Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Memoir Tahanan Palestin, naskhah menggamit rasa hiba & sakit hati


Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Buku ini, saya beli ketika PBAKL bulan 4 yang lalu.
Buku yang mengkisahkan tentang segala catatan rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel tanpa sebab musabab yang jelas dan tanpa ada kesalahan langsung. Mereka ditahan, dipenjara, diseksa dianiaya dengan sesuka hati tanpa perikemanusiaan berpuluh-puluh tahun (bukan bulan ok).

Mereka yang bebas dari penjara akibat daripada penangkapan seorang tentera zionis telah berkongsi kisah duka dan perit mereka untuk tatapan dan bacaan umum. Dunia perlu tahu dan disedarkan betapa kejam, tiada perikemanusiaan dan pengecutnya zionis ini dengan orang Palestin.

Zionis Israel ini melakukan pelbagai penyeksaan dan penganiayaan yang diluar batas kemanusiaan. Mereka memukul sesuka hati, cuba merogol tahanan perempuan, membogelkan tahanan, pemberian makan yang basi dan teruk, menaikkan suhu bilik panas dan sejuk sesuka hati, membuka dan menutup lampu penjara sesuka hati, mengeluarkan kata-kata kesat dan banyak lagi yang disampaikan dan diceritakan oleh mereka yang ditahan di penjara zionis ini berpuluh tahun.

Kebanyakan mereka yang ditahan ini sebenarnya tidak mempunyai langsung alasan yang munasabah untuk dipenjarakan. Manusia jahat itu menganiaya mereka dengan mereka-reka cerita dan sebab akan penangkapan yang dibuat. Namun, ada satu kisah seorang wanita Palestin yang berani mati ada di dalam buku ini. Kisah yang hebat dari seorang wanita yang mampu bertahan dengan segala macam seksaan dan penganiayaan yang diterima dari zionis Israel laknatullah.

Untuk anda yang ingin tahu kisah sebenar yang terjadi pada tahanan Palestin ini, dapatkanlah naskhah ini. Naskhah yang mampu membuat anda rasa perlunya ada semangat jatidiri dalam mempertahankan negara, agama, manusia dan maruah diri serta keluarga. Berhati-hatilah dengan permainan dunia yang sedang berlaku sekarang ini. Permainan orang yang gilakan kuasa, tamakkan harta serta fitnah Dajjal.

Moga kita, hamba Allah yang satu, berusaha mempertahankan akidah diri, keluarga dan mukmin lain amnya.

The Unsung Hero not bad

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Buku ni The Unsung Hero, naskhah dari Melur Jelita ini lain dari kebanyakan novel lain. Naskhah yang agak sedikit kisah cinta 2 insan yang dikongsi tetapi lebih kepada kisah cinta pada keluarga dan negara.

Saya terpanggil untuk baca novel ini (setelah ramai customer saya beli dan release sequelnya The Hero) bilamana customer dan raka niaga lain mula memperkatakan tentang sambungan kisah ini. Makanya, untuk tidak mahu ketinggalan, saya pun rembat satu untuk pembacaan personal.

Permulaan yang menarik tetapi agak slow. Tapi bila hampir tiba sampai pada kematian yang terjadi pada keluarga Irvan, ianya sedikit menarik. Perasaan ingin mengetahui bagaimana pasangan ini dan keluarga sekeliling menerima pemergian yang tanpa diduga agak membuatkan saya ralit untuk beberapa waktu.

Saat Maryam mula didatangi cinta dari Riyaz, saya ada rasa, this is thrill. Baru ada persaingan untuk menunjukkan siapa yang berusaha untuk mendapatkan cinta. Saat ikatan ingin dimeterai, ujian yang datang mampu membuatkan Maryam hilang tumpuan dan semangat. Cinta itu memang kuat.

Dan jodoh itu punya rahsianya yang tersendiri. Perkahwinan Maryam dan Irvan memang menarik. Perkongsian info dan isi novel tentang VAT69 oleh penulis membuatkan saya mampu meng'google' tentang kelompok ini (before this I just heard tapi tak berapa nak amik port. Yang minat aksi-aksi perang dan lawan-lawan ni lebih kepada my husband). Lelaki perlu ada aura, semangat kejantanan serta sifat mempertahankan negaranya yang tersendiri. Man should have their own target to fullfill their destiny for their country. Bagaimana dan macammana, terpulang kepada tuan punya diri.

Untuk anda lebih mengetahui tentang kisah Maryam, Irvan, Riyaz dan Haziq ni, anda perlulah dapatkan naskhah ini. Tapi, ada beberapa isi di dalam buku ini yang tidak terjawab oleh penulis meskipun novel ini tebal pada segi fizikalnya. Bila sampai ending, minda saya dah start proses, kenapa takde cerita pasal mak Maryam, what exactly happen tu Riyaz, kenapa Maryam yang hilang ingatan lepas demam teruk tu cannot recall her memory dan ada a few lagi persoalan. Tapi... saya rasa persoalan ini mungkin ada jawapannya dalam sambungan buku Melur Jelita yang baru, The One: Yang Terunggul.

Untuk naskhah ini, saya berikan 4 bintang atas segala kisah dan fakta yang disampaikan penulis kepada kita semua.

Rasa cinta yang tertinggal...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Entry kali ini buat anda:
Suami
Isteri
Workaholic
Manusia punya cita-cita tinggi

Walau sesibuk mana anda dengan kerja atau mengejar cita-cita, jangan lupa pada orang tersayang yang sentiasa menyokong kita. Bagi suami, isteri tulang belakangnya. Bagi isteri, suami adalah pendokongnya. Bagi workaholic & manusia punya cita-cita tinggi, ahli keluarga dan sahabat rapat adalah orang yang sama-sama naik & turun dengan kita.

Ada satu kisah yang disampaikan oleh mama saya buat panduan kita.

Pada satu majlis perkahwinan yang dihadiri, bapa pengantin perempuan secara tidak langsung telah menceritakan sedikit kisah hidupnya kepada tetamu. Katanya, "walaupun sesibuk mana kamu bekerja atau mengatur hidup, dan walau sesibuk mana kamu mengejar citi-cita dan impian, jangan lupa pada isteri atau pasangan di rumah. Jangan sampai satu tahap nanti, kita tidak mampu untuk putarkan kembali saat indah bersama. Kerana saat indah itu telah diambil oleh Allah selama-lamanya..."

Ya... atuk saudara saya telah cuba mengingatkan anak perempuannya dan juga barangkali hadirin tentang apa yang berlaku pada dirinya. Dia tidak mahu perkara yang sama berulang kembali. Hanya kerana kita bersemangat & bercita-cita dalam kerjaya & ingin mencapai sesuatu dalam hidup, kita lupa akan orang tersayang yang sentiasa sabar menanti kita pulang dan bertanya khabar walaupun sekadar hanya soalan, "awak sihat hari ini?"

Arwah nenek saudara saya itu meninggal dunia akibat penyakit kanser. Dia tidak menceritakan pada suaminya tentang penyakit yang dideritai sehinggalah kanser sudah merebak pada peringkat 4. Barangkali dia tidak mahu si suami terganggu dengan kerjanya, tidak terganggu kehidupannya dan tidak terganggu dalam memberikan yang terbaik kepada negara. Dan bila sudah sampai peringkat 4, segalanya sudah terlambat. Masa yang berbaki hanya tinggal sedikit. Cinta yang disemai dari sekolah mula diuji kesetiaan dan keprihatinannya. Dan akhirnya, arwah nenek saudara saya itu pergi jua meninggalkan suami & anak-anak yang diharap dapat menyerikan hidup suami ketika dia tiada.

Bila mendengar kisah ini, saya terbayangkan wajah atuk saudara saya itu yang pasti pedih hatinya ketika meluah rasa. Rasa yang selama ini dibendung sejak bertahun lama.

Cinta, adakala ia menjadi sumber kekuatan kita. Cinta adakala menjadi penyuntik semangat kita. Cinta adakala mengajar kita untuk tidak berputus asa. Dan Cinta, mampu membuatkan diri kita menderita jika tidak tahu mengawalnya.

Moga kita semua dikurniakan Allah cinta sejati padaNYA dan memiliki pasangan yang saling cinta-mencintai walau apa pun keadaan jatuh bangun kita. Al-fatihah buat arwah nenek...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...