Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Cendawan enoki goreng tepung, snek mudah minum petang atau makan malam


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Cendawan enoki goreng tepung. Guna aje tepung @bestarifood settle kerja. Snek yang mudah untuk kudap-kudap atau buat makan dengan nasi terus. 

Untuk dapat cendawan yang rangup, basuh cendawan dan toskan airnya. Sediakan 3 mangkuk.
1 mangkuk - Tepung bestari ditambah air. Jangan pekat sangat.
1 mangkuk - 2 biji telur dikocak.
1 mangkuk - tepung bestari untuk saduran.

Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. 
Dah panas, celup cendawan dalam bancuhan tepung. Kemudian celup dalam telur dan kemudian, sadurkan dengan tepung bestari. Goreng.

Kari udang Sri Lanka, mudah memasaknya


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Sri Lanka prawn curry @ kari udang Sri Lanka. Resipi ni saya test sebab ada orang di TT yang makan kari ni cakap sedap sangat. Makanya, saya carilah resipinya. Alhamdulillah jumpa... Mudah sangat cara masaknya. Kiranya tak sampai 1/2 jam dah siap.

Bahan:
2 sudu besar minyak masak
500gm udang
1/2 biji bawang besar dihiris
1 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris
1 batang serai dihiris
5-7 tangkai cili padi dipotong
1 batang kayu manis
3 tangkai daun kari
1 biji tomato didadu
2 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil chili flakes 
200ml santan pekat
1/2 cawan air
Garam secukup rasa


Penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar, bawang putih, halia. Kacau sebentar dan masukkan pula, cili padi, serai, kayu manis dan daun kari. Kacau dan masak sebentar.
2. Masukkan pula serbuk kari, serbuk kunyit, chili flakes dan sedikit garam. Kacau hingga naik bau.


3. Masukkan udang dan gaul sebentar. Selepas itu, masukkan santan dan air. Gaul dan masak hingga mendidih. Perasakan lagi dengan garam jika ingin tambah. Siap.

Keledek goreng, makan 3 keping mana cukup. Jom masak sendiri.


 Assalammualaikum dan salam sejahtera. Keledek goreng, masak sendiri puas hati dengan rupa, rasa dan kuantitinya. Beberapa minggu lepas, ada beli kuih. Tapi sedikit mengecewakan. Jadinya, untuk puas hati, saya masak sendiri. Masak tengahari, sampai ke malam boleh makan. Berulang makan.
Ini resipinya saya kongsikan.

Bahan:
5 biji keledek 
2 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 1/2 cawan air (adunan tak terlalu pekat atau cair)
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan:
1. Buang kulit keledek dan potong ikut saiz yang anda mahu. 
2. Dalam mangkuk besar, masukkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan air. Kacau sehingga mendapat adunan yang diingini.
3. Panaskan minyak dalam kuali guna api sederhana. Bila panas, celup keledek tadi ke dalam adunan dan  perlahan-lahan masukkan dalam minyak panas. Masukkan keledek dalam 8-10 keping sekali goreng. Bila nampak keledek kekuningan kedua-dua belah bahagian, bolehlah angkat dan toskan. Goreng hingga selesai.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...