Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Hubby n the geng main paintball

Exactly dah 2 minggu aktiviti ni berlangsung cuma saya yang 'kekurangan mood' untuk mengupdatenya. :)

Hubby ada gak pelawa main paintball ni. Tapi memikirkan saya tak reti main + boleh ke saya main pakai cermin mata, maka saya jadi pom pom girl n camera woman ajelah hari tu. Saya ajak gak adik bongsu saya ngikut. Saje je nak soh dia try kamera baru yang baru dibeli seminggu lalu. Lagipun bila dah kengkawan hubby saya main, dah tentunya dia orang pegang pistol bukannya kamera. Dan, pada hari itu juga, mulalah kerjaya adik saya sebagai camera woman (slps dpt tunjuk ajar dari member hubby).

Kami main kat Kg Sg. Pusu, Gombak. Masa mula-mula sampai, dah ada team lain sedang di'brief' oleh tuan empunya tempat paintball. So, kita orang lepak2lah kat pondok kosong yg maish ada. Sambil menunggu-nunggu team lain main, apalagi aktiviti berborak dan mengambil gambar sudah semestinya berlangsung. So, layannn....

Geng hubby... Dah macam tugu negara aje cuma bendera tarak... :P

Khusyuk mendengar 'amanat' yang disampaikan. Tapi, lawak terselit jugak time QA season berlangsung... hehehe...

My sister yang menjadi camera woman tak bertauliah hari tu. Nasib ada ilmu sikit diperturunkan oleh kawan hubby kat dia sebelum 'berperang'

Perang 'bola cat' bermula...

Sesi 'perang' ketiga. Kali ni depa nak berperang dalam hutan pulak tapi saya tak ngikut. Coz, kueh teow goreng saya dah sampai. Makan time. Tata...

Punyalah teruja depa main sampai semua orang bawak balik 'cenderhati' kat badan masing-masing. Hubby saya paling best 'cenderahatinya'. Dah lah pakai t-shirt pendek, for sure bawak balik kenangan paling best. Melecet dan bertanda besar tangannya. Kat badan jangan ceritalah, dah macam kena chicken pork versi bulat-bulat besar. Hehehe...

Anyway, everybody seems happy. Depa dan merancang nak main lagi bulan 11 ni. Huh! Entah berapa lianglah dia bawak balik kali ni. Me n my sister dah berkobar2 teringin nak join gak. Kihkihkih... Wish everything menjadi...

Mati syarat bertemu Allah

Kali ni saya nak kongsi artikel dari Solusi Isu ke 23. Kenapa perlu kita berasa takut untuk mati padahal itulah saat kita akan bertemu dengan pencipta kita yang sentiasa disembah dan dipuja lima kali sehari.


Imam al-Qurtubi menerusi satu kisah yang diriwayatkan oleh Abu Nu'aim dalam kitabnya al-Hilyat menyatakan:

Ketika Nabi Ibrahim a.s. didatangi Izrail untuk mencabut nyawanya, berkata Ibrahim kepadanya: "Wahai Izrail, pernahkah seorang kekasih mencabut nyawa kekasihnya sendiri?"

Lalu Izrail memberitakan pertanyaan Ibrahim ini kepada Allah s.w.t. Maka Allah s.w.t. memerintahkan Izrail menyampaikan jawapannya kepada Ibrahim sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: "Wahai Ibrahim. Apakah kamu pernah melihat seorang kekasih yang tidak gembira untuk bertemu dengan kekasihnya sendiri?"

Apabila Ibrahim mendengar jawapan Allah menerusi Izrail, berkata Ibrahim: "Wahai Izrail, cabutlah nyawaku saat ini juga."

Inilah kesempurnaan mahabbah hamba terhadap Rabnya. Ia pasti terhasil apabila sifat kehambaan itu dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan yang singkat ini. Wallahu'alam.

you're beautiful / you're handsome drama



Give credit to my sister. Dah lama betul tak tengok drama korea dan jepun. Entah macam mana, time saya di rumah mama saya di Ampang (lepas settle hal pecah rumah tu), saya layan vcd drama yang saya nampak bawah meja. Mula-mula saya layan cerita jepun, Change. Drama berkisar tentang seorang guru muda berjaya menjadi Perdana Menteri Jepun dan mengubah cara pemerintahan yang ada. Walaupun orang rasa cerita ni boring (my sister kate cerita ni slow), tapi saya puas hati. Memang sepatutnya kita bertindak seperti karektor di dalam drama tu. Bersemangat, mahu berusaha, tidak mudah mengalah, sanggup berubah dan yang penting sekali positif.

Settle aje cerita Change, my sister bagi drama korea pulak. Dia kata cerita ni best. Try lah tengok.

Dan keputusannya saya suka drama ni. Walaupun hubby saya kata watak-watak lelaki dalam drama ni macam pondan (mana taknya, make-up tebal gila + budak2nya muda lagi), tapi saya layannn... Lagu-lagu untuk OST ni memang sedap-sedap di dengar specially As Ever/Still (lagu tema yg dinyanyikan olh kumpulan Lee Hong Ki tu), Promise dan Without Word. Lirik lagunya yang turut diterjemahkan membuatkan saya kekadang touching. Hahaha... But really, memang sedap liriknya bila dah ditranslate.

Kira lepas cerita Winter Sonata dulu dan All About Eve, ni lah cerita yang saya suka kemudiannya. So, siapa-siapa yang berminat dan nak layan cerita yang sweet, try tengok cerita ni. Memang comel, lagi-lagi keraktornya yang sentiasa berubah rambut dan baju. Nak dengar & tgk video lagu-lagu dalam cerita ni, boleh 'dengar-dengar' kat pilihan lagu saya ni bawah. Happy watching and listening...

Rumah dimasuki pencuri

27 September 2010

Tengah saya sibuk men'delete' gambar2 lama dalam kamera, tiba-tiba sister in law saya telefon. Ingatkan dia nak beli buku, rupa-rupanya ada berita buruk yang disampaikan.

"Long, along dah dengar cerita?"
"Cerita apa?" Musykil jap saya.
"Rumah mama kena masuk pencuri."
"Hah! Bila?"
"Baru aje tadi. Time mama balik baru mama tau."
"Mana tau?"
"Tadi mama call abah. Tu yang tau."

Exactly, adik saya n wife dia n my sister kerja dengan abah saya. Tu yang mereka tau lebih dulu berbanding saya. Saya apalagi call lah mama saya lepas tu. Mula-mula call dia tak angkat. After 5 minutes baru dia return call saya balik. Rupa-rupanya mama saya ada kat balai polis. Tengah buat report polis. FUH! Nasib baik dia tak apa-apa. Dia pun story le sikit-sikit apa yang berlaku sebelum pak polis datang ambil statement.

After my mum call, terus call hubby pulak. Dia pun terkejut. So, we decide balik lepas isyak (tunggu dia balik kerja n saya kemas beg). Inform mak n bapak mertua. Depa pun surprise.

After solat isyak n hubby selesai mandi, terus kami rush balik Ampang. Sampai aje depan rumah, kami nampak kereta polis. Ada la jugak 3 4 orang anak-anak bujang depan rumah (mak abah depa kat dalam rumah). Sampai depan pintu aje, nampak pak polis. Sorang sedikit berumur n sorang agak muda. Mula-mula hangin jugak apesallah polis ni datang lambat nak ambik statement and gambar tapi rupa-rupanya, dari tengah hari ade dekat 3 4 bijik rumah kene pecah masuk kat area Ampang. Wah! dah macam pesta pecah masuk rumah pulak rasanya.

Antara gambar bilik-bilik kami yang 'selamat' dipecah masuk diambil oleh hubby saya (adik saya di kampung lah yg beria2 suruh amik gambar).

Bilik saya dan bilik adik lelaki saya yang selamat digeledah. Lepas mengemas, satu aje harta saya yang dirembat. Kamera lama saya yang guna kodak dulu. Nasib baik takde benda berharga sangat yang ada dalam bilik kami.

Ni pulak bilik mama n adik perempuan saya. Paling teruk digeledah bilik my sisterlah coz banyak sangat baju dan beg. Tapi laptop adik saya tak pulak dirembatnya. Maybe benda tu dalam beg yang agak kusam dan ber'button2'. Bilik my mum jangan ceritalah, 'selamat' segala barang kemas dan perhiasan dia.

Bengang memang lah bengang dengan penyanyak tu. Tapi, benda dah jadi nak buat macam mana dan nasib baik my mum n sis selamat. Harap-harap lepas ni tiada lagi perkara ni berlaku. Anyway, thanks to my neighbours sebab tolong my mum time kami tak ada.

Sambutan Aidilfitri 2010 bersama keluarga di Ampang dan Pahang

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA...

Sedar tak sedar, dah seminggu hari raya kita semua sambut. Dan baru hari ni baru saya dapat mencoret kembali blog saya yang dh seminggu tak bersentuh ni (raya terlebih + anak2 sedara pinjam utk buat kerja sekolah mereka).

Alhamdulillah, sambutan raya kali ni bersama keluarga saya boleh dikatakan meriah. Manakan tidak, inilah kali pertama kami semua dapat berkumpul di pagi raya (kalau saya beraya di Ampang, adik saya akan beraya di rumah mertuanya. Ikut turnlah katakan) dan juga bersama ahli keluarga baru. Lepas aje aktiviti solat Aidilfitri, apa lagi mulalah aktiviti bergambar bersama keluarga, bersalam-salaman, meminta maaf, makan ketupat, rendang, nasi impit dan kemudiannya balik kampung mama di Bentong.

Sampai di kampung, kami serbu rumah Mok De saya (kakak kpd mama saya). Ya, aktiviti mengeratkan silaturahim dan makan pun berlanjutan. Lebih kurang sejam kami di sana, family Mak Ngah saya pulak sampai dari Cheras. Makin hebat suara-suara yang berkumandang kat dalam rumah tu. Masing-masing tak cukup mulut berborak, menyakat dan mengusik. Tu belum lagi bab mengunyap, lagi hebat, hehehe...

Sebaik sahaja abah, hubby n family Pok De yang lelaki balik dari solat Jumaat, family Pak Itam saya pulak join. Apa lagi, makin crowded lah rumah Mok De saya. Nasib le hall di tu batu, kot lah kalau papan macam kat tingkat atas, mau roboh rasernyer. Dah jadi kes lain pulak di hari raya. :)
Antara family belah mama saya. ni baru suku ya. Ramai lagi yang tak join dalam gambar ni...

Settle aje berhari raya di sana, saya n family with family mak ngah saya ke rumah sepupu saya pula. Ingatkan nak berhari raya n tumpang solat aje tapi rupanya lepas tu, ada aktiviti lain pulak. Husband sepupu saya jamu kami dengan DURIAN. Amik kau, dah sebulan puasa tak menjamah buah tu, habis semua peminat-peminat durian bulat mata dan tersenyum lebar memandangnya. Dari seulas dua menjamah jadi berulas-ulas lepas tu. Adik saya yang tak boleh bau durian terus buat larian merdeka ke ruang tamu. Nak muntah katanya. Rugi-rugi... Anyway, thanks Mas n Shah for the marvelous durian.

Mengadap raja buah di hari raya. Marvelous marvelous...

Settle aje ke rumah sepupu saya, kami ke rumah mak long saya di Gombak. Sampai di sana, makan pun dah tak larat but still jamah mihun sedap yang dah dimasak mak long. Ni semua gara-gara semuanya kekenyangan durian dan nasi tomato mama saya.

Aktiviti raya saya pun alhamdulillah meriahlah sampai ke hari raya ketiga. Dari keluarga mertua datang ke rumah, jalan-jalan raya dan makan nasi arab di Ali Kebab's, semuanya alhamdulillah berjalan lancar. Thanks to you ya Allah for all the happiness given by You. Thank you so much...

Family belah suami saya yang datang beraya di rumah. Meriah kejap rumah di Ampang dengan suara budak-budak...

Makan-makan dengan family nasi arab di hari raya selepas dua hari mengadap rendang dan nasik impit aje. Sempat jugak saya n hubby berposing kat tempat rehat @ menghisap shashi di Ali Kebab's tu. Orang tak ramai, posing le aktivitinyer... :)

Iftar utk tahun 2010 buat saya, hubby & rakan2

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa member2 lama itm melaka dan rakan2 ofis hubby selamat dihadiri dan dimeriahkan. Mula-mula sebelum confirm bayar ramai jugak yang nak join, alih-alih yang dapat hadir pada hari tu dalam 20 orang with ther family. Meriah jugalah 4 meja yang ditempat my friend, Jaja di dewan perdana Felda. Masing-masing ramah aje bertegur sapa walaupun masa belajar dulu malu-malu gitu, heheheh... (adatlah bila dah lama tak berjumpa). Anyway thank to my friend Jaja, Niera, Ayu n Nasir yang make this little reunion came reality.

Thanks juga buat rakan-rakan hubby yang handle untuk iftar di Hotel Quality. Kenyang betul kami hari tu selepas petangnya saya meredah jalan TAR mencari baju raya hubby.

Our memories with friends

aktiviti menunggu member-member lama kat lobi dewan perdana Felda. ada kawan-kawan yang sudah 10 tahun saya tidak berjumpa...

aktiviti berborak dan bergambar pulak lepas berbuka... alhamdulillah, hari tu saya dan hubby jumpa 5 orang ex-classmate kita orang time belajar dulu

Masing-masing sudah bergelar ibu dan ayah... bila nak balik, mulalah kami yang pompuan buat aksi cium pipi gitu. kihkihkih... guys, jangan jeles...

All the girls ada dalam pic ni kecuali seekor kumbang yang terdatang lewat time berbuka tu. tu lah sir, sape soh tertido. ni mesti kes berjaga lebih nih. nasib kau sempat raser kambing panggang tu...

dah tak tau nak buat aksi camne lagi, maka inilah hasilnya candid dari kamera ayu...

sempat lagi bergambar sebelum balik... anyway, we all memang kenyang hari tu. terima kasih atas rezekiMu ya Allah...

Kumpulan bapa-bapa atau bakal bapa berborak

see you all next year geng...

Ni plak iftar di hotel quality bersama rakan-rakan department hubby saya... rezeki lagi

member hubby di table sebelah

Menu saya yang kelaparan selepas meredah lautan manusia dan hujan lebat di jalan TAR. Nasik beriani gam. memang mata macam digam-gam on the way nak balik ke rumah. hehehe...

Kepandaian yang berbeza


Kali ni saya nak kongsi sedikit ilmu yang saya peroleh dari majalah solusi isu 22. Bab ilmu dan kepandaian yang diberikan oleh Dia buat kita adalah berbeza. Maka jangan sesekali kita merasa diri kita lebih bagus daripada orang lain walhal kita diberi Allah kepandaian dan ilmu yang berbeza. Hayati kisah di bawah ya...

Satu hari seorang profesor bijak pandai sedang menyeberang sebuah sungai yang luas dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pakcik pendayung.

Di tengah perjalanan, profesor bertanya, "Kamu pandai menulis dan membaca?"

"Tidak tuan. Saya buta huruf," jawab pendayung sampan.

"Oh, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu! Orang yang tidak pandai menulis dan membaca telah hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya."

Sampan terus bergerak meredah sungau yang luas itu. Sejurus kemudian, profesor bertanya lagi, "Kamu ada membuat simpanan wang untuk masa depan?"

"Tiada tuan. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan." jawab pendayung sampan lagi.

"Kalau begitu, kamu hilang lagi separuh daripada kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tidak menyimpan wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti."

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba sampan itu terlanggar bucu sebuah batu dan bocor. Air mula memasuki sampan. Mereka berdua bergegas mengambil jua bekas untuk mencedok air keluar dari sampan. Namun usaha mereka tidak berhasil kerana air begitu deras masuk. Ternyata sampan itu akan tenggelam!

Dalam keadaan cemas itu, si pendayung bertanya kepada profesor, "Tuan! Tuan pandai berenang?"

"Err... saya tidak tahu berenang!" jawab profesor panik.

"Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!"

PENGAJARAN: Allah tidak menjadikan manusia ini bodoh, tetapi Dia jadikan setiap orang mempunyai "kepandaian" yang berlainan. Masing-masing punya kelebihan dan kekurangan tersendiri. Jadi, tidak ada manusia bodoh, yang ada cuma manusia dengan kepandaian yang berbeza.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...