Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Pengantin dan wanita dalam haid memasuki masjid

Dah seminggu rupanya saya tak add entry baru. So, kali ni saya nak kongsi satu ilmu yang saya perolehi dalam majalah solusi yang baru (this magazine was full of knowledge. love it so much).

Tak lama lagi musin cuti sekolah akan tiba. Maka, ramailah saudara mara or adik beradik or kawan-kawan yang akan bernikah. Tapi, ada satu perkara yang sering diringankan atau tidak diendahkan sangat oleh wanita ketika memasuki masjid untuk menghadiri upacara nikah iaitu haid atau period. Di sini saya ingin kongsikan hukum perempuan yang sedang dalam haid masuk ke masjid untuk upacara akad nikah.

Menurut Ustaz Syed Mohd Fadzli al-Yamani, hukum perempuan haid memasuki masjid bermula dengan perbezaan pandangan dalam memahami maksud firman Allah di dalam surah al-Nisa' ayat 43, "Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu menghampiri solat dalam keadaan mabuk sehinggalah kamu mengetahui apa yang kamu ucapkan dan janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan sehinggalah kamu bersuci."

Imam al-Syafi'i dalam mentafsirkan ayat ini menyebut: "Sebahagian ahli ilmu telah menyatakan bahawa , 'Janganlah dalam keadaan berhadas (besar) melainkan sekadar melintasi jalan,' bermaksud janganlah menghampiri tempat mengerjakan solat dalam keadaan berhadas kerana perkataan melintasi hanyalah untuk tempat solat sedangkan tiada (melintas) di dalam solat."

Hukum wanita yang didatangi haid adalah haram untuk masuk ke dalam masjid walaupun untuk urusan perkahwinan. Jumhur fuqaha menegah wanita haid masuk dan menetap di dalam masjid. Ini berdasarkan beberapa hadis yang jelas mengisyaratkan bahawa Rasulullah s.a.w. menegah wanita yang dalam keadaan haid menetap di dalam masjid. Antara sabda Baginda yang bermaksud, "Hendaklah wanita-wanita haid menjauh dari musalla." (Riwayat al-Bukhari, no. 324).

Al-Hassan dan al-Syafi'i memberi kelonggaran untuk sekadar melintasi masjid dan bukan untuk menetap di dalamnya. Maka, para wanita perlu mengambil perhatian agar tidak meringankan larangan di atas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...