Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Jom buat Chocolate & Cheese Balls...

Alhamdulillah... hari minggu baru ni, saya cuba resipi baru. Saya buat Chocolate Balls & juga Cheese Balls. Ni semua gara2 gambar yang saya tengok di FB & cerita rakan saya yang pernah buat makanan ni. Dan Alhamdulillah, jadik jadik jadik.... :)

So, kali ni saya nak kongsikan resipinya. InsyaAllah senang (sebab saya pun beginner juga...)


Ni bahan-bahannya untuk chocolate balls (blh tgk gambar atas juga untuk rujukan):
1. 600 gram kek coklat biasa (blh dptkan kek2 coklat yg simple di kedai roti, giant. Kek yg bakar tau, tak nak yg kukus)
2. 300 gram cream cheese (nisbah kek dgn cream cheese 2:1)
3. 20 gram mentega
4. 2 sudu besar madu
5. Segenggam kekacang (Nak lebih pun takpe). Tak kisahlah sama ada badam, walnut, chestnut atau apa sahaja.
6. 1 bar coklat memasak (kalau ikutkan tak lah guna satu papan tu. Ikut pada keperluan).
7. Hiasan. Sama ada coklat sprinkle, walnut yang ditumbuk kasar2 atau apa sahaja.

Cara-cara Memasak:
1. Potong kek coklat besar-besar dan kemudian ramas-ramaskan (crumpled) ia agar berderai dalam mangkuk besar. Buat sehingga kesemua kek habis.
2. Kemudian campurkan cream cheese, mentega, madu & kekacang dalam bekas kek tadi. Ramas semua bahan hingga mesra dan kemudian kepal-kepalnya macam sebesar bola pingpong or golf (mcm dlm gambar di atas).
3. Simpan dalam peti sejuk lebih kurang 2-3 jam agar ianya keras.
4. Masak coklat bar yang dipotong kecil-kecil dengan menggunakan cara double boiling (letak satu periuk yang berisi air dan kuali memasak coklat di atasnya). Ini bagi memastikan tasktur coklat tak rosak. Kacau sehingga coklat cair dan panas.
5. Perlahankan api dan masukkan seketul-seketul coklat balls yang dikepal-kepal tadi. Nak lagi senang, guna lidi pendek untuk cucuknya dan letak dalam paper cup. Bukan apa, takut meleleh.
6. Bila dah sejuk sikit, terus roll coklat tadi di atas coklat sprinkle/coklat rice/walnut pecah. Kalau anda taruk chocolate balls tu dalam paper cup, just tabur aje atasnya atau decorate aje sesuka hati.
7. Masukkan kembali ke dalam peti sejuk dan biarkan dalam setengah atau 1 jam. Lepas tu, bolehlah dimakan...


 Bahan-bahan untuk Cheese Balls pula:
1. 1 papan coklat memasak coklat putih (lebih kurang panjang kotak tisu tu)
2. 250 gram cream cheese
3. 1 sudu gula icing
4. 1/2 cawan kacang walnut

Cara-caranya:
1. Masak coklat putih yang telah dipotong kecil-kecil dengan cara double boiling. Bila dah betul-betul cair, tutup api dan biarkan ia sejuk dalam 5 minit.
2. Kemudian masukkan cream cheese dan gula. Gaul sehingga semuanya mesra.
3. Masukkan dalam bekas biasa dan letak dalam peti ais (kat tempat simpan sayuran tau bukan tempat daging). Simpan dalam 1 jam. Campuran cheese tersebut akan sedikit membeku.
4. Potong atau tumbuk walnut separuh hancur.
5. Keluarkan campuran cheese tadi dan kepal-kepalkan ia seperti bola pingpong atau golf. Kemudian golek-golekkan ia di atas walnut yang telah ditumbuk/potong sehingga meliputi seluruh bola.
6. Bila dah siap, masukkan kembali dalam peti sejuk dan simpan lebih kurang 1 jam. InsyaAllah lepas tu bolehlah dimakannnn... Sedapppp...

Happy cooking....

Hidup Tanpa Tangan...

Hidup tanpa tangan bukan sesuatu yang mudah. Hilang sahaja anggota penting ini, kita pasti akan menghadapi tekanan yang amat sangat. Seoalh menganggap Allah sengaja menduga sesuatu yang tak mungkin kita boleh hadapi. Tapi... bila saya terbaca 1 kisah ini dalam buku "Bila Allah Menduga Kita", saya akui pasti ada hikmah disebaliknya yang membuatkan Allah menduga manusia sebegitu rupa. Apa yang penting, sabar, berdoa moga Dia beri kekuatan & ilham kepada kita untuk terus hidup & berjuang demi mendapat redhaNya...

Jessica Cox, 1st pilot without arms

Saya baru aje kenal wanita hebat pada gambar di atas sebentar tadi (bila di google, keluar terus wajah dia). Dia dilahirkan tanpa kedua belah tangan. Namun, berjaya menjadi juruterbang pertama menerbangkan pesawat tanpa tangan. Kita yang dilahirkan sempurna ini rasanya belum punya keberanian seperti dia. Itupun asyik dok gayat-gayat aje bila di tempat tinggi. :)

Sewakti kecil, dia pernah iri hati pada rakan2nya yang memiliki tangan. Apa yang bagusnya, dia memiliki ibu bapa yang selalu memberikan kata-kata semangat & mendidiknya dgn baik dan melatihnya untuk hidup berdikari. Dan, berkat kesabaran dan semangat yang dikongsi bersama keluarga, akhirnya dia berjaya melakukan segala perkara hanya dengan menggunakan kedua belah kakinya. "I may not have arms but that does not determine who I am or who I can become." Maka, kita yang memiliki apa yang tidak dimiliki oleh Jessica Cox kenapa masih mahu mengeluh dan enggan berusaha???

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...