Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Umrah mama & abah + pesta buku sikit

Aktiviti saya sejak jumaat lepas sehinggalah semalam (Isnin, 29 Mac) memang busy sentiasa.

Hari Jumaat tu, turun KL coz jumpa member dan membeli-belah di pesta buku lagi. Demi novel 'Cinta Sufi' yang baru keluar dari oven, saya gagahi. Hehehe... Lagipun hubby memang paling tak sabar nak baca buku tu (saya plak khatamkan buku Norhayati Berahim).

Buku2 Ramlee Awang Murshid yg memang digilai oleh peminat-peminatnya sendiri. Nasib banyak lagi stok. Errr... Oleh kerana ni gambar kandid, jadi termasuklah wajah adik yang sedang berjalan tu... Kihkihkih...

Ni pulak pic dengan Hairol @ Rehal Nuharis. Sentiasa ceria walaupun ponek bekerja.
Lepas memborong dan membeli buku yang dipesan, petang tu saya tunggu hubby balik kerja di KL Sentral. Makan n dating-dating di Burger King. Lepas maghrib baru naik ERL untuk balik ke Nilai.

Esoknya pula, kami berdua balik ke Ampang coz mama dan abah saya akan mengerjakan umrah jadi ada kenduri kecil pada hari Ahad. Maka bermulalah aktiviti memasak, mengemas, bercerita, bergosip dan bergelak ketawa di dapur oleh anak-anak, menantu dan sepupu sepapat saya. Hahaha...
Dan Alhamdulillah, kenduri doa selamat berjalan dengan lancar hari Ahad tu. Anyway, thanks Una dan Linda for the superb kuih tako @ kuih pelita. Si Aiman sampai kata macam aiskrim aje bila makan sejuk2.

Aktiviti bergambar semestinya dilakukan di kala sebelum mama dan abah menaiki kapal terbang... Senyum semua...



Suasana sesak di KLIA. Memang menguji kesabaran betul hari tu. Sistem check-in di KLIA bermasalah. Ramailah orang yang terpaksa menunggu untuk check-in. Sepatutnya jam 1 tengahari dah boleh masuk tapi sampai jam 1.30 masih juga menunggu. Kesian kanak-kanak dan warga emas terpaksa berdiri lama. Siap ada yang duduk bersila lagi. Entah mana kerusi yang banyak di KLIA dicampak saya pun tak tahu. Mereka sepatutnya ada backup system untuk tangani masalah seperti ini.

Apa-apa pun saya berdoa moga sepanjang mereka mengerjakan umrah dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Amin...

Pesta Buku A/bangsa KL yang meriah. Mak Ai!

Terasa lagi kaki ni lenguh-lenguh & tangan ni sakit-sakit menjinjit beg-beg plastik berisi buku. Nasib baik pergi dengan hubby, kalau pegi sorang alamatnya, saya bawak beg galas le.

Sampai di pesta buku dalam jam 10.30 pagi. Itupun nasib baik parking dekat area Pusrawi so senang sikit nak berjalan ke ruang seberang sungai PWTC. Masuk-masuk Dewan Tun Razak dua tu aje dah nampak booth PTS, berhadapan pula dengan booth Karnadya. Ramainya orang membeli belah dah time ni...


Terus ke booth KD dan cari Nadiah. Settlekan diri dulu di KD n borak-borak dengan Kak Aina, Kak Mimie dan sempat juga berkenalan dan beramah mesra dengan Busu Najib, Hasif Hamsyari dan juga Laura Caldwell dr US. Beberapa buku dia ada diterjemahkan ke dalam bahasa melayu under KD seperti Malam yang indah, Bukan cinta glamor & Cuti-cuti cinta. She's really friendly dan hubby saya suka aje borak dengan dia.


Aina Emir (my mum favourite writer) n Hasif Hamsyari (youngest writer in KD)


Laura Caldwell dan Mimie Afinie

Lebih kurang setengah jam di KD, saya dan hubby memulakan operasi meronda dan membeli-belah (exactly hubby dah borong 2 buku dulu).


Gambar atas: Saya dan Anita Aruszi (just happy to read her novel. A good writer). Gambar tengah & bawah: Norhayati Berahim dengan buah hati pengarang jantungnya, Teta (selalu baca blog Kak Yati pasal Teta dan hari tu, live in person saya dan hubby jumpa dia yang comel). Dan yang kelakarnya, hubby boleh kata, "muka budak dalam buku Teta balik Turki ni macam muka anak Norhayati Berahim lah. Saya sengihlah dan bagi tau yang tu memang pun gambar Teta. hehehe...)

Setelah penat membuat senaman kaki, tangan dan mulut di pesta buku, akhirnya kami berdua makan-makan pula di McDonald kat Ampang (coz lepas pesta buku nak ke rumah mama & abah kejap)

Koleksi-koleksi buku-buku dan cenderahati dari pesta buku Kuala Lumpur. Itupun nasib baik dah bagi 4 buah buku yang diorder oleh adik kalau tak mesti masuk gambar ni juga. Hahaha...

Pesta buku 2010 yang bakal tiba...


Lagi 2 hari @ 53 jam lagi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur bakal bermula. Hati sudah dub-dab dub-dab... Hehehe...

Senarai buku untuk di'borong' sudah dibuat. Ongkosnya pun sudah dikeluarkan sikit. Tinggal tunggu nak menghulurkannya kat cashier booth aje. Dan Alhamdulillah, kali ni 3 buku baru saya ada di pesta buku berbanding tahun lepas hanya sebuah sahaja. Terima kasih ya Allah atas limpahan idea dalam menghasilkan buku-buku ini.
See you there...

Sesi di Popular

Alhamdulillah... Segalanya sudah selamat berlangsung semalam. Terima kasih atas kesudian mereka yang membeli novel-novel saya dan Dalili Sabri. Terima kasih juga buat petugas-petugas di Popular Seremban especially Mr. Kuan dan Mr. Ravi. Thanks a lot. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain kali.

Saya dah Dalili Sabri, penulis novel opie & kimmy serta gadis-gadis badut. Harap-harap jumpa lagi...

Novel kanak-kanak baru - Misteri Bunyi di Gunung Nuang

Alhamdulillah... Syukur sangat-sangat pada Allah kerana terbit juga novel adiwarna saya yang pertama dengan pihak Jemari Seni.

Novel ini punya kelainan yang tersendiri berbanding dengan novel Hadiah Puteri Elina dan juga Budak Salji. Berbulan juga saya mengambil masa untuk menyiapkannya (pada masa itu suami saya kena sakit belakang 'slip disc' & juga beberapa gangguan lain yg hanya saya shj yg tahu, hehehe...). Terima kasih Kak Su & warga Jemari Seni kerana merealisasikan manuskrip saya ini.
Thank you so much.

Di sini saya selitkan sinopsis Misteri Bunyi di Gunung Nuang. Selamat membaca semua.

Cuti sekolah kali ini, si kembar Zakuan dan Zafuan berangan-angan untuk mengikuti program perkhemahan pengakap ke Taman Negara. Namun, niat itu terhalang kerana ibu bapa mereka akan mengerjakan ibadat haji. Mereka terpaksa pulang ke rumah atuk dan opah. Untuk menghiburkan mereka, atuk merancang perkhemahan ke hutan Gunung Nuang disertai Shahriel dan Suzanna.

Bagaimanapun, tidak sampai sehari mereka di sana, Zafuan dan Suzanna telah terdengar suatu bunyi yang agak pelik. Mereka mula menyiasat bunyi misteri itu. Apa yang mereka temui sungguh mengejutkan mereka.

Mampukah mereka kembali ke khemah untuk memaklumkan apa yang sedang berlaku? Dapatkah mereka menghalang bunyi tersebut daripada terus mengganggu? Adakah mereka mampu mengalahkan bunyi tersebut? Ikutilah perkhemahan mereka ke Gunung Nuang. Perkhemahan yang benar-benar menduga kecekalan mereka.

Popular Book Fest

13 Mac ini, pertama kalinya saya dijemput untuk memeriahkan Popular Book Fest di Seremban. Dan pertama kalinya juga saya akan bertemu dengan peminat. Macam mana agaknya ya reaksi pada masa itu...? Hopefully everything going smoothly... Amin...

Untuk maklumat lanjut, layari saje laman web KD, http://www.karnadya.com.my

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...