Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Rabu, 11 Mac 2009

Alhamdulillah... Rezeki Allah




Setelah 30 tahun saya hidup di dunia ni, akhirnya diizinkan Allah untuk saya ke Cameron Highlands juga...
Mungkin orang kata, baru sekarang nak pergi ke? Tapi bagi saya yang sebelum ini memang teringin sangat namun tidak berkesempatan, akhirnya diizinkan Allah juga...

Saya sebenarnya seronok pergi ke kawasan tanah tinggi dan air terjun. Tenang dan mendamaikan serta udara yang bersih lagi sejuk. Bila berada dan tidur semalaman di sana, rasa macam di Ranau dan Gunung Kinabalu pula. Airnya sejuk bukan main dari pagi sampai ke malam dan sehinggalah ke pagi balik. Rasa macam ambil wuduk dengan ais... Ish, ish, ish... macam mana agaknya nak dok kat negara 4 musim ni...

Saya dan suami serta rakan2 ofisnya seronok melawat tempat2 menarik di sana. Yang paling tak dapat dilupakan lawatan ke ladang BOH yang saujana mata memandang. Hijau, tenang, cantik, indah, sejuk, damai dan sebagainya. Rasanya kalau boleh ke sana lagi, saya nak lawat semua ketiga-tiga ladang teh yang terbesar iaitu BOH dan Bharat. Terlalu suka saya untuk melihatnya kembali.

Tapi rasa-rasanya, kalau saya ke sana kembali, saya terpaksa mengikut dari tol Simpang Pulai dan bukan dari tol Tapah. Tak mahu rasanya ikut jalan berbelit-belit macam ular kena palu tu. Ini kerana saya muntah bila hendak pulang ke rumah. Setelah hampir 3 tahun setengah tak keluar isi perut ni akibat berjalan (last sekali bila naik feri dari Labuan ke KK), akhirnya saya kalah juga. Nasib suami paham akan kes saya yang problem sejak dari kecil ni. Takdelah dia nak gelak besar2... hehehehe...
Tersengih-sengih adik2 saya bila saya ceritakan pengalaman tu...

Well, hopefully, jika ada rezeki lagi, saya ingin ke sana kembali. Bumi Allah ini indah, dan keindahan itu perlu dinikmati seadanya selagi tidak merosakkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...