Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Ayam panggang kari berlemon yang sedap sangat


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera.

Ayam panggang kari & lemon. Mudah, murah, sedap.


Paling penting, sebelum salutkan rempah dengan ayam, ayam perlu dilap dengan tisu dapur (kitchen tissue) supaya minyak & rempah dapat tersalut elok pada ayam.

Bahan:
1 ekor ayam siap dipotong & dicuci
2 biji kentang dibelah dua
1 sudu kecil paprika
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil serbuk bawang putih
1 sudu kecil serbuk cayenne
1 sudu kecil rempah kari
1 sudu kecil garam
1 sudu besar parutan kulit lemon
2 sudu besar minyak zaitun 

Penyediaan:
1. Lap ayam dengan kitchen paper. Pastikan ayam tidak berair sangat. Panaskan oven pada suhu 210 darjah celcius. 
2. Campurkan semua rempah & garam & kemudian sadurkan pada seluruh ayam dan kentang.
3. Masukkan ayam ke dalam oven. Bakar selama 25-30 minit atau warna kekuningan garing. Selepas itu, keluarkan ayam & biarkan ia sejuk seketika. Siap untuk dihidang.

Sambal telur pecah, khas buat peminat telur & makanan pedas


 Assalammualaikum & Salam Sejahtera. Sambal telur pecah, menu feveret mak mertua saya masak untuk suami saya. Jadinya, harini kita kongsikan dengan semua. Makan dengan nasi sedap, nak makan dengan roti atau maggi pun sedap juga. Nak ratah gitu-gitu ajepun boleh. Pilih mana berkenan di hati.

Bahan:
7 biji telur
3 batang cili merah
1 cawan cili padi
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci belacan
2 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1/2 inci kunyit
1/4 cawan minyak

Penyediaan:
1. Kisar atau tumbuk semua bahan (kecuali telur & minyak) hingga 90% lumat. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Setelah panas, masukkan bahan kisar/tumbuk dalam kuali. Kacau beberapa ketika & masak hingga separuh garing. Masukkan telur & kacau perlahan-lahan agar telur tidak terlalu pecah & sambal bersalut seluruhnya pada telur. Setelah tiada lagi nampak telur mentah, tutup api & pindahkan ke dalam pinggan. Siap sambal telur pecah kita.

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran

Pelengkap Kegembiraan: Jurnal Kesyukuran
Singkirkan rasa sedih, kecewa dan prasangka kepada rasa bersyukur dan bahagia.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...