Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Naskhah yang Meruntun Hati Paling Dalam: Lelaki Terakhir Menangis di Bumi


Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Syria. Rasanya semua orang tahu akan pergolakan dan peperangan yang berlaku di sana. Negara yang satu ketika dahulu cantik, dirahmati buminya dan baik penduduknya telah hilang lenyap segala-galanya. Hanya kerana lelaki-lelaki dan manusia GILA yang sudah hilang waras dan mati rasa hatinya.

Saya mengetahui tentang Syria pada awalnya hanya sedikit sahaja infonya. Dan saya mengetahui tentang bagusnya belajar dan rakyatnya di sana apabila terbaca artikel tentang Azmil Mustafa (pelakon Ali Setan tu) yang berhijrah ke sana untuk mendalami ilmu agama. Namun kini, Syria terkenal seantero dunia akibat ramai penduduknya yang telah menjadi pelarian di merata tempat hanya kerana untuk melarikan diri dari menjadi mangsa GILA PEMIMPINNYA serta SEKUTUNYA.

Keadaan sebelum dan ketika ini di Syria. Allahu Akbar...

Tiap kali melihat video atau gambar tentang mereka yang disiksa, dizalimi, ditindas, dibiarkan kelaparan dan sebagainya, hati ini menangis sendirinya. Dan hanya pada Allah saya berharap agar mereka yang mati itu dikurniakan syahid serta mati terseksa pada mereka yang membunuh dengan kejam manusia yang tidak berdosa. Ya, saya berdoa dan berharap agar mereka yang jahat dan tiada perikemanusiaan itu tersiksa hidup dan matinya.

Naskhah Lelaki Terakhir Menangis di Bumi ini sudah ada hampir sebulan dengan saya. Cuma masa untuk membacanya sedikit lambat kerana tuntutan bahan bacaan lain yang ingin dibaca dan kerja yang menimbun. Namun, naskhah ini mula dicapai 3 hari selepas menonton AJL 30. Saya terkesan dengan apa yang disampaikan dan dipertontonkan oleh Faizal Tahir apabila menyampaikan lagu Assalammualaikum. Cukup terkesan sehingga mampu membuatkan air mata terbit di akhir lagu. Ya Allah... adakala rasa malu bila fikirkan kembali apa yang dilakukan untuk membantu mereka di luar sana sungguh sedikit.

Dan bila membaca buku tulisan Musa Nuwayri ini (juga yang memulakan projek Tangisan Syria di Bumi Jordan) berserta dengan gambar-gambar yang dilampirkan sekali, hati sekali lagi rasa bagai dicarik-carik. Tuhan, mana perginya rasa hati yang Kau berikan pada setiap manusia sehingga sanggup menzalimi manusia lain tanpa rasa takut padaMu. Lupakan mereka yang Kau mampu lakukan pada sahaja dan lupakah mereka pada kematian & pertemuan denganMu? Ya Allah....

Ada satu kisah dalam buku ini tentang seorang lelaki bernama Abu Abdullah. Dia lelaki yang kaya di Syria satu ketika, namun akibat perang segalanya telah berubah 360 darjah. Apa yang dia ada sekarang hanya keluarganya dan keperluan asas yang terlalu asas sehingga terpaksa dibantu oleh orang lain. Dan kata-katanya yang jujur pada penulis serta kisahnya telah membuatkan saya tanam dalam hati bahawa apa sahaja yang kita miliki sekarang ini mampu diambil Allah bila-bila masa dengan pelbagai cara. Kita tak akan tahu bagaimana akhirnya hidup di dunia ini.

Kisah-kisah lain seperti anak kecil dengan telur rebus, anak kecil yang menjadi buruh, sisa makanan yang dimakan kembali, ibu tunggal yang semua ahli keluarganya adalah wanita dan banyak lagi kisah dalam buku ini mampu membuatkan anda untuk sebak dan berfikir kembali 'bagaimana cara untuk aku membantu mereka saudara seIslam ini di luar sana?'

Untuk anda yang belum membaca buku ini dan belum mendapatkannya, saya berharap sangat agar anda membelinya atau menghadiahkannya kepada sesiapa yang anda inginkan. Moga kita semua rasa bersyukur setiap kali melihat cover buku ini (of course anda tentu dah baca isinya) pada setiap apa sahaja pemberian yang diberikan oleh Allah. Dan ingatlah, setiap manusia muslim itu bersaudara dan darah mereka HARAM kita bunuh sewenangnya.

Syria, satu ketika dahulu... 

Subhanallah... Syria...

Cantik bukan bumi Syam ini...

Penempatan pelarian Syria di Jordan. Yang ni pun buat saya ada rasa nak marah. Mana halanya Raja Jordan yang claim dirinya Islam ni? Begini kau biarkan orang yang meminta bantuan kau... Saya harap satu hari nanti, dia atau ahli keluarganya akan rasa seperti mana mereka ini rasa. Baru tahu langit itu milik Allah...

Allahu Akbar... kurniakanlah syahid kepada mereka yang mati mempertahankan diri, keluarga, agama dan aqidah mereka...

Sup ketam jika badan tak sihat atau denggi


Assalammulaikum & Selamat Sejahtera.

Sup ketam, tak terfikir pun saya nak buat sebelum ni. Selalunya kalau makan ketam, saya akan buat gulai masak lemak putih atau masak lemak kuning. Kali ni, menunya berubah dan memang kena belajar segera sebabnya gara-gara encik hubby yang kena denggi.

Masa cari sup ketam ni di kedai dan makannya, harga semangkuk ketam dan hanya ada seekor ketam dalam tu berserta sayur, RM13. Dek kerana tak pernah masak, masa saya tengok aje ingredient sup ketam yang encik hubby dapat masa makan kat kedai yang jual menu ni. Tilik punya tilik dan rasa, saya dah boleh agak apa bahannya.

Dan paling menarik sekali, adalah disarankan anda beli ketam ni kat pasar. Sekilo baru RM22 dan dapat dalam 4-5 ekor ketam. Cara nak pilih ketam ni pula ada banyak petua. Pertamanya, carilah ketam betina kerana ia lebih banyak isi. Tapi.... jika yang tinggal semua jantan @ awang gedebe, cari paling simple yang diagar oleh orang kat pasar Nilai 3 ni, korang jentik kuat-kuat sikit kat area cengkerang atau atas kepada ketam tu. Kalau dengar bunyi macam lampong aje, maknanya ketam tu takde isi sangat. Kalau bunyinya macam mampat, hah! yang tu ada isi. InsyaAllah sebab orang pasar Nilai 3 tu pilihkan berdasarkan cara yang saya cakap tadi. Isi ketam yang saya masak pun lebih banyak berbanding beli kat kedai makan sebelum ni.

 Perbezaan ketam betina dan jantan adalah bawah ketam tersebut.


Meh sini saya kongsikan dengan anda semua cara nak masak sup ketam. Nanti boleh cuba sendiri. Senang aje...

Bahan-bahan:
1. Bawang besar - 1 labu dihiris halus
2. Bawang putih -2 ulas dihiris halus
3. Bunga lawang - 2 kumtum
4. Minyak zaitun -2 sudu besar (boleh aje pakai minyak sayuran)
5. Lobak merah - 1 batang dikerat 3 bahagian & potong panjang
4. Batang saderi - 2 batang potong serong
5. Rempah sup - 1 pek kecil
6. Ketam - 5 ekor dipotong 2 dan cuci bersih
7. Tomato - 1 biji belah 6
8. Garam secukup rasa
9. Cili padi kalau naklah, taruk aje 3 tangkai

Penyediaan:
1. Panaskan minyak dan tumis separuh bawang merah dan semua bawang putih berserta bunga lawang.
2. Setelah naik bau, masukkan air dalam 2 cawan dan masukkan lobak merah. Masak sehingga lobak separuh empuk. Kemudian, masukkan pula batang saderi.
3. Bila kedua-duanya dah empuk, masukkan rempah sup yang telah dikacau dengan secawan air. Kacau dalam 2 minit dan kemudian masukkan ketam.
4. Pastikan api sederhana besar bila ketam dah dimasukkan ya. Masukkan cili padi dan tomato. Kacau perlahan-lahan sehingga ketam kelihatan kulitnya sudah semuanya merah dan isi dalamnya nampak dah masak (kalau belah 2 tu, confirm boleh nampak sedikit isi dalam ketam yang cantik tu).
5. Masukkan garam secukup rasa dan kacau perlahan-lahan. Bila rasa dah ok dan kacau kuah tu dalam 5-8 minit, rasanya ketam tu dah ok. Dah siap.

Selamat mencuba...

Sup ketam, pati daun betik dan demam denggi

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua...

Encik hubby saya baru sahaja baik dari demam denggi. But still masih berjaga-jaga kot dia ter'demam' lagi atau sakit sendi lagi sebab masa check darahnya 2 hari lepas, masih lagi pekat. Platlet darah dah naik cuma kepekatan tu yang masih tak berapa cantik lagi.


Mulanya ingatkan encik hubby saya demam biasa hari Rabu lepas, selepas ambil stok di KL. Sudahnya pagi Khamis tu dia kata dia tak sihat. Saya ingatkan tak sihat biasa sehinggalah hari Jumaat petang. Badan masih tak sihat. Pagi check doktor, doktor pun ingat demam biasa aje. Tapi entah macam mana, masa maghrib dan dia nak mandi, tiba-tiba saya yang nak menyakat dia terus minta dia berpaling ke belakang. Subhanallah, tengok belakang badannya bintik-bintik merah lain macam. Ini bukan ruam.

Dek kerana encik suami nak tengok kat cermin pun macam tak berapa clear, saya cakap, "bak sini handset tu. Saya amik gambar. Awak tengok." Dan bila dah tengok sendiri kat gambar handset tu, baru dia dah start risau. Saya lagilah rasa tak sedap hati. Malam tu juga cari sup ketam tapi.... memang takde rezeki, sup ketam menjadi sup ayam. Ketam habis.

Esoknya, dalam jam 10, kami ke klinik sekali lagi dan mintak doktor check pasal bintik-bintik tu dan ambil darah. Isnin petangnya baru doktor dapat confirm yang encik suami memang kena denggi. Maka, bermulalah tahap risau saya dan kakaknya. Rupa-rupanya sis in law saya pun kena denggi. Siap masuk air dan kena minum sup ketam juga cuba. Dan Alhamdulillah, mereka berdua dapat juga beli air pati daun betik untuk diminum selama 2 hari. Mana akak nak rembat daun betik ni dek time busy2 dan risau2 ni. Yang akak tau, minum banyak air, sup ketam, 100+ dan habbatus sauda'.

Tang air pati daun betik ni, sedikit mahal. Harganya sebotol RM12 tapi bagi kita yang memerlukannya, nak tak nak, beli jugalah. Sama juga dengan semangkuk sup ketam. Harga semangkuk untuk seekor sup ketam, RM13 tapi kalau kau beli sekilo, dapat 5 ekor dan boleh makan ramai-ramai.


Takpe, apapun, kita memang kena precocious. Apa yang penting masa mula-mula demam tu, standbykan panadol, minum air banyak dan air 100+. Lepas tu, esoknya jangan lupa pi check doktor kalau rasa demam tu memang lain dari yang lain.

Berhati-hati ya semua...

5 bintang untuk buku Pemburu Kesepian di Bumi Geordy


Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Kali ni saya nak kongsikan 1 buku yang baru sahaja habis dan saya terus beri 5 bintang.
Buku ni adalah buku travelog penulis ketika sedang melanjutkan pelajarannya dalam phd 8 tahun lalu. Ada banyak info, pengalaman, perkongsian dan kisah yang menarik di dalam. Ada beberapa fakta baru yang baharu saya tahu yang membuka minda saya dan ada juga yang saya akui kebenarannya (sebab ada beberapa rakan yang tinggal dan belajar di UK, so, agak familiar juga dengan perkongsian ilmu buku ini).

Ada satu kisah di dalam buku ini tentang sebab MENGAPA kita ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat phd. Saya dulu, pernah disogokkan oleh abah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat paling tinggi ini tetapi mungkin bukan rezeki saya dan keinginan untuk menyambung itu tiada, maka tak tercapailah hajat dia (at least, I follow what he wants 12 years ago). Saya tak berani nak ambil risiko belajar ke peringkat ini atas alasan tertentu. But, saya AGREE pada apa yang disampaikan oleh penulis ini dan juga Prof. Mehmer Asutay juga penulis Paulo Coelho. PHD adalah tentang harga pengalaman yang dilalui dalam proses mencapai sesuatu matlamat. Pengalaman atau proses itulah yang jika dilihat kembali adalah sesuatu yang berharga berbanding harta. Kita dapat menilai, mengenal, mengetahui dan juga menjadi seorang yang kritis & berfikir sebelum melontarkan satu-satu pendapat. Penambahan ilmu yang ada mampu merubah corak pemikiran kita dalam usaha mencapai matlamat yang diimpikan.


Kisah tentang car boot sale & free cycle di UK telah saya dengar dari seorang rakan yang menuntut di sana sewaktu bekerja dulu. Dia menceritakan bahawa dia pernah membeli barangan car boot sale yang masih elok dengan harga yang murah. Dia juga pernah menyewa kamera ketika ini merakamkan kovokasyennya di sana. Katanya, "harga, nilai barangan dan kepercayaan di sana amat berbeza dengan kita. Sukar untuk menandinginya."

Perkongsian ilmu dalam bab 'Jenama Baharu, Kita Punya', memberi info baru kepada saya tentang pemikir dahulu dan juga kemunduran sesebuah negara. Menurut Jamaludin al-Afghani (1838-1897M), beliau memberikan diagnosis kelemahan dan kemunduran umat Islam adalah disebabkan oleh kehilangan keadilan dan syura di dalam sistem politik mereka. Kurangnya penyertaan rakyat dalam proses pemerintahan dan juga kerakusan para diktator merupakan resipi utama pembentukan umat yang majal.

Ada banyak perkongsian ilmu yang disampaikan penulis dalam buku ini yang tak mampu saya nak kongsikan semuanya. Memang saya sarankan anda, pencinta ilmu, umat yang bijak dan suka membaca, agar mendapatkan buku ini dan jadikan ia sebagai bahan bacaan anda untuk merubah persepsi kepada lebih menghargai ilmu, menghargai pengalaman, belajar untuk melihat kepada persekitaran dan dunia luar dengan lebih terbuka  tapi masih dalam garis-garis Islam dan berubah untuk menjadi lebih baik (you can make the different in your life + walau sekecil manapun bantuan/perkongsian anda, kena ingat, ada impaknya pada orang lain).

Mari saya kongsikan lagi beberapa mukasurat yang menarik dalam buku ini. Hopefully ianya membantu dan menjadi pencetus untuk anda membaca & membeli buku ini.




Have a nice day...

Kek Pandan Gula Melaka yang sedap


Assalammualaikum & Salam Sejahtera Semua...

Dah hampir 3 minggu sebenarnya saya buat kek pandan gula melaka ni. Exactly, this idea to make this cake came from instagram. Saya ada follow beberapa IG orang pandai masak-masak dan kek dan lately, I saw so many people request this Bakingbachelor to make Pandan Gula Melaka cake & Victoria Sandwich cake. Dek kerana kita kena usaha satu persatu, so, kek pertama yang saya nak cuba adalah kek ni.

Bila dah siap dan dah potong kek ni, saya rasa sedap. Aroma daun pandan yang fresh dan sedikit rasa gula melaka pada icingnya membuatkan mulut meleret tersenyum. Alhamdulillah, dapat juga rasa kek yang ramai orang cuba belajar & beli ni. Akak nak beli, memang tak mampu sangatlah. So, the easiest way is learn how to bake it. Bukan sahaja kita jimat tetapi boleh makan berulang-ulang kali dan dikongsikan dengan keluarga tersayang.

Jom saya kongsikan cara membuat kek ni. Walaupun ramai yang buat cupcake, tapi saya lebih suka kek sebab.... tuang terus adunan dalam loyang dan tada.... dah masa... hehehehe... nampak tak saya adakala seorang yang 'rajin'... ngeeeee...

Resipi ni saya ambil nak godek-godek sikit dari blog Azlita Masam Manis, Fuzzymazing dan beberapa lagi blog masakan. Resipinya lebih kurang sama cuma mereka buat cupcake dan saya terus nak buat kek.

Bahan-bahan:
300 gm tepung kek
3/4 sudu teh baking powder atau double acting (mana-mana yang ada dalam simpanan ya)
185 gm unsalted butter (tang ni saya guna buttercup biasa aje)
3/4 sudu teh garam
3/4 sudu teh esen vanilla
100 gm gula halus atau gula caster
3 biji telur saiz A (suhu bilik tau sebab kalau telur baru keluar peti ais, bila dipukul, tak kembang cantik atau dalam kuantiti sepatutnya)
112 gm santan KARA + 38 gm air
3 sudu besar jus pandan (gunakan 5 helai daun pandan kisar dengan sedikit air ambil jusnya. Air tu dalam 1/2 cawan aje untuk blander sebab nak guna pun sikit aje)
sedikit pewarna hijau (tang warna hijau ni, kalau rasa hijaunya tak menyerlah masa pukul adunan, ekau tambahlah lagi ikut rasa hati dan mata memandangnya :) )

Penyediaan:
1. Panaskan oven pada suhu 180C, 15 minit sebelum adunan kek dimasukkan.
2. Sediakan loyang pembakar dan sapukan mentega keliling loyang serta lapikkan dengan kertas tracing.
3. Dalam 1 bekas, satukan tepung dan baking powder kemudian ayak.
4. Dalam bekas lain, campurkan santan, air, jus pandan dan pewarna hijau dan gaul rata. Ketepikan
5. Dalam bekas mixer, satukan butter, esen vanila, garam dan pukul sebentar. Dalam 2-3 minit pada kelajuan sederhana.
6. Masukkan gula halus dan pukul adunan sehingga agar kembang atau tak berapa rasa tekstur gula tu bila rasa dengan jari.
7. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul sehingga sekata.
8. Masukkan tepung berselang seli dengan campuran santan (mulakan dengan tepung dan di akhiri dengan tepung) pukul atau kaup balik hingga adunan sebati especially bahagian bawah sekali ya.
9. Tuang adunan dalam loyang dan bakar selama 25-30 minit atau sehingga kek masak (guna lidi satay tu untuk cucuk di bahagian tengah kek)
10. Setelah masak, keluarkan dari oven dan biarkan kek dalam loyang dalam 20 minit. Setelah agak sejuk, baru letakkannya di atas relai. 


Penyediaan Krim Gula Melaka.

Karamel Gula Melaka
50 gm gula Melaka
1 helai daun pandan
1/8 cawan air

Satukan semua bahan di atas dan masak hingga gula larut
Kemudian sejukkan

80 ml air
150 gm gula halus
1 biji telur
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
250 gm butter
1 sudu besar karamel gula Melaka (adunan gula Melaka yang di masak tadi)

1. Satukan air dan gula dan masak hingga pekat dan suhunya mencapai 117C.
2. Jika tak ada jangka suhu anda boleh gunakan garfu. Celup garfu dalam larutan gula. Bila anda angkat garfu, larutan gula akan terbentuk macam kaki itik. Itu bermakna gula tu dah cukup pekat. (Ini saya ambil info dari web Azlita Masam Manis)
3. Kemudian tuangkan karamel gula Melaka tadi, gaul rata biarkan ia pekat sebentar.
4. Sementara anda lihat gula sudah mendidih dan terbentuk kaki itik tadi, baru pukul telur dan kuning telur dalam mixer hingga kembang. Bila dah kembang terus tuang gula yang panas-panas ke dalam telur tadi sambil terus putar hingga sebati
5. Bila dah sebati, simpan dalam peti sejuk dengan pemutar dan mangkuk pemutarnya sekali (ingat!! bukan mesin pemutar ya,)
6. Bila dah betul- betul sejuk, lebih kurang 11/2 gitu, keluarkan
7. Putar semula dan masukkan esen vanilla dan butter sedikit demi sedikit sambil putar hingga kembang dan halus.
8. Kemudian sapukan krim yang sudah siap ke atas dan keliling kek. Setelah selesai, masukkan kek ke dalam peti sejuk dalam 1/2 jam dan kemudiannya dah boleh potong... :)

Anda cubalah ya. Bila kek dah siap, hati anda akan rasa happy dengan sendirinya... itu belum tengok ahli keluarga makan dengan sedapnya... :)

Happy cooking

Spaghetti sayur dengan buah delima @ Spaghetti vege with pomegranate


Assalammualaikum & Selamat Tahun Baru 2016 semua.

Moga tahun baru ni, anda ceria, tenang, banyak bersabar dan berusaha untuk menjadi manusia yang lebih baik dunia & akhirat.

Pagi ni, saya tetiba teringat yang encik hubby suka spaghetti dengan sayur. Dek kerana semalam mengemas peti ais dan teringat juga ada buah baby tomato, batang saderi dan lemon. Itu yang nak buat. Dan bila dah masuk ke dapur, Allah tiba-tiba beri ilham nak masukkan buah delima dalam masakan (dalam seminggu lepas ada beli buah delima untuk ayah mertua sebab dia batuk + ternampak resipi salad Jamie Oliver dalam instagram).
So, apa lagi, maka bermulalah aktiviti memasak makanan sihat untuk encik hubby.

Oh ya, sebelum terlupa, buah delima ni ada 2 jenis tau kalau anda perasanlah bila ke pasar atau supermarket. Ada yang warna merah cair kekuningan dan ada yang berwarna merah menyala kulitnya. Yang warna merah cair tu, selalunya delima Malaysia dan Asia Tenggara manakala yang delima warna merah menyala tu dari India dan Timur Tengah. rasanya pun agak berbeza. Apa yang penting, ada beli aje delima mana yang anda mampu. Janji ia tetap buah delima yang Allah katakan di dalam Al-Quran :)

"Pada kedua-duanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu yang kamu hendak dustakan".
(Ar-Rahman: 68-69)

Jom kita masak...


Bahan-bahan:
1. 1/2 paket spaghetti (jika anda nak masak banyak, bahannya nanti tambah2lah sedikit ya)
2. 1 labu bawang besar/bawang holland
3. 5 biji fishball dipotong separuh
4. 2 ketul isi ayam (saya guna aje ayam drummet yang goreng semalam. Kalau ada fresh, amat dialukan)
5. 2 batang sayur saderi dipotong kecil
6. 6-7 biji tomato kecil
7. 1/4 jus lemon
8. 3 sudu besar minyak zaitun/minyak sayuran
9. 1 cawan air rebusan spaghetti
10. Garam secukup rasa
11. 1/2 sudu besar lada hitam yang dikisar
12. 1/4 isi buah delima

Penyediaan.
1. Rebus spaghetti ala-ala al-dante (ikut aje yang tertulis kat paket tu ya berapa minit nak rebus). Taruk sedikit garam masa nak rebus tu.
2. Bila nampak spaghetti dah nak masak, ambil airnya 1 cawan dan bolehlah toskan spaghetti tadi.
3. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Tumis bawang besar sehingga naik bau.
4. Kemudian masukkan fishball dan bila dah nampak fishball macam dah garing sikit, masukkan pula sayur batang saderi. Gaul sebentar dan masukkan separuh cawan air spaghetti tadi. Gaul dan biarkan batang saderi lembut dalam 2-3 minit.
5. Masukkan isi ayam, spaghetti dan perahan jus lemon. 
6. Masukkan pula buah tomato dan kemudiannya separuh dari isi delima yang 1/4 tadi, Masukkan garam dan lada hitam. Gaul dalam 1 minit gitu.
7. Bila dah masak, tutup api dan masukkan spaghetti vege ke dalam pinggan dan kemudian taburkan lebihan buah delima tadi di atas spaghetti. Tadaaaaa....... Siap. Sure anda rasa happy tengok isi pinggan yang colourful... :)

Happy cooking & Happy New Year.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...