Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jumaat, 26 September 2014

Pisang goreng & sambal kicap madu yang menggoda


Assalammualaikum & Selamat Sejahtera semua...

Pisang goreng. Siapa yang tak sukakannya. Makan panas-panas ataupun sedikit sejuk, laju aje. Kalau tengok di youtube, Chef Gordon Ramsey siap ada menu tersendiri untuk pisang goreng ni. Cari aje kat youtube tu banana fritters by Gordon Ramsey. Mesti keluar punya cuma kita tambah aiskrim aje letak tepinya. Sedapnya...

Tapi, kali ni, saya nak kongsikan resipi pisang goreng ni dengan sambal cili kicapnya yang sungguh sungguh umph! Sebab apa saya kata umph. Sebabnya masa dok godek-godek web tiffinbiru cari resipi, tetiba mata ni tertancap kat sambal cili kicap tu yang nampak menarik sangat. Apalagi, esoknya saya minta ayah mertua saya belikan pisang di pasar dan tengaharinya saya proses.

Bila hidangkan pisang goreng panas-panas dengan sambal cili kicap madunya, pergh! terangkat... makan time hujan tengah turun pulak tu. Lagi le sedap aje masuk ke mulut.
Sampaikan anak sedara saya yang darjah dua pun kata, "pedas mak su tapi sedap..." :) Sampai ke malam dia makan pisang goreng tu cicah sambal kicap dengan air sejuk segelas kat tepi. Hehehehe...

Jom kita cuba...

Bahan-bahan:
Pisang goreng:
1. Belilah sesikat pisanga abu / pisang awak / nipah (pisang yang sesuai untuk dibuat pisang goreng tapi saya punya kes ni special, guna pisang nangka. Sebab semua pisang lain, yilek)
2. Tepung goreng pisang Adabi 1 paket
3. Tepung beras 100gm
4, Garam 1/2 sudu kecil / 1 sudu kecil (tengok pada kuantiti pisang ya)

Sambal cili kicap madu:
1. Cili padi 20 tangkai (yang ni saya amik yang pedas, nasib kau takde jalapeno, kalau tak mau makcik ngetest)
2. 2 biji bawang besar
3. 5 ular bawang putih
4. 3/4 cawan kicap
5. 1/4 air masak / suam
6. 1-2 sudu besar gula
7. 1 sudu besar madu
8. 3-4 biji limau kasturi / 1/2 biji lemon

Penyediaan:
Pisang goreng:
1. Potong pisang separuh sama ada dari atas ke bawah atau dari kanan ke kiri. Ikut suka hati anda.
2. Bancuh tepung Adabi , tepung beras dan garam dengan sedikit air. Pastikan air tidak banyak sangat kalau tak lepuhnya (sadurannya) yang salut pisang tu bila menggoreng.
3. Sadurkan pisang satu persatu dan goreng dalam minyak panas. Setelah masak, tapis pisang tersebut atau letak atas paper towel agar minyak tak menjejeh bila makan nanti.

Sambal cili kicap madu:
1. Kisar semua bahan kecuali limau/lemon tu ya.
2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk dan perah limau kasturi / lemon tersebut dan kacau sehingga sebati.

Tadaaa... Dah Siap. Apalagi, boleh aje cuba bila nak makan untuk minum petang atau hidapan pada tetamu.

HAPPY COOKING

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...