Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Resipi Mi Wantan @ Mi Wanton


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Mi Wantan @ Mi Wonton, menu yang kekadang sentiasa dicari di restoran bila malas masak atau nak diet. Ngeee...

Wantan tu, saya buat sendiri so, saiznya memang kecil aje sebab guna kulit wantan dah siap dijual di pasaraya. Untuk isi wantan, boleh aje guna ayam atau udang (saya guna ayam sebab Rudy x makan udang). Bahan kulit wantan:
Kulit wantan
2-3 keping isi ayam dicincang halus
1 biji lobak merah diparut halus
4-5 tangkai daun kucai / bawang
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil garam

Bahan sup wantan:
4 ulas bawang putih dihiris
2 inci halia dihiris halis
1 biji bawang besar dihiris
2 kiub pati ayam
1 pek fishball
1 liter air
Garam secukup rasa
3 sudu minyak untuk menumis

Bahan ayam:
4-5 bahagian ayam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 sudu besar madu
1 sudu kecil minyak bijan
1/2 sudu jus halia
Sedikit gula
3 cawan air
Madu + air (untuk saduran)

Penyediaan:
1. Celur mi wantan dalam air mendidih. Toskan & letak dalam bekas cantik. Kemudian, celurkan juga sawi & taugeh. Toskan & letak dalam mangkuk. Ketepikan.
2. Untuk sup, panaskan periuk. Panaskan minyak & kemudian tumis bawang besar, bawang putih & halia. Setelah naik bau, masukkan air. Setelah mendidih, masukkan kiub pati ayam & fishball. Kacau sebentar & masukkan garam secukup rasa. Setelah mendidih & fishball masak, tutup api. Siap.
3. Untuk wantan, gaul semua bahan inti. Selepas itu, letakkan sesudu inti ke atas kulit wantan. Sapukan sedikit air sekeliling kulit wantan & kemudian bunjutkan ia atau lipat ikut suka. Goreng wantan seperti biasa. Ketepikan.

Isi Wantan. Boleh aje nak gantikan dengan udang.


4. Untuk ayam, perap ayam dengan semua bahan tadi kecuali madu+air. Perap dlm 1/2 jam atau lebih. Selepas itu, rebus ayam hingga empuk & kuah kering. Kemudian, keluarkan ayam & letak atas tray. Sapukan madu & air atasnya & panggang dalam oven pada suhu 200°c sehingga ayam perang. Selepas masak, angkat, ketepikan & potong ikut suka. Siap.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...