Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Aroma Antara Benua yg menggoda jiwa & mudah dicuba. Sandwich, Roti Mentega Kacang & Shortbread


Assalammualaikum semua,

Masakan bukan sesuatu yang saya suka masa remaja dulu dan masa belajar. I hate cooking coz I'm not good in it. Tapi oleh kerana saya dah semakin dewasa & sudah berumahtangga serta punya keluarga yang besar, maka, takkan kau tak nak masak pulak kannnn rinaaaa....

Well, memang saya ambil masa untuk menyukai bidang masakan ini. Saya mulakan dengan sesuatu masakan yang punya bahan2 yang simple dan mudah didapati serta disukain oleh saya, suami & keluarga. Dan, Alhamdulillah, sedikit demi sedikit percubaan saya berjaya. 70% bolehlah dikatakan menjadi dan 30% tu, kekadang ada yang ter'kureng' skit tapi makcik bedal aje. Sayang oo membazir makanan. :)

So, masa nak Pesta Buku KL yang lepas, saya dah dapat info yang Puan Roza Roslan akan menerbitkan buku resipi masakan baru untuk semua pembaca. Buku resipi yang membuatkan saya teruja untuk memilikinya. Gilakan. Macam mana boleh ter'syok' dengan buku resipi. Tapi, buku2 resipi Puan Roza memang lain dari yang lain. Intipati, perkongsian ilmu & kisah yang tersirat di sebalik setiap masakan yang dikongsikan membuatkan saya ingin mencuba, ingin mengimbau kembali saat2 lama & berkongsi rasa dengan orang tersayang. Alhamdulillah, Allah mengizinkannya. :)

So, untuk entri kali ni, saya nak kongsikan 3 resipi Puan Roza dalm buku Aroma Antara Benua kepada semua. Confirm yang saya dah mencubanya. So, hopefully everybody love it as much as I do. :)

Gambar atas (1): ROTI PISANG MENTEGA KACANG LIVERPOOL
Bahan2nya:
1. 4 keping roti putih
2. 1 biji pisang montel atau pisang ape aje yg dah masak
3. Sedikit mentega
4. 2 sudu besar mentega kacang
5. Segenggam bijirin sarapan (honeystar/cococrunch/cornflakes dll)

Penyediaan:

  1. Panaskan kuali leper. Letakkan sedikit mentega ke atasnya dan bakar roti sehingga warna kekuningan. Angkat.
  2. Kemudian, sapukan mentega kacang pada 2 keping roti. 
  3. Letakkan semula roti tadi di atas kuali leper dengan api perlahan. Hiriskan pisang di atas roti pertama yang disapukan mentega kacang.
  4. Taburkan bijirin sarapan di atasnya.
  5. Tangkupkan kepingan roti bakar setiap satu di atas campuran bijirin, pisang & mentega kacang.
  6. Balik2kan dan angkat. Jika suka, boleh potong segi tiga dan ngap. :)
Gambar tengah (2): CLUB SANDWICH PERTH ROAD
Bahan2nya:
1. 6 keping roti putih
2. sekeping keju cheddar
3. 2 sudu besar mayonis
4. 1 sudu jagung manis
5. 1 sudu tuna (dalam tin. Beli aje mana2 tuna yang anda suka)
6. 1 biji telur rebus
7. 2 hiris tomato segar
8. 1 helai daun salad
9. Garam, gula & lada sulah secukup rasa.

Penyediaan:
  1. Roti putih dibakar atas kuali leper atau dalam pembakar roti. Bakar jangan sampai terlalu keras. Jika tidak suka jenis roti bakar, boleh aje guna roti putih biasa. 
  2. Masukkan mayonis, tuna & jagung manis ke dalam satu bekas. Gaulkan bersama secubit lada sulah, garam & gula.
  3. Dalam bekas lain, lecekkan telur rebus bersama mayonis, garam, gula & lada sulah.
  4. Ambil sekeping roti, sapukan campuran tuna di lapisan pertama. Letakkan daunsalad di atas tuna dan tangkupkan dengan sekeping roti.
  5. Di atas roti kedua, lapiskan dengan kepingan keju cheddar. Letakkan tomato di atasnya dan campuran telur rebus yang telah dilecek. Tangkupkan dengan roti yang terakhir. 
  6. Kemudian, tekan sedikit lapisan sandwich agar mampat. Dengan menggunakan pisau tajam, belah roti menjadi segi tiga. Dan ia sedia untuk dinikmati.
Gambar bawah (3): SCOTTISH SHORTBREAD
Bahan2nya:
1. 1 cawan (180gm) tepung serbaguna
2. 1/4 cawan (60gm) tepung beras
3. 1/4 cawan (60gm) gula aising
4. 1/2 cawan (150gm) mentega
5. Secubit garam

Penyediaan:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 150 Celcius
  2. Pukul mentega & gula di dalam bekas sehingga kembang.
  3. Masukkan tepung serbaguna, secubit garam dan tepung beras ke dalam campuran mentega & gula.
  4. Gaul semua bahan dengan menggunakan tangan sehingga membentuk doh yg lembut & tidak melekat di tangan.
  5. Lapik doh di atas plastik & letak sehelai plastik lagi di atasnya (saya guna plastik bungkus makanan tu aje & potong 2). Gelek doh yang telah dilapik dengan alas plastik dengan ketebalan 1/2 inci.
  6. Alihkan pelapik plastik & potong doh dengan menggunakan pisau. Potong seperti saiz biskut semperit.
  7. Aturkan doh yang telah dipotong ke dalam dulang pembakar yang telah disapukan gris. Cucuk setiap satu jejari shortbread dengan garpu.
  8. Masukkan ke dalam ketuhar & bakar selama 30-40 minit atau sehingga biskut keperangan.
  9. Keluarkan & sejukkan seketika biskut tersebut. Simpan shortbread dalam bekas kedap udara bagi mengekalkan kerangupannya.
p/s: Ada beberapa bahan dalam buku yg saya tak gunakan sebab saya & keluarga kurang suka spt lobak & timun. But still, rasa tetap sedap yaaa... :)

2 ulasan:

  1. Salam..

    Terima kasih atas perkongsian yang bermanfaat ini..

    BalasPadam
  2. Amir: Sama2. Moga masakan saudara disukai oleh mereka yg tersayang :)

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...