Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Selamat Hari Raya Aidil Fitri semua...


SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA...

Kali ni awal2 lagi saya dah tulis post. Tahun lepas tak sempat langsung sebab pelbagai benda nak disiapkan last minute.

Apa-apa pun, saya memohon maaf atas segala tulisan, komen atau yang sama waktu dengannya yang menyinggung mana-mana pihak. Terima kasih juga atas sokongan dan komen ada di blog saya ya.

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA & MAAF ZAHIR BATIN...

1st attempt guna skype & sukses

Alhamdulillah, 1st attempt saya & hubby guna skype akhirnya berjaya. Hehehehe...

Exactly, kami install skype ni sebabnya tahun ni saya beraya di rumah Nilai. Family saya semuanya berada di Bota. Depa semua dan adik-beradik ayah saya pakat-pakat nak buat BBQ & masak-masak western. Huaaaa.... tak aci sungguh depa ni tau...

Oleh kerana rindu sebab dah lama tak bertemu saudara mara, saya pun pujuk hubby guna skype. Dan percubaan pertama kami berbual dengan pak su akhirnya berjaya... Suka suka suka...
Hopefully masa malam raya, line maxis ni cantik. Kalau tak, mau saya rembat anak sedara saya punya celcom pulak... Benci betul bila kat rumah ni tak boleh pakai Streamyx (kawasan tempat tinggal kami ada agreement dgn Maxis. Tu yg payah tu).

Malam Bulan Dipagar Bintang

Saya suka beberapa buah lagu yang dinyanyikan oleh P.Ramlee sewaktu dia berlakon di Jalan Ampas. Antara lagu-lagu yang pastinya saya akan tunggu-tunggu jika cerita beliau dimainkan di Astro seperti Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Jeritan Batinku, Sedangkan Lidah Lagi Tergigit, Nak Dara Merindu, Tiada kata Secantik Bahasa dan banyak lagi.

Tapi my old time favourite adalah lagu Malam Bulan Dipagar Bintang. Sukanya dengar suara gemersik P.Ramlee dan Saloma menyanyikannya. Liriknya juga cukup puitis. Rezeki Allah berikan untuk beliau dalam bidang muzik sungguh istimewa. Setiap kali lagu ini dinyanyikan saya pasti terpaku seketika mendengarnya.

Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika di pandang
Bagai gadis beri senyuman
Pada bujang idaman

Belai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk penglipur lara
Penawar dek asmara

Hmmm... mmm... mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah cantik cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

Buku2 best yg saya baca sepanjang Ramadhan

Antara buku2 best yang saya baca sepanjang Ramadhan. Itupun ambik masa 2 ke 5 hari gak nak abis. Ada juga buku lain yg saya baca, tapi... kurang best sikit pada pandangan hati, naluri dan persepsi saya. Makanya, tak payahlah saya nak menyatakan buku sbb tak baik menjatuhkan maruah dan memalukan penulis tersebut (ialah... saya pun penulis juga walaupun kecil-kecilan, hehehe...)

Buku ni saya baca masa awal Ramadhan. Buku yg telah direprint balik. Saya bagi 3.5 bintang untuk buku ni.

Buku ni pula, saya baca masa minggu ke-2 puasa. Pun buku lama direprint balik oleh Creative. Buku ni saya dah baca masa belajar di Labuan. Pinjam kawan punya. Oleh kerana saya memang suka gila buku ni, saya beli yang baru. Siap mintak Kak Yati sain lagi. hehehe... Buku ni saya bagi 5 bintang.... Suka suka suka...

Buku dari Buku Prima ni pula baru aje saya settle hari Khamis malam lepas. Pukul 2 pagi tidur gara-gara nak abiskannya. Tergelak dalam hati sorang-sorang bila baca buku ni malam-malam. Nak gelak kuat-kuat, hubby tengah tidur kat sebelah. Kang terkejut pulak bila dengar bini dia gelak sorang-sorang malam-malam. Cerita ni memang lawak, kelakar, romantik dan yg sama waktu dengannya. Amat disarankan pada semua. Saya bagi 4 bintang untuk buku ni...

Betapa cantiknya bintang di langit...

Setiap kali suami balik kerja lewat malam atau ketika suami keluar kerja awal pagi ataupun ketika kami berdua serta keluarga rumah pada waktu malam, saya suka mendongakkan kepala. Jika orang tidak tahu, mesti mereka pun mendongakkan kepala sekali bila melihat saya bertindak begitu. Barangkali untuk melihat kapal terbang kot. Fikir mereka.
Tetapi bagi saya, setiap kali memandang ke langit gelap, saya berharap agar saya dapat melihat keindahan bintang-bintang yang bergemerlapan. Kerlipan bintang yang cantik betul-betul membuat hati saya teruja dengan keindahan alam ciptaan Allah ini. Saya boleh mendongak lama hingga beberapa minit hanya untuk memerhatikan bintang-bintang yang bersinar cantik ini. Saya rasa gembira, seronok, tenang, damai dan suka dengan apa yang saya lihat.


Minat saya yang satu ini telah lama ada sejak dari sekolah lagi. Saya suka mendongak melihat bintang-bintang yang cantik. Bila belajar bab galaksi atau langit, saya memang cukup suka. Bila ada cerita sains yang melibatkan bintang cakerawala sperti star wars, stargate dan yang sama waktu dengannya, saya sanggup menonton. Meskipun orang berkata cerita tu sekadar imiginasi dan tidak 'real', tapi bagi saya untuk semua hanya ayat-ayat orang yang tak sama kesukaannya dengan saya. Erti kata lain, dengki. Heheheh...

Biarlah apa orang nak kata, janji saya tahu, apa yang saya suka. Pernah suatu ketika saya berkata pada hubby, yang saya ingin memiliki sebuah teleskop. Mudah bagi saya untuk melihat bintang-bintang yang bertaburan di dada langit yang luas ini. Tapi, bila saya melihat harga sebuah teleskop yang dijual di Malaysia, serasanya lambat lagilah saya dapat memilikinya. Ialah, banyak perkara lain yang boleh dibuat dengan wang yang banyak tu.

Tapi, walau apa pun, insyaAllah, jika diizinkan dan dipermudahkan olehNYA, saya harap saya dapat memilikinya satu. Agar saya dapat mengintai keindahan alam di waktu malam ini dengan lebih dekat lagi. Aminnn...

Serasanya pagi tadi, saya lihat bulan penuh dengan cantik sekali. Petanda sudah hari ke 16 kita umat Islam berpuasa. Bulan itu juga, kelihatannya sungguh dekat dengan bumi. Saya tersenyum sendiri apabila melihatnya...

Harga tak masuk dek akal...

Semalam, first time saya pergi ke bazar Ramadhan utk tahun ni di Nilai. Memang nampak meriah sebab hari Sabtu. Semua orang cuti dan bawak ahli keluarga berbelanja.

Sedang enak mata saya mencuci mencari makanan yang enak untuk berbuka bersama keluarga, tiba-tiba mata ni tertangkap popiah basah. Biasalah, semua makanan nampak sedap time berpuasa ni. Tapi.... segalanya terbantut bila tengok harganya.

'Mai ai! 90 sen sekeping!! Apesal mahalnya.'

Bagi saya kalau dah 90 sen sekeping tu, baik tak payah beli. Bukannya popiah tu besar sangat. Baik beli Popiah Crispy kat Sogo. Besar, sedap dan harga pun berbaloi. Tapi yang saya nampak ni, jauh panggang dari api.... Waduhhh...

Saya dan hubby jalan2 lagi. Hubby mmg teringin nak makan popiah basah. So, kami singgah ke gerai lagi satu. Yang jugak jual popiah basah. Bila kami tanya macam mana kira, sekali lagi kami terkejut. RM2, 3 keping. Aduhaiiii.... kenapa teruk benar harganya ni....

Last sekali, kami decide beli 3 keping tu aje sbb hubby teringin. Plus, kami nak try sedap benar ke rasanya. Alih-alih, bila makan time berbuka, hubby kata rasa dia biasa aje. Tak macam popiah basah kat bazar Ramadhan di Ampang (rumah mak saya). Kiranya mmg mengecewakan... :(

Tolonglah orang majlis bandaran atau pihak berkuasa berkenaan. Tolonglah pantau harga2 yang dijual kepada pembeli. Ni kira mencekik darah dan menganiaya pembeli.... Really frustrated...

Alhamdulillah... terima kasih padaMU

4 Ogos ini, genaplah usia 5 tahun saya mendirikan rumahtangga dgn hubby tercinta, Encik Mohd Rudyazmir. Lelaki yg selama 3 tahun menjadi classmate & coursemate saya di Uitm Alor Gajah, 7 tahun bercinta dan selama hampir 4 tahun kami mengikat tali pertunangan (masa tu blm abis belajar & belajar pun jauh, tu yg lama benar bertunang tu, hehehe...).
Saya harap ikatan perkahwinan kami ini kekal hendaknya hingga ke syurga. Saya benar2 bersyukur pada DIA kerana mempertemukan saya dgn hubby. Dia seorang yang baik, penyabar, memahami dan paling penting dpt membentuk saya menjadi seorang muslimah kerana sebelum ini perangai saya amat berbeza dari saya yang dulu (hanya rakan2 terdekat dan DIA sahaja yg tahu). Di waktu saya sakit dan perlukan perhatian, seringkali dia ada untuk membantu. Di waktu saya kesedihan, dialah penguat semangat saya. Di waktu saya tersenyum dan ketawa, dia juga sentiasa ada untuk berkongsi rasa dgn saya.
Terima kasih ya Allah atas pemberianMU yang tidak terhingga ini. Semoga jodoh kami berpanjangan dan kekal hingga ke syurga. Aminnn...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...