Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Nasi Ayam Bakar Madu sungguh gebusss...

Assalammualaikum & Salam Sejahtera semua.

Nasi ayam. Rasanya semua rakyat Malaysia sukakannya. Jika ada yang tak suka, mungkin ada sebabnya yang tersendiri.

Resipi yang saya nak kongsi ni, saya ambil dari web Che Mat Tiffinbiru. Dari dulu sampai sekarang, saya suka cari idea nak masak apa dari blog dia. Dan selalunya resipi yang dikongsikan 95% menjadi. Betul... Tak tipu punya. Arwah makcik saya yang tak makan pasta pun boleh makan pasta dibuatnya.

Kali ni saya gunakan resipi nasi ayam madu dari webnya. Ada beberapa perkara yang saya kurang sebab ada bahan yang tak ada di rumah mak saya ni. Kiranya, guna ajelah apa yang ada. But still sedap tau...


NASI AYAM.....
Bahan-bahan:
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 45 minit dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
1 helai daun pandan, disimpul
1 kuntum bunga lawang
3 ulas bawang putih, diketuk
1 inci halia, diketuk
1 camca besar penuh majerin (planta)
Garam secukup rasa
Hirisan daun sup/daun bawang untuk hiasan
Bawang goreng untuk hiasan
Daun salad
Hirisan timun dan tomato secukupnya

Penyediaan:
Panaskan marjerin dalam kuali. Tumis halia, bawang putih, daun pandan dan bunga lawang hingga harum, masukkan beras basmathi, gaul rata dan goreng 1 minit, guna api sederhana dan kacau selalu. Matikan api.
Pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik, tuang air rebusan ayam, masukkan garam secukup rasa dan kacau rata. Masak hingga nasi masak. Gemburkan dan off suis periuk nasi. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan bersama daun salad, hirisan tomato, timun, sup ayam, sos dan ayam bakar madu...

SUP UNTUK NASI AYAM....
Bahan-bahannya:
6 - 8 kaki ayam / 2 bahagian dada ayam
2 inci halia, dititik*
4 ulas bawang putih, diketuk*
1 batang serai, dititik*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
2 biji buah pelaga*
1 kiub pati ayam (optional)*
1 camca teh lada hitam kisar
4 liter air (atau secukupnya)
1 sup bunjut Adabi
1 biji kentang, kupas dan potong kiub

Penyediaan:
Kaki / dada ayam dicuci bersih dan kerat. Masukkan ke dalam periuk bersama air dan bahan-bahan bertanda (*), kacau dan masak hingga menggelegak, kemudian sederhanakan api dan terus merenih selama 45 minit (kalau kurang kuah, tambah air lagi) jika ada seakan-akan buih timbul dipemukaan sup, keluarkan. Asingkan 5 1/2 cawan air rebusan untuk memasak nasi.
Kemudian masukkan sup bunjut, lada hitam kisar dan kentang. Masak lagi hingga kentang empuk. 

AYAM BAKAR BERMADU....
Bahan-bahan:
6 kepingan kepak ayam bersaiz besar / apa sahaja bahagian ayam yang anda suka
4 ulas bawang putih, tumbuk halus
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar madu
Garam secukup rasa
Sedikit majerin

Penyediaan:
Cuci bersih kepak / bahagian ayam, kemudian cucuk-cucuk dengan garfu pada semua bahagian. Masukkan dalam satu bekas. tambah semua bahan2 diatas kecuali garam dan majerin. Gaul rata pada semua bahagian kepak ayam, tambah garam secukup rasa dan perap 5 - 6 jam dalam peti sejuk....
Panaskan kuali ajaib dengan sedikit majerin, kemudian susun kepak ayam tadi dan ketepikan jus yang terhasil dari bahan perap tadi. Kecilkan api dan tutup kuali. Masak 10 minit. Sementara itu, jus perapan dimasak hingga pekat sedikit. Gunakannya untuk menglis ayam semasa proses membakar. Ayam akan masak kurang lebih 25 minit...Boleh hidangkan bersama nasi ayam tadi..

SOS UNTUK NASI AYAM...
Bahan-bahan:
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji tomato merah saiz sederhana, potong kecik
1/2 kiub pati ayam, hancurkan
2 cawan air
3 camca besar gula (atau secukup rasa)
Sedikit garam

Penyediaan:
Kisar cili, bawang putih dan tomato dengan 2 cawan air hingga halus. Tuang ke dalam periuk, masukkan gula, kacau dan masak hingga mendidih, guna api sederhana dan kacau selalau.
Masukkan kiub ayam dan cuka makan. Tambah sedikit garam, kacau dan masak sekejap. Perlahankan api, tuang bancuhan tepung jagung (kacau sebelum dituang) dan kacau hingga sebati dan terus memasak hingga pekat. Matilan api dan biar sejuk.

Happy cooking

Congo bars yang aummm...

Assalammualaikum & Salam sejahtera semua.

Masa hari raya lepas, saya beraya di rumah sepupu di Bentong, Pahang. Tengah lepak-lepak lepas selesai makan tengahari, dia dok hidangkan kek pada anak-anaknya dan kami. Lepas sesuap aje potongan kek @ brownies tu masuk dalam mulut, terus kata dalam hati, 'Eh! cam sedap aje.' Tangan pun capai seketul lagi.

Rupanya my mum pun suka bila dah masuk mulut. Apalagi, lepas my cousin siap potong dalam piring elok-elok, saya bawak pi ruang tamu. Bagi hubby dan abah makan. Hubby pun kata sedap. Itu yang tanya cousin, apa nama kek @ brownies ni. Dia kata congo bars. Dua ke tiga kali jugaklah saya nak menyebutnya sebab tak pernah dengar. Rupanya, kek @ brownies ni, seorang lagi cousin saya yang buat dan jual tapi saya tak tahu tentang congo bars ni. Selalunya makcik saya dan adik-beradiknya selalu beli carrot cake aje dengan dia.


Lepas dari hari tu (dan stok yang diberikan sedikit cousin saya dah habis), saya godek-godek internet dan pakcik google. Bersungguh-sungguh mencari resipinya. Akhirnya, selepas 'mengkaji' resipi mana yang mudah dan sedap (kebanyakannya cut & paste aje), saya pun ngetest. Akhirnya, jadilah congo bars yang diidamkan seperti dalam gambar kat atas. Itupun saya heret adik bongsu saya sekali minta tolong. Bukan apa, akak dia ni kalau buat kek, kekadang jadi, kekadang tak jadi. Tapi, selalunya kalau kek, memang chances dia 50-50. Hehehehe...

Dan, Alhamdulillah, semalam saya buat lagi dan berikan sedulang pada suami untuk bawa ke ofis. Alhamdulillah, depa sukakannya juga. Barangkali rasanya yang tak berapa manis dan lembut tu bila dimakan meskipun sejuk selepas 5 jam dalam peti sejuk. Tapi, memang kalau dimakan time sejuk-sejuk, rasanya memang mengancam skit :)

Ini buktinya betapa pantasnya congo bars ni habis bila orang dewasa makan. Kiranya, memang kanak-kanak dan orang dewasa boleh masuk dengan rasanya.

Jom saya kongsikan resipinya. Memang mudah dan nak lagi mudah dan cepat, saya sarankan guna hand mixer atau mixer. Kalau guna pemukul biasa tu, alamatnya dekat sejam gak lah nak bagi butter dan gula tu kembang (bergantung pada kepantasan tangan kiri dan kanan anda memukul).

Bahan-bahan (yang ni untuk 1 dulang sederhana besar):
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm mentega
320 gm gula perang yang halus (lebih cepat untuk mentega dan gula kembang) - boleh dikurangkan kuantitinya jika tak suka manis.
3 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips
1/2 atau 1 cawan kacang badam yang "slice". (Kalau masuk seketul-seketul tu, mau siapa yang ada masalah gigi, terus tak suka makan kacang langsung)
1/2 atau 1 cawan kacang pecan (kalau sukalah)
1/2 atau 1 cawan gajus (just cincang-cincang tapi tidak terlalu halus tau. Sedang-sedang gitu)
ataupun pelbagai jenis kekacang lain yang anda suka nak taruk.

Penyediaan:
1. Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan pukul sehingga butter melarut atau adunan kembang. Selalunya gula tersebut akan jadi amat halus lepas dipukul lebih kurang 15-20 minit guna hand mixer.


3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar pukul adunan dengan pukulan sederhana perlahan atau no. 2 pada mixer tersebut.
4. Masukkan esen vanila.
5. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan pukul rata. 

6. Akhir sekali masukkan 3/4 chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. Yang ni tak payah pakai mixer dah. Pakai aje senduk kayu atau plastik tu. (Oh ya, coklat tu, saya campurkan extra coklat bar yang tak habis masa kenduri bertunang cousin saya. Pakai aje apa yang ada, janji jangan membazir).


7. Tuangkan adunan ke dalam tin pembakar ukuran 13 X 9 atau apa aje dulang yang ada tapi jangan besar sangat yang telah digris dgn mentega dan dialas dgn kertas minyak. Ratakan permukaan adunan. 
8. Taburkan 1/4 baki coklat chip yang ada ke atas adunan dalam tin pembakar atau loyang sebagai hiasan. Kalau anda google, ada macam-macam benda boleh anda taburkan atas adunan sebelum dibakar. Ada yang taruk smarties, coklat m&m, badam cincang, kelapa kering, chocolate chip warna putih, kepingan karamel yang dipotong dadu, marshmellow dan macam-macam lagi.
9. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atas kuning keemasan. Guna api atas bawah. Jangan terlebih bakar. Kalau oven kecil, guna 160C ya.



Happy cooking... 

Perhimpunan Aman Selamatkan Anak-anak Gaza di Dataran Merdeka

Assalammualaikum semua...

Saya, hubby dan 3 orang anak sedara telah bersama-sama dengan ribuan rakyat Malaysia dan luar negara yang lain, berhimpun di Dataran Merdeka bagi menyatakan sokongan kami kepada Palestin dan juga sebagai tanda kami sayangkan anak-anak kecil yang dibunuh, dicedera dan diseksa ketika ini. Anak-anak yang sepatutnya tidak terlibat dalam peperangan tetapi oleh kerana kejamnya Yahudi Zinonist Laknatullah, mereka terseksa sehingga kematian menjemput mereka.

Moga anak-anak Palestin yang telah meninggal, ditempatkan di dalam syurga dan bagi mereka yang kehilangan ibu bapa dan cedera, moga Allah memberi mereka kekuatan zahir dan batin dalam meneruskan kehidupan. Kami berdoa dan berharap, Palestin akan bebas dan Yahudi Zionist dan sekutu-sekutunya.
Moga kita semua juga diberi kekuatan untuk terus memboikot barangan yang dananya disalurkan kepada Israel dan sekutunya.

Moga pemimpin-pemimpin Islam bangkit dalam mempertahankan agama mereka dan tidak sekadar hanya menjadi pemerhati...

Daripada Abdullah bin Amr r.a., sesungguhnya Nabi s.a.w bersabda, " Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat dan ceritakanlah mengenali Bani Israel. Tiada sebarang kesempitan dan dosa."
(Riwayat Al-Bukhari)

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidaklah akan terjadi kiamat, sehingga kaum Muslimin membunuh sekalian orang Yahudi. Apabila orang Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, maka batu dan pohon kayu itu akan berkata: 'Hai orang Islam, inilah orang Yahudi yang ada di belakang saya. Datanglah! Dan bunuhlah dia!' Kecuali pohon Gharqad (semacam pohon yang berduri) kerana sesungguhnya pohon ini adalah daripada pohonYahudi (oleh sebab itu ia melindunginya).
(Riwayat Bukhari & Muslim)










LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...