Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Fries with bolognese sauce & cheese @ kentang goreng dengan sos bolognese dan keju


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kisah di sebalik menu kali ni (every food have its own story, betul tak?), masa tu saya dan hubby baru nak balik dari kenduri kahwin sepupu. Tiba-tiba adik saya ajak, "long, abang rudy, jom kita lepak-lepak jap kat Gaffe Coffee kat sebelah MRR2." Encik hubby pun ok aje... So, anak-anak perempuan Hj. Molis bersuami suami masing-masing pun lepak lah kat sana.

Bila kat sana, mulalah tengok menu dan akhirnya just makan ayam dan fries goreng dengan sos bolognese dan minum air. Bukan tak nak makan berat tapi dek kerana dah bedal masa kenduri kahwin, so, itu ajelah yang mampu masuk dalam perut.

Ni lah Gaffe Coffee tu dari pandanga depan. Anda boleh search aje pic lain kat instagram.

Adik saya dan suaminya siap bersemangat waja nak buat kentang goreng dengan sos bolognese & keju ni malam nanti. Katanya cam sedap aje... Plus, nanti boleh makan depan tv. Udahnya, akak dia ni dulu jugak yang buat lepas 2 minggu.

Dan, untuk anda yang nak try buat menu ni, nak saya kongsikan resipinya. Bolehlah nak masak sendiri kan time ekonomi tak berapa nak cun ni (kat kodai ekau tak boleh nak memandai-mandai nak soh orang tu tambah fries lebih...)

Bahan-bahan (Nampak aje bahan-bahan ni banyak tapi semuanya ada dalam dapur):
1. Kentang goreng (tak kisahlah nak kentang kurus, gemuk, berketak, janji namanya kentang...)
2. 1 labu bawang besar dipotong dadu
3. 1 ulas bawang putih dicincang
4. Daging cincang (saya guna brand Ramlee dan ambil sekeping aje dan pecah2kannya)
5. 1/2 batang parutan lobak
6. 2 sudu besar puri tomato (jangan banyak sangat nanti masam tak sedap)
7. 1 sudu besar sos tomato
8. 2-3 sudu besar sos cili (ikut citarasa tekak anda)
9. 1/2 cawan air
10. Gula dan garam secukup rasa
11. 1 sudu kecil daun oregano atau rosemary (mana2 aje yang suka)
12. Sekeping keju cheddar (kalau nak guna yang keju parut, amat disarankan)
13. Minyak masak untuk menggoreng kentang

Penyediaan:
1. Goreng kentang sehingga masak dan toskan minyaknya. Ketepikan.
2. Dalam kuali lain, masukkan 2 sudu besar minyak masak dan gorengkan bawang bila minyak sudah panas. Api sederhana aje ya. Kang hangus pulak bawang tu pakai api besar.
3. Bila bawang dah sedikit garing dan naik bau, masukkan daging cincang tadi dan hancur-hancurkan dia dalam kuali tu (bila daging berketul tak cantik nanti rupa sos bolognese tu). Masak sehingga kelihatan tiada darah lagi keluar.
4. Masukkan puri tomato dan suku cawan air. Gaul sehingga sos mendidih.
5. Masukkan pula sos tomato dan sos cili dan lebihan air tadi. Gaul sehingga mendidih.
6. Masukkan pula parutan lobak merah. Gaul dan biarkan selamat 2-3 minit. Biar mesra.
7. Masukkan pula gula dan garam secukup rasa serta daun oregano/rosemary. Kacau dalam 1-2 minit atau sos tidak terlalu cair (sedang2 gitu). Pastu tutup api dapur.
8. Letakkan kentang goreng tadi atas pinggan tahan panas atau yang boleh masuk microwave. Sendukkan 2 senduk sos bolognese tadi ke atas kentang dan kemudian letak kepingan keju cheddar tadi / parutan keju ke atas sos pula. Masukkan pinggan tadi ke dalam microwave dan ambil masa 2-3 minit untuk cairkan keju tersebut. Tadaaaaa... Dah siap... (oh ya, kalau masuk dalam oven, bakar pada suhu 140C sehingga keju cair dan sedikit perang.

Ini rupa menu kat Gaffe Coffee tu...

Happy Cooking...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...