis, masukkan semuanya dalam satu bekas periuk nasi. Gaul mesra seketika dan masak guna rice cooker.
2. Bila hampir masak, gemburkan nasi guna garfu/chopstick. Biarkan hingga masak. Siap.

Sambal Tumis Ikan Bilis
Bahan:
25 tangkai cili kering digunting dua dan masak dalam air mendidih dalam masa 5-7 minit. Tapis.
3 biji bawang besar dipotong 4
1 liter air
1 1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air asam jawa
4-5 sudu gula (secukup rasa)
2-3 sudu kecil garam (secukup rasa)
1 cawan ikan bilis (direndam 2 minit dan toskan)
1 biji bawang besar dihiris bulat (masuk ketika sambal hampir masak)

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali pada api sederhana.
2. Kisar halus cili kering & bawang besar dengan 300ml air dahulu. Masukkan bahan kisar ke dalam minyak panas. Kacau dan tambahkan baki 700ml air ke dalamnya. Biarkan cili masak dan kacau sekali sekala. 
3. Bila sambal kelihatan hampir masak atau gelap sedikit (jika masih merah, tambahkan air dalam 1-2 cawan dan biarkan cili betul-betul masak), masukkan air asam. Kacau dan masak dalam 3-5 minit.
4. Masukkan gula dan garam. Kacau seketika dan bila sambal kelihatan sedikit kering, masukkan pula ikan bilis dan juga bawang besar. Gaul sehingga mesra dan rasa. Jika tak cukup rasa masin atau sedikit manis, tambahkan gula dan garam lagi. Jika dah puas hati dengan rasanya, tutup api dan siap.

Telur Rebus:
1. 4 biji telur dicuci bersih 
2. 1 sudu kecil garam
3. Air untuk merebus 

Penyediaan:
1. Rebus telur di dalam periuk yang berisi air melebihi paras telur tersebut. Sebaiknya 1/2 air dari ketinggian periuk. Masukkan 1 sudu kecil garam. Ia ada bahan yang mampu membuatkan telur anda mudah dikopek dan halus sahaja.
2. Rebus telur dalam 10-15 minit dan buang air panasnya. Biarkan telur sejuk sendirinya dan kemudian kopek kulitnya. Potong dua. Siap

Untuk resipi ayam goreng berempah, boleh klik aje resipi ni... Ayam Goreng Berempah...

Happy cooking


Lempeng daun kunyit


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Daun kunyit memang selalunya kita akan letak dalam gulai atau kuah. But, this is new recipe for me. Buat lempeng k.

Ni semua terjadi bila saya cakap dengan mama nak buat lempeng sebab dia dah buat kari ikan. Tetiba dia kata, "Long, cuba kau letak daun kunyit dalm lempeng tu." Heh? Tak pernah lagi dengar ni.
"Ma, biar betul letak daun kunyit dalam lempeng? Tak pernah dengar pun."
"Kau cuba. Sedap...Kau hiris macam hiris daun pandan. Halus-halus."

So, bila dah siap, rasanya not bad juga. Daun kunyit tu beri satu aroma yang menarik dalam lempeng dan ketika kita makan. This is the recipe. You can try it.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar dipotong dadu
1 batang cili merah dihiris
1 helai daun kunyit dihiris nipis
1/4 sudu habbatus sauda'
1 biji telur pada suhu bilik
3-4 cawan air (bergantung pada kecairan yang anda mahu)
1 sudu kecil garam
Sedikit minyak untuk memasak

Penyediaan:
1. Campurkan semua bahan kecuali minyak. Gaul hingga bahan mesra dan tidak terlalu pekat atau cair. Ketepikan
2. Panaskan kuali leper pada suhu sederhana dan sapukan sedikit minyak di atasnya menggunakan tisu / berus.
3. Bila kuali panas, letakkan sesenduk adunan ke atas kuali dan tipiskan is sedikit. Terbalikkan lempeng yang kelihatan sudah mengering permukaannya untuk memasak bahagian sebelahnya pula. Bila kelihatan kedua-dua bahagian sudah masak, bolehlah angkat dan hidang. Siap.

Happy Cooking.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...