Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Chilli Cheese Hotdog ni sebenarnya saya ternampak kat dalam Pinterest. Nampak macam best aje menunya. So, apa lagi kita trylah.
Resipi chilli cheese hotdog ni macam hotdog biasa tapi kita add-on pepperoni & kuah daging cincang pedas. Jika rumah tiada oven, boleh aje guna kuali ajaib tu as long bungkus dengan kertas aluminium.
Bahan:1 roti baguette / roti panjang
4 hotdog jumbo / 6 hotdog biasa
150gm parutan keju cheddar
2 sudu besar minyak zaitun
1 biji bawang besar didadu
200gm daging cincang
2 sudu besar sos tomato
3 sudu besar sos cili
1/4 cili benggala kuning didadu
1/4 cili benggala merah didadu
1/4 cili benggala kuning dihiris panjang
1/4 cili benggala merah dihiris panjang
1 biji tomato dipotong bulat & kemudian potong separuh
20 keping pepperoni (jika suka)
Garam secukup rasa
Kertas aluminium
Hirisan daun kucai .
Penyediaan:1. Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang besar & masak hingga sedikit garing. Kemudian, masukkan daging cincang. Masak hingga air daging tersejat & daging pecah2.
2. Masukkan pula sos cili & sos tomato. Kacau sebentar & masukkan cili benggala kuning & merah yang didadu. Kacau. Selepas itu, masukkan garam secukup rasa. Kacau sebentar & tutup api.
3. Panaskan oven pada suhu 180°c. Jika oven kecil, potong roti baguette kepada 2 & kemudian belah atas tapi jangan terputus. Ia bagi mengisi bahan di dalam roti.
4. Taburkan separuh keju cheddar dalam roti terbelah & kemudian letakkan hotdog. Selitkan hirisan tomato & cili benggala. Selepas itu, sudukan kuah daging pedas tadi atas hotdog. Susun kepingan pepperoni atasnya & kemudian tabur baki keju.
5. Letakkan roti atas kertas aluminium & kemudian bungkus roti tersebut. Letakkan atas tray & masukkan dalam oven. Bakar dalam 30 minit.
6. Setelah masak, buka kertas aluminium & taburkan hirisan daun kucai. Enak dimakan panas-panas ya chilli cheese hotdog ni. Baru terangkat.