Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Sup ketam jika badan tak sihat atau denggi


Assalammulaikum & Selamat Sejahtera.

Sup ketam, tak terfikir pun saya nak buat sebelum ni. Selalunya kalau makan ketam, saya akan buat gulai masak lemak putih atau masak lemak kuning. Kali ni, menunya berubah dan memang kena belajar segera sebabnya gara-gara encik hubby yang kena denggi.

Masa cari sup ketam ni di kedai dan makannya, harga semangkuk ketam dan hanya ada seekor ketam dalam tu berserta sayur, RM13. Dek kerana tak pernah masak, masa saya tengok aje ingredient sup ketam yang encik hubby dapat masa makan kat kedai yang jual menu ni. Tilik punya tilik dan rasa, saya dah boleh agak apa bahannya.

Dan paling menarik sekali, adalah disarankan anda beli ketam ni kat pasar. Sekilo baru RM22 dan dapat dalam 4-5 ekor ketam. Cara nak pilih ketam ni pula ada banyak petua. Pertamanya, carilah ketam betina kerana ia lebih banyak isi. Tapi.... jika yang tinggal semua jantan @ awang gedebe, cari paling simple yang diagar oleh orang kat pasar Nilai 3 ni, korang jentik kuat-kuat sikit kat area cengkerang atau atas kepada ketam tu. Kalau dengar bunyi macam lampong aje, maknanya ketam tu takde isi sangat. Kalau bunyinya macam mampat, hah! yang tu ada isi. InsyaAllah sebab orang pasar Nilai 3 tu pilihkan berdasarkan cara yang saya cakap tadi. Isi ketam yang saya masak pun lebih banyak berbanding beli kat kedai makan sebelum ni.

 Perbezaan ketam betina dan jantan adalah bawah ketam tersebut.


Meh sini saya kongsikan dengan anda semua cara nak masak sup ketam. Nanti boleh cuba sendiri. Senang aje...

Bahan-bahan:
1. Bawang besar - 1 labu dihiris halus
2. Bawang putih -2 ulas dihiris halus
3. Bunga lawang - 2 kumtum
4. Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
5. Lobak merah - 1 batang dikerat 3 bahagian & potong panjang
4. Batang saderi - 2 batang potong serong
5. Rempah sup - 1 pek kecil
6. Ketam - 5 ekor dipotong 2 dan cuci bersih
7. Tomato - 1 biji belah 6
8. Garam secukup rasa
9. Cili padi kalau naklah, taruk aje 3 tangkai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis separuh bawang merah dan semua bawang putih berserta bunga lawang.
2. Setelah naik bau, masukkan air dalam 2 cawan dan masukkan lobak merah. Masak sehingga lobak separuh empuk. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Bila kedua-duanya dah empuk, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan secawan air. Kacau dalam 2 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan ya. Masukkan cili padi dan tomato. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak dah masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak sedikit isi dalam ketam yang cantik tu).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan. Bila rasa dah ok dan kacau kuah tu dalam 5-8 minit, rasanya ketam tu dah ok. Dah siap.

Selamat mencuba...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...