Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Menu Siakap Tiga Rasa, kita buat ala macam kedai makan di rumah


Assalamualaikum & Salam Sejahtera. Siakap 3 rasa. Sesekali kita makan ikan pula. Kali ni kita cuba buat ala-ala makan kat kedai makan pulak. Hias lelawa skit. 

Bahan perapan ikan:
1 sudu besar lada sulah
1 sudu kecil garam
1 sudu besar tepung jagung
- perap ikan lebih kurang 10 minit. Kemudian goreng

Bahan kuah 3 rasa (tumis):
1 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
3 helai daun limau purut
2 inci halia dihiris
3 tangkai cili merah dipotong serong
5 tangkai cili padi dihiris
1 batang serai dihiris serong

Bahan lain untuk kuah:
1 ½ senduk cili kering kisar + bawang besar
1/4 cawan air
1 senduk sos cili
1 sb sos tiram
1/2 cawan air asam jawa

Penyediaan:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan yang untuk ditumis hingga naik bau. Kemudian, masukkan cili kisar. Kacau seketika & masukkan sedikit air. Biarkan ia hingga mendidih.
2. Masukkan pula sos cili, sos tiram & air asam. Gaul hingga mendidih. Kemudian perasa dengan gula & garam. Setelah siao, tuang kuah le atas ikan goreng siakap. Siap menu siakap tiga rasa untuk kita nikmati sekeluarga. 

Sayur Goreng Campur, campak-campak terus jadi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sayur goreng campur. Just put any vege that you like, dah siap. Tak perlu nak pening kepala nak spesifik sayur. Guna aje sayur yang ada. 

Bahan:
1/2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/4 cawan daging ayam dipotong kecil
1 batang lobak merah dipotong serong
1 jambak kecil brokoli dipotong
2 batang saderi dipotong serong
1/4 cili benggala kuning dihiris
3 sudu besar minyak zaitun
1/2 cawan air

Penyediaan:
1. Panaskan minyak & kemudian masukkan bawang besar & bawang putih. Kacau sebentar & masukkan ayam. Kacau & masak seketika.
2. Kemudian, masukkan lobak merah. Masukkan juga air. Kacau & biarkan ia hingga mendidih. Biarkan ia masak dalam 5 minit. 3. Masukkan pula brokoli & batang saderi. Kacau & masak sebentar. Masukkan pula cili benggala. Kacau & masak dalam 2-3 minit & kemudian masukkan garam secukup rasa. Kacau seketika & siap sayur goreng campur kita.

Home-made Chilli Flakes


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Dek kerana kami berdua suka pedas, makanya selalu habis chilli flakes dominos tu.
Apalagi, buat sendirilah lagi senang.

Beli cili kering yang jenis pedas, yang cantik lurus aje & bukan berkedut tau. Buang bijinya & masuk dalam mesin pengisar kering. Kisar & Siap.

Agar-agar Cendol


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. My 1st trial buat agar-agar cendol ni. Alhamdulillah menjadi. 

Kalau ikut saya, macam terkurang manis skit, tapi anak sedara & atuknya kata ok. Conclusionnya, mungkin kena tambah skit gula. Resipi ni saya dapat dari website kak Rima. Bila websitenya tulis dalam English, pelan-pelan saya terjemahkan bahan dan cara ke Bahasa Melayu. Baru belajar masak kan, jadi ambil masa nak faham.

Ini resipi agar-agar cendol yang dah saya tambahbaikkan.

Bahan:
Bahan Lapisan Gula Melaka/Anau:
130gm atau 1 ketul gula anau / gula melaka yang dipotong kecil
420 ml air
10 gram agar agar-agar
150 ml santan

Bahan Lapisan Cendol:
420 ml air
10 gram agar-agar
1/2 cawan gula pasir
150 ml santan
1/2 camca besar tepung jagung
1 cawan isi cendol, ditoskan
Secubit garam


Penyediaan:
Lapisan Gula Melaka:
1. Sediakan bekas untuk meletak agar-agar. Satukan semua bahan kecuali santan ke dalam periuk. Masak guna api sederhana & masak agar-agar & gula hingga larut. Tuangkan santan, kacau & masak hingga mendidih, kacau sentiasa. Matikan api, tapis agar-agar agar kurang skit hampas dari gula melaka & tuang ke dalam loyang/bekas.
Ketepikan untuk sejuk sebentar.

Lapisan Atas:
1. Satukan semua bahan dalam periuk kecuali santan, tepung jagung & cendol. Kacau & masak sehingga semuanya melarut. Satukan santan & tepung jagung. Kacau. Kemudian, masukkan bancuhan santan tepung tadi ke dalam periuk &perlahankan api. Kacau & masak hingga mendidih. Tutup api & tapis. Biarkan sebentar untuk sedikit sejuk & selepas itu masukkan cendol, kacau.
2. Cakar sedikit permukaan agar-agar gula melaka tadi agar lapisan akan bercantum apabila dituang bahagian cendol.
3. Perlahan-lahan tuang adunan agar-agar cendol ke atasnya sehingga selesai. Biarkan seketika untuk sejuk & kemudian letakkan dalam peti ais sekurangnya 2 jam. Siap untuk dinikmati agar-agar cendol ini.

Simple Chicken Burger @ Mudahnya Buat Burger Ayam


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Bila Encik Rudy teringin nak masak chicken burger sabtu lepas, kita biarkan aje. Resipi ni dia ambil dari cook book yang ajar simple dish. Buku yang bagus untuk orang yang baru belajar nak rajinkan diri ke dapur dan memasak. 

Bahan:
2 keping boneless chicken kerat 2 bahagian (jika saiz besar)
4 roti burger
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada hitam
4 biji telur
1 sudu besar minyak zaitun & 1 sudu besar mentega (untuk masak dagingnya
Mayonis & sos ikut suka

Penyediaan:
1. Salut daging ayam dengan garam & lada hitam. Ketepikan.
2. Panaskan pan leper & masukkan minyak zaitun & mentega. Setelah mencair, masak ayam hingga kekuningan. Cucuk2 sedikit agar isi ayam masak sekata. Setelah masak ketepikan. Goreng pula telur sebiji demi sebiji. Ketepikan.
3. Potong 2 roti burger & salut mentega di tengahnya & kemudian bakar atas pan. Bakar hingga sedikit garing. Angkat & ketepikan. Tutup api.
4. Sapukan mayonis pada roti & kemudian letakkan daging ayam & telur. Letakkan sos pilihan. Tangkup dengan roti burger & siap chicken burger kita yang home-made.

Kopi Vietnam dengan aiskrim vanila dan milo


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Kalau minuman pepelik ni, memang hubby yang buat. Tetiba pagi ni terasa nak minum kopi Vietnam yang sedap tu & request dengan dia. Dan penyudahnya, dia tiru skit gaya barista Thailand yang letak aiskrim dalam susu & kemudian perlahan-lahan tuang kopi yang panas atasnya (tq kak @bisousatoi utk video yg share).

Alhamdulillah sedap.
If nak sejuk, just add on 2-3 ais kiub.

Bahan:
2 sudu besar serbuk kopi Vietnam (jenis bertapis ya)
1/2 cawan air panas (utk kopi)
1/2 cawan susu segar
1 sudu kecil ekstrak vanila / serbuk vanila
2 skop aiskrim vanila
Secubit milo / serbuk koko
Ais kiub (jika suka)

Penyediaan:
1. Bancuh kopi Vietnam guna penapis kopi Vietnam yang original. Jika tiada, guna mesin kopi pun boleh.
2. Masukkan susu dalam gelas. Letakkan ekstrak vanila & kacau sedikit. Masukkan aiskrim & kemudian tuang kopi panas perlahan-lahan di atas aiskrim. Kemudian, taburkan sedikit milo / serbuk koko. Siap kopi Vietnam versi Rudy.

Spaghetti Aglio Olio Ayam Salai dengan Pepperoni.


Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Resipi spaghetti aglio olio ayam salai ni mudah tapi sedikit renyah namun berbaloi apabila makan. Bukan renyah sebab apa, pepperoni tu nak kena goreng dahulu manakala ayam pula kena panggang atas kuali dengan minyak+butter sedikit. Kat situ aje dah ambil masa skit dekat 1/2 jam. Tapi kalau korang sabar, buat aje. Bila makan nanti baru tau kesedapan rasanya. 

Ini resipi spaghetti aglio olio ayam salai dan pepperoni. 

Bahan Ayam Salai:
2 keping dada ayam
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil lada hitam
1/2 sudu kecil garam
Sedikit mentega + minyak zaitun untuk salai

Penyediaan:
Gaul semua bahan pada ayam. Panaskan kuali leper & masukkan mentega+garam. Setelah panas, salai ayam dalam kuali sehingga kedua2 bahagian masak. Ketepikan.


Bahan spaghetti:
1/2 pek spaghetti yang siap direbus
1 biji bawang besar dihiris
4 ulas bawang putih dihiris
4 tangkai cili kering digunting kasar
1/2 cawan air
1 tangkai cili merah disalai & dihiris
Hirisan ayam salai
1/2 cawan pepperoni dipotong 3 setiap keping
1 sudu kecil oregano
1 sudu besar chilli flakes
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil garam
Minyak zaitun untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Panaskan kuali & masukkan minyak zaitun. Setelah panas, masukkan bawang besar dahulu. Goreng sebentar & kemudian masukkan bawang putih & cili kering. Goreng hingga sedikit garing & kemudian masukkan air. Gaul sebentar hingga air mendidih.
2. Masukkan spaghetti. Gaul sebentar & masukkan cili merah, ayam & pepperoni. Gaul.
3. Masukkan pula oregano, lada hitam, chilli flakes & garam. Gaul hingga mesra. Jika kelihatan kering, tambahkan sedikit air. Kacau sebentar & tutup api. Siap untuk dihidang spaghetti aglio olio ayam salai dan pepperoni.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...