Firman Allah: (لقد كان لكم في رسول الله أسوة حسنة) (maksudnya: Sesungguhnya bagi kamu pada Rasulullah itu contoh yang baik).
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENGASIHANI

Alangkah indahnya jika punya pemimpin seperti Muhammad Al-Fateh...

Hari Sabtu baru lepas barulah saya khatam baca buku Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel. Masa mula2 baca tak berapa trill sangat tapi bila dah masuk time ayahanda baginda mangkat dan baginda mula hendak merealisasikan hadis Rasulullah s.a.w. iaitu "Kota Konstantinopel hanya jatuh ke tangan seorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik."

Untuk merealisasikan hadis ini, Sultan Muhammad Al-Fateh melalui banyak cabaran, dugaan dan halangan. Namun seperti kata Rasulullah s.a.w. Sultan Muhammad Al-Fateh memang seorang ketua yang. Baginda sentiasa mengikut perintah Allah dan Rasul, bermuafakat dalam mendapatkan kata putus bagi sesuatu keputusan, tidak suka pada hiburan, seorang yang penyabar, bijak dan banyak lagi kriteria baik yang dimiliki oleh baginda.

Antara bab-bab yang terkesan pada saya apabila membaca buku ini ialah sewaktu baginda mencari kuburan sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Abu Ayub Al-Ansari (pemilik rumah yang ditumpangi baginda sewaktu tiba di Madinah). Apabila baginda terjumpa kuburan Abu Ayub Al-Ansari, mayatnya masih lagi elok dan tidak reput. Apabila mereka yang menjumpai sebelah kaki Abu Ayub Al-Ansari yang terlunjur itu, mereka bergilir-gilir menciumnya. Namun, apabila tiba giliran Sultan Muhammad Al-Fateh, kaki itu mengelak. Baginda mencuba lagi tetapi kaki itu tetap mengelak. Sebaik baginda bertanya pada guru agamanya, Syeikh Syamsudin al-Wali, beliau menyatakan, "Abu Ayub Al-Ansari berasa malu sekiranya kakinya dicium oleh seorang pemimpin yang baik seperti Tuanku. Dia berharap benar bahawa dialah orang yang disebut Rasulullah s.a.w. dalam hadisnya. Tetapi pilihan Allah jatuh kepada Tuanku. Sebab itu dia berasa malu kepada Tuanku."

Mampukah pemimpin generasi kita sekarang ini menjadi seperti baginda???

Hanya DIA yang Maha Mengetahui...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...