Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Kematian Husnul Khatimah

Innalillah hiwaina ilaihi roji'un...
Mati itu pasti, hidup insyaAllah...

Sudah seminggu kenalan saya ini merangkap anak jiran rumah mama di Ampang ini meninggalkan kami. Matinya mengejutkan kami semua.

Kami semua tahu yang dia ada menghidap penyakit kencing manis tetapi kelihatannya dia sedang berusaha untuk bangkit melawan penyakit tersebut. Dan, kali terakhir saya dan hubby berjumpa dengannya adalah pada ketika majlis tahnik & bercukur anak saudara saya akhir bulan 8 lalu. Adik perempuan saya siap bertanya, "Sham, kau nampak kurus lah..." Saya hanya tersenyum mendengarnya. Saya tak berapa nak berbual dengan dia sangat waktu itu kerana agak sibuk cuba ada dengar perbualan ringkasnya dengan tetamu yang lain.

Dan apabila kami mendengar berita kematiannya, saya dan hubby sungguh terkejut. Sangat tidak menduganya. Namun, bila mendengar cara meninggalkannya yang mudah dan baik, kami berdua tersenyum dan berharap segala urusannya dipermudahkan di alam sana.

Bak kata ibunya, "Dia anak yang baik." Dan kami mengakuinya. Bila balik ke Ampang, banyak kali kami terserempak dengannya yang baru balik dari solat jemaah di masjid. Dan adakala apabila suami bertanya, "Dari mana Sham?" Majoriti jawapannya. "dari masjid bang."

Dan kematiannya pada pagi Khamis minggu lalu, juga ketika dia sudah selesai menunaikan solat Subuh berjemaah dan sudah mengejutkan ibunya untuk bangkit solat Subuh. Urusan pengkebumiannya bak kata ibu arwah, segalanya berjalan dengan sungguh mudah dan lancar. Seolah-olah Allah sudah tidak sabar untuk bertemu dengannya di sana. Suhhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar. Sesungguhnya kami amat bersyukur kerana mengenali anak muda yang baik ini, ringan tulang, sentiasa tersenyum dan sentiasa bersabar dengan musibah yang menimpanya.

Moga Allah menempatkan rohnya di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan dirahmati. Al-Fatihah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...