Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
Moga Allah merahmati rohnya di sana
Assalammualaikum.
Dari DIA kita datang, kepada DIA juga kita akan kembali.
My beloved mak ngah @ Hasnah Mahmud telah selamat kembali ke rahmahtullah pada Jumaat lalu jam 12.10 pagi.
Tiada kata yang sesuai dapat diungkapkan betapa saya sayang dan rindukan dia. Dia pengganti mama bila mama pergi ke Mekah dahulu, ibu saudara yang memahami dan sentiasa murah dengan senyuman dan ketawa. Dia antara orang yang sering menyarankan saya membaca buku pelbagai penulis dan genre. We just sharing the same interest. Yes, we both love reading.
Mendengar cerita dari anaknya tentang arwah di saat akhir kematiannya sehinggalah di kebumikan, rasanya dia diberi oleh Allah husnul khatimah @ kesudahan yang baik. Moga Allah membantunya menjalani urusan hitungan di alam sana.
Ampunkan dosa-dosa mak ngah ya Allah...
Resipi Butter Chicken khas untuk ahli keluarga yang tak berapa makan makanan laut.
Bila nampak gambar lauk dan resipinya ditepek kat dalam facebook & hari ni pula memang saya kena masak di dapur untuk makcik-makcik kenit yang balik sekolah nanti, makanya saya cubalah resipi butter chicken ni. Resipinya lebih kurang dengan butter prawn cuba kali ni versi ayam dan berkuah.
Bahan-bahan:
1. Ayam dalam 10 ketul (potong ikut suka)
2. 1 sudu besar serbuk kari
3. 3-4 inci kunyit hidup yang ditumbuk lumat / 1 sudu besar serbuk jintan putih (dek kerana takde kunyit kat rumah ni, saya guna jintanlah)
4. 2 sudu besar tepung jagung
5. 1 sudu kecil garam
6. 4-5 sudu besar butter @ mentega
7. 1/2 biji bawang besar dihiris halus
8. 3 tangkai daun kari
9. 6-7 biji cili padi dihiris nipis (kalau nak pedas, tambahlah ikut suka).
10. 1/2 tin susu cair / 1/2 kotak susu full cream (susu cair takde, saya ganti dengan susu full cream)
11. 1 sudu besar susu pekat
12. Gula & garam secukup rasa
Penyediaan:
1. Perap ayam dengan serbuk kari, kunyit / jintan, tepung jagung & garam. Perap dalam 2-3 jam.
2. Goreng ayam macam biasa. Jangan terlalu garing sangat. Sedang-sedang gitu.
3. Dalam kuali lain, masukkan butter bila kuali panas.
4. Bila butter cair, masukkan bawang dan goreng sedikit garing. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
5. Bila dah naik bau, masukkan susu cair / susu biasa serta susu pekat. Jika rasa nak kuah lebih, tambahkan aje susu cair / susu full cream tu ya.
6. Bila dah mendidih sedikit, masukkan pula ayam yang sudah digoreng tadi. Tarukkan juga garam dan sedikit gula secukup rasa. Tapi rasanya garam tu kena lebih sikit sebab susu yang banyak akan membuatkan ia tawar.
7. Biarkan api sederhana perlahan dan kacau. Bila dah mendidih dan ayam sedikit lembut dan rasa pun ada umph!, bolehlah ditutupkan api dapurnya dan dihidangkan...
Nampak bahannya macam banyak tapi ia semua mudah diperolehi dan memang senang & sedap. Cubalah resipi butter chicken ni. InsyaAllah tak mengecewakan.
Happy cooking...
Berdoa kerana kebaikannya
Assalammualaikum...
Subhanallah, Allahu Akbar... Dia Tuhan Semesta Alam dan hanya padaNYA tempat memohon kasih dan rahmat serta belas kasihan.
Kesihatan tubuh badan adalah rezeki dan nikmat tidak ternilai dari Allah. Kita akan amat menghargainya apabila kita berada dalam kondisi tidak sihat, sakit atau demam. Masa itu, barulah kita rasa, "Ya Allah, seronoknya masa sihat dahulu. Bila sakit ini, terasa yang diri ini amat lemah sangat."
Tapi, dalam pada masa yang sama, jangan dilupa bahawa kesakitan, demam atau rasa diri tidak sihat adalah salah satu tanda Allah sayangkan kita juga. Dia mahu dengar hambaNYA meminta dan berharap hanya padanya.
Semalam, makcik saya yang saya panggil mak ngah, sedang bergelut dengan kesakitan akibat sakit di dalam badannya. Doktor menyatakan yang pankreasnya ada masalah. Dan sejak petang semalam sehingga saat entri ini ditulis, dia masih di dalam wad ICU. Doktor terpaksa tidak sedarkan dia atau erti kata mudah, komakan dia sebentar. Ini kerana dia mahu mak ngah berehat dan tidak risau akan kesihatan yang sedang ditanggungnya.
Allahu Akbar, bila dengar beritanya semalam dari mama saya, Allah sahaja yang tahu perasaan ini. Saya sayangkan dia macam saya sayangkan mama saya. Dia seorang ibu saudara yang amat baik. Dari kecil sehingga dewasa saya banyak melihat kebaikannya. Saya dan anak ketiganya sebaya maka hubungan kami amat rapat. Bila mama dan abah saya mengerjakan haji sewaktu saya di tingkatan 3, adakala dia menjaga kami dan kami tinggal di rumahnya sebentar. Adakala waktunya juga, mama dan abah izinkan saya dan adik lelaki saya tinggal di rumahnya untuk beberapa hari bila cuti sekolah bermula. Dia bawa kami dua beradik dan anak-anaknya berjalan, buatkan kami pakaian, masakkan kami masakan yang sedap dan yang paling penting, dia layan kami dengan baik dan jarang meninggikan suara.
Ya Allah, hati saya sangat sedih kala ini. Bukan saya sahaja tetapi adik lelaki saya juga. Dia sanggup turun dari Bota malam tadi dan tiba di KL jam 1.30 pagi semata-mata hendak menziarahinya tengahari tadi. Kami berdua amat sayangkan dia.
Ya Allah, saya semakin sebak dan menangis bila tadi saya temankan pakcik saya yang OKU bertemu dengan kakaknya. Bila saya minta pakcik saya doakan untuk mak ngah, dia angkat tangan sedikit dan dia genggam tangannya dan terus dia menangis. Menangis, barangkali kasihan melihat keadaan kakaknya yang terbaring tidak sedarkan diri. Menangis kerana teringat akan kebaikan kakaknya yang sentiasa menjaga kebajikannya sehingga sekarang.
Ya Allah, saya memohon agar mak ngah diberikan kesihatan yang baik untuk jangkamasa yang telah ditentukan untuknya. Jika Allah mengambil haknya kembali, saya pohon agar dia ditempatkan di kalangan hambaNYA yang dirahmati, disayangi dan diredhai... Rina sayang mak ngah...
Bergedil, masakan kentang kegemaran kami sekeluarga.
Assalammualaikum. Bergedil. Rasanya semua orang yang dok Malaysia atau orang Melayu amnya memang kenal dengan makanan ni. Ia sedap dimakan begitu sahaja tapi lebih sedap lagi jika dimakan dengan bihun sup bersama dengan cili padi kicap. Pergh! Memang sodap sangat sampaikan ayah mertua saya dan suami memang suka bergedil ni ada jika ada bersama bihun sup.
Jom saya kongsikan resipi memasak bergedil. InsyaAllah anda puas hati bila memasaknya. Saya bukannya apa, sekarang ni masih lagi ada rasa terkilan dengan senaskhah buku masakan yang suami beli. Boleh pula 2 resipi berbeza yang dicuba dalam buku tu tak menjadi. Macam ada tertinggal step atau memang dia tak nak kasi kita buat betul. Entahlah...
Biarkanlah buku tersebut, penulisnya dan penerbitnya terjun dengan labu-labunya. Jangan kita join sekali udahlah.
Bahan-bahan:
1. 2 kg kentang
2. 300 gm daging cincang
3. 3-5 batang daun sup & daun bawang
4. 2 biji telur
5. Minyak masak
6. Garam
Penyediaan:
1. Buang kulit semua kentang. Pastikan bila kulit dah dibuang, rendamkannya dalam bekas berisi air. Ini bagi memastikan warnanya tidak berubah.
2. Setelah buang semua kulit dan rendam, potong kentang sederhana nipis tapi lebih teballah dari kentang Mr Potato tu. Ini bagi memastikan bila anda menggoreng, ia cepat sedikit masak berbanding jika dipotong empat aje. Rendam balik kentang yang dipotong tu ke dalam air tau.
3. Panaskan minyak masak untuk menggoreng. Sebaik panas, masukkan kentang untuk menggoreng. Jangan penuh sangat dalam kuali tu. Kang payah pulak nak terbalik-balik kan kentang tu. Free aje terkena minyak panas.
4. Sementara tunggu kentang masak, hiris daun bawang dan daun sup tu. Asingkan seketika.
5. Setelah semua kentang siap digoreng (jangan garing sangat tau, sedang-sedang gitu. Janji kentangnya lembut), masukkan dalam bekas kentang goreng tadi daging cincang, hirisan daun sup & daun bawang serta sedikit garam. Gaul bagi mesra sikit agar garam dan daun tu bercampur dengan kentang dan daging.
6. Kaut sedikit campuran kentang dengan bahan-bahan tadi dan letak dalam lesung batu. Tumbuk sehingga kentang lumat. Kalau tak lumat, nanti masa nak kepal dan goreng, confirm tercabut semua tu dalam kuali. Tumbuk semua tu sehingga selesai ya.
7. Bila dah selesai, ambil sedikit kentang yang lumat itu dan kepal-kepalkannya. Tang ni, ikut suka anda sama ada nak kecil saiznya atau besar. Kami suka sederhana besar. Contohnya macam dalam gambar di bawah.
8. Bila dah siap kepal semua kentang tu, panaskan minyak balik.
9. Sementara tunggu minyak panas, pecahkan 2 biji telur dalam sebuah mangkuk. Kacau telur tersebut sehingga kembang.
10. Bila minyak sudah panas, ambil seketul bergedil dan salutkan dengan telur tadi. Kemudian, masukkan ke dalam minyak panas tadi. Teruskan menggoreng bergedil yang seterusnya macam biasa.
11. Setelah masak, toskan atas kertas tisu atau apa aje agar minyak tersejat. Lepas tu, apa lagi, kita makan lah...
Tip yang paling penting, pastikan menggoreng dalam minyak yang panas tau, bukan suam-suam kuku gitu. Kalau tidak bergedil akan jadi lembik, berminyak dan mudah berderai bila diterbalikkan atau diangkat.
Happy cooking
Al-Quran Al-Karim Amazing yang memang Amazing
Assalammualaikum.
Alhamdulillah, Allah berikan saya peluang lagi untuk kongsikan sesuatu yang amat bagus di blog ini.
Kali ini saya nak kongsikan senaskhah al-quran terbitan Karangkraf yang memang amat bagus bagi pandangan saya yang biasa-biasa ini. Memang amazing al-Quran al-Karim Amazing ini.
Saya ada membaca post di FB tentang al-quran ini. Seorang staf Karangkraf juga ada promotekan al-quran ini pada saya. Saya ada juga lihat isinya gitu-gitu aje sebelum ini di ofis pengedar. Pada awalnya saya tak berapa endahkan sebab saya & hubby sudah memiliki al-quran yang mempunyai terjemahan, tajwid, asbabun nuzul dan beberapa lagi kelebihan. Sayang pula hendak menukarkan al-quran lama yang sudah biasa dibaca dan diingati tanda tajwidnya.
Pada suatu hari, makcik saya menempah al-quran ini dengan saya. Seorang pelanggan saya juga menempah al-quran ini. Entah bagaimana, hati saya tergerak untuk mendapatkan naskhah al-quran ini juga. Dan, bila saya buka plastik pembalutnya dan belek-belek dengan rasa hati yang sedikit nervous, tiba-tiba rasa keterujaan wujud. Makin dibelek, makin rasa teruja. Wah... seronoknya al-quran ni. Tak pernah saya rasa seronok berganda bila membacanya. Saya bukan sahaja dapat membaca terjemahan al-quran berserta dengan hukum tajwidnya, tetapi macam-macam lagi ilmu yang saya perolehi dengan al-quran.
Jom saya kongsikan 33 Panduan dalam al-quran ini buat anda semua. Moga ada boleh mendapatkan naskhah ini walaupun satu untuk sebuah keluarga.

- Terjemahan Tafsiriyah
- Penunjukkan Ayat Perbahasan
- Tajwid Praktis Metode Warna
- Panduan Hukum Tajwid
- Kaedah-kaedah Tajwid
- Terjemahan Bahasa Melayu
- Mu'jam
- Tafsir Jalalain
- 7 Klasifikasi Utama Al-Quran
- Tafsir at-Tabari
- Tafsir Ibnu Katsir
- Riyadhus Salihin
- Hadis Al-Arba'in An-Nawawi
- Syamail Muhammadiyah
- Hadis Nabawi
- Hadis Qudsi
- Medical Hadis
- Tazkiyatun Nafs
- Tibbun Nabawi
- Asmaul Husna
- Doa-doa Asmaul Husna
- Tuntunan Doa
- Sirah Nabawi
- Asbabun Nuzul
- Kisah Nabi & Rasul
- Nasihat & Pengajaran
- Kajian Arkeologi & Sejarah Islam
- Zikir Al-Ma'surat
- Doa Seharian
- Tajwid Super Praktis Khas QRQ
- Indeks
- Tutorial Praktis Umrah dan Haji
- Tutorial Ibadah, Solat & Mua'malah Praktis Seharian
Banyakkan kelebihannya. Teruja betul saya bila melihatnya. Kiranya dalam 1 kitab, kita boleh rujuk macam-macam. Mungkin tidak detail tapi sekurang-kurangnya kita ditambahi ilmu tentang ayat al-quran yang diturunkan pada kita ini. Moga kita semua dan ahli keluarga kita diberikan kemudahan oleh Allah untuk mempelajari, mengamalkannya dan berkongsi ilmu yang ada ini dengan orang lain. Moga Allah merahmati mereka yang merealisasikan cetakan al-quran ini dan juga para ilmuwan yang menunrunkan ilmunya kepada kita, umat akhir zaman.
Meh saya kongsikan antara isi dalam al-quran ini.
Jangan memandang yang muda itu tiada apa
Assalammualaikum semua...
Pagi ini saya nak kongsikan 1 kisah menarik tentang seorang lelaki muda yang pada pandangan umum atau orang yang lebih tua, tidak ada apa-apa atau ilmunya hanya sedikit sahaja berbanding orang yang umurnya lebih berusia (harus hapuskan pemikiran seperti ini kerana setiap orang ada kelebihan yang Allah berikan berbanding yang lain).
Allah mengurniakan Yahya bin Akstam al-Tamimi (w. 242H) fikiran yang cerdas pada usia mudanya. Beliau seorang remaja yang sangat cerdas melebihi ramai orang yang lebih tua daripadanya.
Imam adz-Dzahabi dalam Siyar A'lam an-Nubala' mengiktiraf beliausebagai pakar fiqah yang telah mencapai darjat Mujtahid. Kerana keilmuannya, Khalifah al-Makmum melantik Yahya bin Akstam menjadi Hakim Agama (Qadi) bagi kota Baghdad, ibu kota kerajaan Abbasiyah. Padahal usia beliau pada saat itu tidak lebih daripada 21 tahun. Semua wazir (menteri) kerajaan sering kali meminta nasihat sebelum melakukan sesuatu apa pun.
Suatu hari, seseorang berniat merendah-rendahkan Yahya kerana usianya. Manusia seperti ini selalu ada setiap masa. Ia tidak menilai orang kerana ilmunya akan tetapi kerana umurnya.
Di hadapan orang ramai, orang ini bertanya kepada Yahya, "Berapakah usia Tuan Hakim?"
Yahya bin Akstam sedar apa yang berada di sebalik soalan ini. Beliau menjawab, "Usiaku lebih tua daripada 'Attab bin Asid apabila Rasulullah s.a.w. melantiknya menjadi penguasa di Mekah. Usiaku lebih tua daripada Muadz bin Jabal apabila Rasulullah s.a.w. melantiknya menjadi qadi di Yaman. Dan usiaku lebih tua daripada Kaab bin Siwar apabila Umar al-Khattab mengangkatnya menjadi qadi di Basrah."
Jawapan ini membuat lelaki tersebut terbungkam.
Moral of the story untuk kisah ini, cuba belajar untuk tidak memandang rendah pada sesiapa pun hatta kanak-kanak kecil. Ini kerana ada ilmu yang mereka miliki tetapi tidak ada pada kita. Contoh lain juga boleh dilihat melalui pengkhususan kursus di universiti atau kolej atau maktab. Kenapa kita hanya pandai dalam bidang komputer tetapi tidak seni lukis atau pemasaran? Itu menunjukkan bahawa setiap orang memiliki ilmu yang sesuai untuk dirinya dan dimanfaatkan kepada orang lain. Maka, di sini akan berlakulah perkongsian ilmu dan tolong-menolong antara setiap insan dalam meneruskan kelangsungan hidup di dunia dan di akhirat.
Rujukan: Umar Muhammad Noor. 2014. Ikon Syabab. Telaga Biru Sdn Bhd. Kuala Lumpur.

Charity Shoppe Islamic Relief yang menarik
Assalammualaikum...
Sebenarnya saya dan hubby pada asalnya ingat nak berjalan di Alamanda untuk beli seluar jeans kami berdua. Dah agak uzur le katakan, sebelum koyak teruk, perlu dibeli awal-awal. Hehehe...
Dan entah macam mana, masa kami di rumah, kami terlihat sebuah rancangan Jepun Before and After yang disiarkan di channel 728. Sebuah rumah lama yang didiami oleh seorang makcik dengan seorang anak perempuan dan menantunya. Rumah Jepunkan kecil-kecil dan ini membuatkan ruang nampak sempit dengan banyak barang tidak tahu hendak letak di mana. Maka, rancangan tersebut telah membantu renovate rumah makcik tersebut. Seorang tukang kayu yang amat mahir telah mengubah rumah makcik tersebut dengan sungguh cantik dan kemas sekali sehinggakan makcik tersebut menangis.
Keprihatinan tukang kayu tersebut (dan mungkin juga para pekerjanya) telah membuat saya dan hubby terdetik untuk membantu juga seperti lelaki tersebut. Membantu dengan apa yang kita ada dan mahir. Itu yang kami terus teringat yang hubby memang ada sebut hendak menderma di Islamic Relief (bila 2 bulan lepas kami ke sana sebab ada hal sedikit di hospital An-Nur). Dek kerana memang hari ni kami nak keluar, kami rancang nak ke sana dahulu barulah cari seluar jeans.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan baik encik hubby hari ini. Bila masuk aje ke Charity Shoppe Islamic Relief kami agak surprise bila lihat keadaan dalamnya. Eh, banyaknya barang? Untuk dijual atau barang yang orang derma? Saya memang ada sedikit info tentang Charity Shoppe ini tapi once dah masuk dalam, cam kagum jap. Udahnya, hubby le yang bercakap dengan staf di situ. Saya dengar-dengar kejap dan dah dapat info sikit terus lepas tu merayap tengok barang dalam tu.
Anda boleh shopping barang terpakai di situ dengan harga yang amat murah yang didermakan oleh penderma dari pelbagai golongan dan bangsa. Apa yang dimaksudkan dengan pelbagai golongan dan bangsa? Konsep Charity Shoppe ini adalah menjual barangan terpakai dengan harga rendah dari harga semasa dan berpatutan untuk tujuan kebajikan. Kesemua barangan yang dijual di sini adalah sumbangan sepenuhnya dari orang ramai tidak mengira bangsa dan agama. Ini kerana ia sejajar denganhala tuju Islamic Relief (IR) dan IRM yang mahu mewujudkan dunia yang prihatin di mana insan akan membantu insan yang lain tanpa prejudis (yang ni saya ambil di FB Charity Shoppe ya. Kang salah info pulak).
Meh saya kongsikan antara barang yang ada di kedai ini yang boleh anda dapatkan dengan harga murah.
Antara barangan yang boleh anda sumbangkan di sini adalah seperti pakaian, pelbagai jenis beg, peralatan dapur, peralatan elektrik, permainan kanak-kanak, buku dan majalah, malahan aksesori wanita dan lelaki.
Lain-lain tarikan Charity Shoppe adalah kafe makanan ringan sebagai kemudahan untuk pengunjung yang ingin beli-belah secara santai dan sudut membaca yang disediakan untuk anak-anak kecil yang ingin menikmati bahan bacaan ringan di sini.
Ini alamatnya jika ada antara anda yang ingin menderma duit ataupun barangan ataupun berminat untuk menjadi sukarelawan.
Charity Shoppe
Islamic Relief Center
A-05-G, Paragon Point,
Jalan Medan PB5, Seksyen 9,
Pusat bandar,
43650, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Waktu beroperasi:
Selasa - Sabtu: 11:00am - 7:00pm
Ahad - Isnin & Cuti Umum: TUTUP

Langgan:
Catatan (Atom)