Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selasa, 3 Februari 2015

5 Bintang untuk buku Pilo Toq


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua.

Buku yang anda lihat covernya di atas tu, saya beri 5 bintang tau. Buku yang mampu buat saya tersenyum kecil pada awalnya sehinggalah tahap ketawa dan mengimbau kembali kenangan sepanjang perkahwinan saya.

Pada awalnya, saya memang dah nampak cover buku ni di web penerbit untuk buku-buku baru. Seminggu kemudiannya, barulah saya tepek kat blog bisnes saya. Dan entah macam mana, saya baca sinopsisnya, saya sudah mula meleret senyum. Teringat yang cinta orang tua atau sudah lama berumahtangga tidak sama dengan cinta muda mudi atau yang baru mengenal alam perkahwinan. Ada perbezaannya. Dan, entah bagaimana, sewaktu saya ambil stok buku-buku belian pelanggan, mulut saya ringan bertanya staf yang ada, "Dik, buku Pilo Toq tu dah ada ke?" Pantas staf tu menjawab, "Ada. Tu kat rak sana kak." Segera saya ke rak yang ditunjuk. Saya capai dan belek-belek buku Pilo Toq tu. Dalam kepala dok berkira-kira nak beli ke idak sebab ada a few koleksi buku lagi kat rumah yang tak habis baca. Tapi dek kerana sudah 'ditakdirkan', saya pun belilah buku ni.

 Sinopsis buku yang mampu buat saya mencapainya dan tersenyum...

Dan, pada hari Khamis lepas (29/1/15), saya koyak plastiknya untuk dijadikan bahan bacaan di dalam tren (koyak awal2 di rumah. Senang. Confirm tak buang merata-rata plastiknya). Namun, sebelum keluar rumah dan sedang menunggu hubby saya bersiap, saya bacalah beberapa muka surat awal. Entah bagaimana, barangkali cara penyampaian penulis yang santai serta cara dia bercerita itu, membuatkan saya tersenyum meleret dan ketawa kecil. Hubby saya dah start musykil. Buku apalah yang dibaca dek isterinya ni sampai sengih-sengih mengadapnya (agaknya lah..).

Dan, bila kami berdua tunggu tren untuk ke KL bersama, saya sambung balik bacaan. Makin saya baca, makin saya rasa seronok. Bila saya seronok dengan buku tu, mulalah saya tersengih-sengih, tersenyum-senyum, ketawa kecil & ketawa sederhana besar. Encik hubby apalagi, terus tanya, "Apa yang kelakar sangat tu? Yang, rasanya baik awak baca buku ni kat rumah aje. Asyik senyum dan ketawa sorang2 aje dah ni."

Tapi.... sudahnya bila saya unjukkan buku dan suruh encik hubby baca apa yang buat saya ketawa, dia juga turut ketawa dan mengiakan. Maksudnya ada kisah di dalam buku ini mampu membuatkan kami mengimbau kenangan lama yang lucu dan mengiakan akan persamaan yang wujud. Pasangan yang Allah ciptakan memang untuk saling lengkap melengkapi. Jika isteri terlupa sesuatu perkara, suami akan mengingatkannya. Jika suami kurang pakar dalam sesuatu bidang, pasti si isteri pula sebaliknya. Suami isteri juga dikurniakan Allah ada persamaannya. Sama ada melalui hobi, makanan, tabiat, cara berhubungan dengan orang sekeliling dan lain-lain. Pasti ada 'link'nya yang hanya boleh dirasai oleh pasangan tersebut ataupun orang yang rapat.

Untuk saya komen lebih-lebih, rasanya lebih afdal anda mendapatkan buku ini dan baca sendiri. Cerita di dalamnya memang berkisar tentang senario perbualan yang sweet sweet alam perkahwinan, namun, tidak semestinya anda yang tidak berkahwin tidak boleh membacanya. Bayangkan saje situasi yang diceritakan itu berdasarkan pengalaman anda melihat interaksi ayah dan ibu. Pasti ada yang anda akan iakan (sebab ada beberapa kisah dalam ini mengingatkan saya pada abah dan mama serta abah dan mak).

Ini, saya kongsikan beberapa kisah di dalamnya untuk anda baca, tersenyum dan mengiakannya. To husband & wife, you will agree what I said about what written in this book. Kita amat memahami pasangan kita dalam banyak perkara kerana wujudnya rasa kasih, sayang, cinta dan tanggungjawab itu... Moga hubungan kurniaan Allah ini kekal hingga ke syurga.

Silalah tersenyum...



Happy reading...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...